Thursday, January 29, 2015

Ayam Champion - "Resipi asal Chicken with Wine Sauce"

Salam ...hari ini aku nak mengodam satu resipi dari masakan barat yang menggunakan wine sebagai bahan asas. Resipi asal menggunakan campuran wine tetapi aku telah mengubah dari wine ke "campuran Champion" hahaha.. suka-suka aje aku letak nama ..tetapi percubaan aku ni berbaloi menghasilkan sos yang sedap...cuma sekiranya kalau aku membuat nya sekali lagi.. aku akan tambah sedikit bahan.. seperti paprika dan lada serbuk sedikit untuk ada sedikit pedas. Penyediaanya mudah dan ringkas.

Bagaimana rasanya ??? ... ok Resipi Ayam "Champion" ini rasa nya manis dan masam cuma kalau ada sedikit kepedasan memang terangkat rasanya.

Ayam Champion

Bahan -bahan :

  • Ayam yang di ambil isi "Boneless" - 250 gm
  • Tepung ubi - 100 gm
  • Telur - 1 biji
  • Minyak masak 
  • Buah oren - 2 biji / jus kordial oren  (**)
  • Kordial anggur - 2 sudu makan (**)
  • Air Sprite or 7-up - 1/2 tin (**)
  • Sparkling Anggur putih  - 1/2 cawan (**)
  • Kicap pekat - 1 sudu makan (**)
  • Kicap Cair - 1 sudu makan (**)
  • Plum sos - 1 sudu makan (**)
  • Tepung jagung - 1.5 sudu makan.
  • Sedikit air
Cara Membuatnya:
  • Gaulkan ayam yang telah potong dan dibersihkan dengan tepung ubi dan telur.Perap seketika dan kemudian goreng sehingga kekuningan dan angkat. Ketepikan
  •  Satukan bahan-bahan yang bertanda (**) di dalam satu bekas dan bolehlah di masak dan untuk kepekatan masukkan tepung jagung dan teruskan memasak. sehingga sos ini menjadi pekat.
  • Masukkan sayur-sayur ( optional) dan gaul.
  • Perasa sos tersebut dengan sedikit garam dan gula.
  • Setelah sos sebati dan pekat bolehlah di matikan api dan disiram ke atas ayam yang telah di goreng tadi.,

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, January 28, 2015

Daging Masak Lada Hitam

Salam ...hari ini baru ada kesempatan memasak teratur sedikit, setelah betul-betul sibuk semalam sehingga aku makan di kedai saja. Al kisah semalam memang aku "super busy" sehinggakan sampai lunch pun lambat. Itupun lunch di restoran Pinoy ( Philipine) jer sebab dah teramat lapar.

Hari ini ... aku nak kongsi resipi yang aku rasa masih lagi berkonsepkan " Cina Muslim" iaitu "Daging Masak Lada Hitam" Bahan-bahan yagn mudah diperolehi, ringkas dan yang pastinya sedap.

Daging Masak Lada Hitam

Bahan- bahan yang digunakan:
  • Daging Lembu - 150 gm
  • Capsicum  -  merah  dan kuning atau hijau - di potong dadu
  • Bawang Besar  - 1 biji  (dihiris)
  • Bawang Putih - 3 biji ( dihiris)
  • Halia - 1 inci ( dihiris)
  • Lada Hitam - 10-15 biji ditumbuk kasar
  • Air - 1/2 cawan
  • Sos Tiram - 1 sudu besar
  • Kicap Pekat - 1 sudu besar
  • Kicap cair - 1 sudu besar
  • MInyak Bijan - 1 sudu besar
  • Kiub ayam - 1/2 kiub ayam
  • Gula dan garam  sebagai perasa
  • Minyak masak untuk menumis

Cara Membuatnya:
  • Daging di potong dan dibersihkan. Kemudian goreng dan ketepikan.
  • Tumiskan bawang putih,bawang besar,capsicum,halia dan lada hitam.
  • Masukkan sedikit air dan juga kiub Ayam maggie,sos tiram,kicap pekat,kicap cair,minyak bijan gula dan sedikit garam, Tumiskan seketika.
  • Masukkan daging yang telah digoreng tadi dah gaul sehingga sebati dan bolehlah mematikan api dapur. Bolehlah menghidang masakan, 

SELAMAT MENCUBA

Monday, January 26, 2015

Sotong Masak LAK CHI

Salam semua.. hari ini aku nak berkongsi masakan ala chinese style. Masakan ini begitu popular di mana-mana kedai Chinese Muslim. Resipi asalnya adalah menggunakan ketam, disebabkan aku tidak ada ketam maka digantikan dengan sotong.

Masakan ini begitu mudah disediakan dan tidak mengunakan banyak bahan.

Sotong Masak Lak Chi

Bahan-Bahan yang digunakan :
  • Sotong  - 1/2 kilo di bersihkan dan dibuat kaedah "blanch"
  • Minyak Masak untuk menumis
  • Cili Blender / cili boh - 2 sudu besar  
  • Sos cili - 1 sudu besar
  • Cili Padi - 2 ulas ( bergantung tahap kepedasan) *
  • Bawang Putih - 2 biji *
  • Bawang Besar - 1 biji *
  • Serai - 1 batang  *
  • Taucu - 1/2 sudu makan
  • Gula ,sedikt garam dan Serbuk serbaguna / Aji nomoto
Cara membuat :
  • Sotong di rebus seketika dan dimatikan kulitnya dengan direndam kan sebentar dengan air sejuk. (Kaedah Blanch)  dan diketepikan.
  • Kisar bahan-bahan ber tanda (*) dan dicampurkan semuanyua (taucu.cili blender)
  • Tumis semua bahan-bahan ini untuk membuat sos sehingga baunya naik.Tuangkan sos cili dan kacau dan tuangkan sedikit air.
  • Perasa sos dengan gula dan sedikit garam ( Pastikan jangan terlebih garam sebab taucu juga sudah masin)
  • Masukkan sotong yang telah "blanch" tadi  dan gaul sekata dan boleh lah dimatikan api dan boleh lah dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA


Thursday, January 22, 2015

Ayam Masak Kicap

Salam semua ..hari ini "On The Way" balik rumah teringat masakan wife daging masak kicap ..huhu tertelan air liur semasa tengah drive. Itu yang sampai aje rumah habis selongkar peti sejuk cari daging beku....Daging tak ada lah pulak ..yang ada ayam dan terasa malas lah pulak untuk keluar semata-mata nak beli daging. 
Resipi Masak kicap ini aku gabung dengan cara olahan wife aku dan rakan FB aku Chef Joha...rasanya sedap dan bolehlah mencuba, 


Ayam Masak Kicap

Bahan Bahan Digunakan:
  • Ayam  - 1/2 ekor dipotong sederhana besar. 
  • Bawang Besar  - 2 biji ( dikisar)
  • Bawang Putih - 3 ulas ( dikisar)
  • Halia - 1.5 inci (dikisar)
  • Cili Padi - 4 biji (dikisar)
  • Serbuk Masala -1/2 sudu teh
  • Serbuk Jintan Manis - 1/2 sudu teh
  • Tomato sos - 1 sudu besar
  • 4 Sekawan  untuk menumis ( Bunga lawang,bunga cengkih,kayu manis dan buah pelaga)
  • Kentang  - 2 biji di potong dadu 
  • Tomato - 1 biji dibelah 4
  • Karot - 1 batang di potong bulat
  • Kicap Manis - 1/2 cawan
  • Gula dan Garam secukupnya
  • Minyak masak
  • Bahan hiasan - Bawang goreng ,daun ketumbar.
Cara Memasak:
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng  kentang yang telah dipotong dadu tadi sehingga separuh masak / empuk dan ketepikan
  • Masukkan minyak di dalam periuk dan bolehlah menumis bahan yang di kisar,4 sekawan dan juga serbuk masala dan serbuk jintan sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam tadi dan digaul seketika dan masukkan air ( betul-betul sampai paras ayam) dan masukkan juga kicap manis. 
  • Masukkan sos tomato dan biarkan memasak dengan api sederhana dan sehingga ayam masak.
  • Perasa masakan dan lebihkan sedikit gula supaya kuah ada terasa sedikit manis.dan seterunya bolehlah di masukkan kentang yang telah digoreng tadi. Masak seketika dan boleh di matikan api dapur
  • Semasa menghidang bolehlah di tabur bawang goreng dan sedikit daun ketumbar sebagai hiasan.

SELAMAT MENCUBA




Wednesday, January 21, 2015

Selera Kampung


Salam semua.. hari ini aku masak ala kadar aje ...sebab penat balik dari site so masak simple-simple sahaja. Rancangannya nak makan di luar tetapi memikirkan tekak aku dah tak ada selera nak telan makanan arab...so singgahlah kat Panda Hypemall untuk cari bahan untuk di masak.

Ternampak ada Labu ..."Ting.!!" terus aku senyum " Masak Lemak Labu" dan bolehlah dilawankan dengan kobis dan kacang panjang. Masakan Lemak ini kalau ikut dari cikgu memasak aku.(wife aku ler) mesti ada kombinasi yang betul maka barulah terbuka selera. So aku padankan menu tengah hari aku ini ala-ala kampung "Masak Lemak Labu , Sotong Sambal  dan Ikan kering."


Hyper Panda
Masakan kampung Inspirasi Dapurku

Monday, January 19, 2015

Ombak RIndu - Ketam Sambal


Salam semua...hari ini balik jer dari office aku terus ke dapur dan keluarkan bahan-bahan dalam peti beku. Buntu jugak nak masak apa hari ini, sambil tengok-tengok Facebook ternampak entry wife berkenaan anak-anak. Aduh tersentak perasaan aku sambil tengok raut wajah anak-anak aku. Semakin meningkat dewasa sorang-sorang. " Abah Rindu Kamu Semua .. Nur Amanina , Amir Raziq, Nurin Nadia , Alyea Qistina ".

Dari kiri - Nur Amanina,Amir Raziq,Nurin Nadia dan Alyea Qistina
Setahun sekali aje aku dapat bersama dengan mereka ini..itu pun bila aku balik bercuti. "In Sha Allah" abah akan balik Hari Raya nanti boleh lah kita "spend quality time" bersama.

" Abah doakan semua anak-anak abah sentiasa sihat sejahtera..semoga Allah lindungi keluarga kita dan semoga semua anak-anak abah menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat"

Hari ini abah masak lauk kegemaran anak-anak abah-. " Ketam Sambal".   Nanti balik JB abah masakkan yag terbaik dari ini.

Ketam Sambal - Ombak Rindu


Saturday, January 17, 2015

Ayam Masak Ungkep - Jawa Style


Salam semua...hari ini aku teringin nak makan masakan orang Jawa iaitu "Ayam Masak Ungkep". Terima kasih pada wife aku yang memberi cadangan tentang masakan ini. Walaupun aku bukan orang Jawa tetapi melihat pada blog-blog masakan mengiurkan aku.

Rasanya sedap dengan terasa adunan rempah ratus yang di tumbuk dan rupanya ala-ala rendang cili padi .

Ayam Masak Ungkep

Bahan-Bahan yang di gunakan :

  • Ayam - 1/2 ekor dipotong sederhana besar di basuh dan ditoskan.
  • Serai - 2 batang dititik
  • Asam Keping /Asam Gelogor - 1 keping
  • Bay leaf - 3 helai
  • Gula Melaka - 1sudu besar
  • Garam  secukup rasa
  • Sedikit Minyak untuk menumis 

Penyediaan Rempah: ( Di Kisar Halus):

  • Bawang Merah  -7 biji
  • Bawang Putih - 4 biji
  • Halia - 1 inci
  • Lengkuas  - 1/2 inci
  • Buah Keras - 2 biji
  • Cili Hijau - 1 biji
  • Cili Padi - 5 @ 8 biji bergantung kepada kepedasan
  • Ketumbar - 1 sudu besar
  • Jintan kasar - 1/2 sudu teh
  • Jintan halus - 1/2 sudu teh
  • Kunyit hidup - 3/4 inci
Cara Penyediaannya:
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar,serai,bay leaf dan kacau sehingga naik bau. Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali dan gaul sehingga sekata
  • Masukkan air secukupnya ke dalam kuali dan biarkan ianya mendidih.,Kemudian masukkan asam keping dan juga gula melaka serta garam.
  • Perlahan kan api dapur dan renehlah masakan tersebut sehingga menjadi kering. 
  • Matikan api dan bolehlah menghidang masakan.
SELAMAT MENCUBA


Friday, January 16, 2015

Ayam Masak Kurma -Resipi Bonda.


Menu yang ingin aku kongsi hari ini aku perolehi dari ibu ku ...sambil bersembang bertanya khabar orang tua "end up"  bertukar-tukar resipi, Aku mintak resipi Ayam kurma , ibuku pula minta resipi "Ketam masak lemak ala Thai" ... hehe jadi kelakar lah pulak.

Resipi Masak Kurma ibu aku ini ada sedikit kelainan dengan penggunaan beberapa bahan tambahan tetapi hasilnya memang cukup sedap. Di tambah pula di masukan sayur kobis yang dipotong kasar dan dimasak sekali. Yang sedap nya bila mengigit kobis ..rangup-rangup dan dengan kuah yang menaikkan aroma ..aduhlah..siap betambah aku makan.


Ayam Masak Kurma

Bahan-Bahan yang di gunakan:

  • Ayam - 1/2 ekor di potong ikut saiz yang sederhana
  • Kentang - 3 biji dibelah empat dan di rendam. 
  • Tomato - 1 biji di potong dadu
  • Lada Merah - 1 biji di belah dua
  • Bawang besar - 1 biji 
  • Bawang Holland - 1 biji  dipotong 4
  • Bawang merah - 7 biji 
  • Bawang putih-  4 ulas
  • Halia  - 1 inci
  • Buah keras - 2 biji
  • Kerisik - 2 sudu makan
  • Santan - 1/2 cawan 
  • Bawang Goreng - 1sudu makan
  • Lada Hitam tumbuk - 1 sudu teh
  • Daun Kari - 2 tangkai
  • Jintan kasar - 3/4 sudu teh
  • Jintan Halus - 3/4 sudu teh
  • 4 Sekawan - 1 batang kayu manis,1 kuntum bunga lawang,5 kuntum cengkih dan 3 biji buah pelaga.
  • Rempah kurma 
  • Sayur kubis bulat - 1/2 biji
  • Garam dan Gula
  • Minyak Sapi - 1 Sudu besar
Mengisar bahan-bahan:
  • Bawang besar ( 1 biji)
  • Bawang putih (4 biji)
  • halia (1 inci)
  • buah keras (2 biji)
  • lada hitam ( 1sudu teh)
Bahan-Bahan menumis:
  • Daun Kari ( 2 tangkai)
  • Bawang merah di hiris (7 biji)
  • Jintan kasar  (3/4 sudu Teh)
  • Jintan Halus 3/4 sudu teh)
  • 4 Sekawan menumis 

Cara Memasak :

  • Campurkan rempah kurma dengan bahan-bahan yang telah di kisar tadi dan digaul dan diketepikan
  • Panaskan minyak sapi yang dimasukkan di dalam periuk dan biarkan minyak sapi tersebut larut.
  • Masukkan bahan-bahan menumis dan tumislah sehingga berbau harum dan masukkan tomato yang di potong dadu. Teruskan menumis sehingga tomato menjadi layu.
  • Masukkan rempah kurma yang telah digaul tadi ke dalam periuk dan masaklah sehingga rempah menjadi garing. Kacau selalu dengan menggunakan api yang kecil.
  • Masukkan ayam, bawang goreng dan kentang dan gaul seketika dan kemudian barulah masukkan air. Penggunaan air hendaklah secukupnya sehingga ayam dan bahan-bahan tengelam. Biarkan mendidih.
  • Setelah kentang empuk dan ayam masak, masukkan santan dan kerisik dan juga lada merah yang telah  dibelah dua. Masukkan juga bawang holland yang dibelah empat dan jua sayur kobis yang telah di potong kasar.
  • Perasa masakan dengan garam dan gula dan biarkan mendidih perlahan.Biarkan seketika.
  • Bolehlah matikan api dapur dan mulalah menghidang masakan.,

SELAMAT MENCUBA


Thursday, January 15, 2015

Spaghetti Olio


Masih lagi dalam "On Call " mood hari ini dan teringat ada rakan FB meminta resipi "Spaghetti Olio".Maka aku belek-belek dapur jumpalah bahan-bahan asas untuk buat menu ringkas ini.

Resipi ini aku belajar dari wife tapi biasalah dapat dekat tangan aku..operasi "mengodamlah"...maka jadilah "Jebat Menderhaka"  :). Walaupun penderhakaan berlaku..tetapi cara olahan tetap sama apa yang diajarkan kepada aku.

Dari segi bahan-bahan pula agak mudah diperolehi dan boleh juga digunakan dua atau lebih "Seafood" misalnya Udang dan Sotong. Untuk mendapatkan kecantikan texture udang atau sotong aku menggunakan kaedah "blancing:  ( Sila kilik -> untuk belajar membuat blanching )

Spaghetti Olio 

Bahan- Bahan yang di gunakan :

  • Spaghetti - 100 gram, biasanya 1 paket ada dalam 450 gram.(Sekiranya digunakan semua spaghetti itu maka bahan-bahan di gandakan dari resipi yang diberikan)
  • Baawang holland - 1 biji di potong dadu 
  • Bawang Putih - 3 ulas -di cincang halus
  • Capsicum Merah - 1/4 - potong dadu
  • Capsicum Hijau  - 1/4 - potong dadu
  • Daun Pasley - di potong halus
  • Cili kering ( sudah di rebus) - 4 atau 5 batang.di potong halus ( optonal) boleh juga guna cili padi dititik.
  • Herba Basil - 1/2 sudu teh  ( boleh didapati dalam botol dan jenis kering)
  • Bay leaf - 1 helai
  • Buah Zaitun - hitam dan hijau ( optional)
  • Udang Besar - Di bersihkan  ( boleh juga dicampur dengan sotong)
  • Tomoto - 1 Biji di potong dadu
  • Garam dan Gula(sedikit) dan serbuk secukup rasa
  • Lada hitam yang di tumbuk - 1/2 sudu teh
  • Minyak Zaitun

Cara Memasak :
  • Didihkan air di dalam periuk dan masukkan spagetti dengan sedikit garam supaya spagetti tidak melekat semasa proses merebus.Pastikan jangan merebus terlalu lama, kita hanya perlukan spagetti lembut bukan lembik. ( Ikut arahan dekat pembungkus spagetti)
  • Toskan spagetti yang telah di rebus tadi dan tuangkan sedikit minyak zaitun dan di gaul rata.
  • Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang hollad,bawang putih, bay leaf dan tumislah sehingga layu.
  • Kemudian masukkan tomato dan teruskan memasak sehingga ianya lembut.
  • Masukkan Capsicum, buah zaitun dan di kacau rata dan seterusnya masukkan udang dan masak sehingga warna udang kemerahan. ( Boleh juga proces "blancing" di lakukan apda udang ini- optional
  • Masukkan herba basil,lada hitam, garam,sedikit gula dan serbuk secukup rasa maggie.
  • Gaul semua bahan sehingga mesra dan bolehlah matikan api.

Wednesday, January 14, 2015

Nasi Daging Merah / Masakan Daging Merah


Minggu ini aku "On Call" lagi, maka aku memasak menu yang agak simple sahaja tetapi ianya, ringkas dan menyelerakan. Masakan Daging Merah ini adalah makan kegemaran aku. Tidak semua kedai/restoran yang dapat menepati citarasa masakan yang sebenar.

Masakan Daging Merah yang sebenar mestilah mempunyai beberapa bahan penting yang boleh membangkitkan aroma dan rasa. Penggunaan "Serai" dan juga "Daun Limau Purut" adalah bahan wajib bagi resipi ini.

Nasi Daging Merah

Bahan- Bahan yang di gunakan:
  • Daging - 1/2 kilo daging di potong nipis dan direbus dengan pewarna merah. Biarlah daging kita itu empuk sedikit.
  • Air rebusan Daging setengah cawan.
  • Cili Blender - 2 sudu besar
  • Bawang Holland - 1 biji di potong bulat.
  • Bawang Putih - 4 ulas ( diketuk)
  • Cili Padi - 3 hingga ke 5 biji untuk kepedasan
  • Sos Cili - 2 sudu makan
  • Sos Tomato - 2 sudu makan
  • Sos Tiram - 1 sudu makan
  • Daun Limau Purut - Di siat-siat /koyakkan 
  • Serai - 2 batang  ( di ketuk)
  • Sayur-sayuran -Kacang panjang, jagung muda,lada bangala (Terpulang nak letak pun boleh tak letak pun tak mengapa.)
  • Garam dan Gula
  • Serbuk Perasa  /Ajinomoto
  • Minyak Masak
Cara Membuatnya:
  • Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili blender dan teruskan menumis sehingga lada blender menjadi garing dan keluar minyak.
  • Masukkan Sos Cili, Sos Tomato,Sos Tiram, Daun Limau Purut dan juga Serai.Masukkan sedikit air rebusan dan kacau bahan-bahan tersebut seketika.
  • Perasa masakan dengan garam, gula. dan sebuk perasa.dan kacau sehingga sekata.,
  • Masukkan Daging yang telah direbus tadi dan gaul
  • Masukkan sayuran dan cili padi dan bawang hollad.Gaul semua bahan-bahan tersebut seketika.
  • Matikan api dapur dan bolehlah hidangkan dengan Nasi Putih.
Selamat Mencuba

Tuesday, January 13, 2015

Singgang Ayam

Salam semua.

Hari ini aku nak kongsi satu lagi resipi mudah dan ringkas  iaitu "Singgang Ayam".. Kita biasa dengar orang sebut "Singgang ikan " dan jarang pula orang tahu yang ayam juga boleh di buat singgang. Penyediaannya kedua-duanya juga berbeza.

Aku tidak minat dengan singgang ikan tetapi singgang ayam merupakan masakan kesukaan aku bila aku malas memasak ataupun bila badan tak berapa sihat.

Singgang Ayam

Bahan-bahan yang digunakan:

  • Ayam 1/2 Ekor.
  • Bawang Merah - 3 ulas di hiris halus
  • Bawang Besar-  1 biji dihiris
  • Bawang Putih - 3 ulas di hiris halus
  • Halia - 2inci  di hiris halus
  • Cili padi  1  atau 2 ulas ( diketuk)
  • Lengkuas - 2 inci - dihiris halus
  • Biji ketumbar - 1 sudu teh  ( Di tumbuk kasar)
  • Clili Blender - 2 Sudu besar
  • Asam Keping  - 2 keping 
  • Minyak untuk menumis


Cara Menyediakan:

  • Tumis bawang merah,bawang putih,bawang besar, lengkuas,halia dan biji ketumbar sehingga naik bau
  • Masukkan cili blender dan teruskan menumis sehingga menjadi garing.Sekiranya ingin pedas bolehlah diketuk cili padi seulas dua.
  • Masukkan ayam yang telah dibersihkan dan gaul seketika.
  • Kemudian masukkan air( bergantung kepada kehendak banyak mana ) dan juga asam keping.
  • Biarkan kuah mendidih barulah perasa masakan tersebut dengan garam dan gula.
  • Kecilkan api dan reneh seketika sehingga ayam betul- betul masak,
  • Matikan api dapur dan bolehlah dihidang panas-panas.

Selamat Mencuba

Monday, January 12, 2015

Daging Masak Palembang

Hari ini aku nak kongsi masakan DAGING dari  Indonesia yang aku rasa ramai di luar sana tahu. dan mungkin juga ada yang pernah merasakan masakan "Daging masak Palembang".  Cara masakan adalah mudah dan ringkas dan kalau di lihat aturcara masakan  ini seperti kita membuat rendang daging.

Daging Masak Palembang ini seakan-akan seperti Daging Masak Hitam cuma ada sedikit perbezaan di hujung masakan iaitu kalau Daging masak Hitam kita letakan air asam jawa tetapi untuk Daging Masak Palembang kita tuangkan santan. Namun kedua-duanya memang sedap... sampai "bibik" aku tersenyum  merasakan masakan aku ini.


Daging Masak Palembang


Bahan-Bahan yang di gunakan :

  • Daging 1/2 Kilo - Di potong dadu
  • Bawang Besar - 3 ulas  (*)
  • Bawang Putih - 5 ulas (*)
  • Halia - 2 inci  (*)
  • Lada Blender - 3 Sudu makan
  • Cili Padi - 4 atau 5 ulas di tumbuk
  • Santan - 2 cawan.
  • Kicap - 4 sudu besar
  • Rempah 4 sekawan.
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit Garam dan Gula
Nota (*) - Di Blender halus

Cara Memasak :
  • Tumis bawang besar,bawang putih, halia dan 4 sekawan. Tumis sebentar sehingga naik bau
  • Masukkan cili blender dan cili padi dan tumislah sehingga garing dan pecah minyak
  • Masukkan Daging yang telah di potong tadi dan gaul. Biarkan seketika dengan api yang sederhana.
  • Masukkan kicap dan sedikit air. Biarkan sehingga mendidih.,
  • Perlahan kan api dapur untuk proses mereneh dan biarkan selama lebih kurang 1 Jam atau daging separuh empuk.
  • Masukkan Santan dan boleh lah perasa daging tersebut dengan garam dan gula.
  • Teruskan mereneh sehingga betul- betul empuk dan kuahnya kering. Barulah matikan api dan bolehlah menghidang masakan.
Selamat Mencuba

Sunday, January 11, 2015

Mee Hailam untuk tetamu dari Riyadh.

Weekend lepas sahabat lama aku yang dulunya pernah berkerja di CELCOM datang ke rumah. Alhamdulilah dia ini dah lama merantau macam aku jugak dan sekarang ada di Riyadh..dan kerja dengan Ericsson jugak.

Kawan aku ni datang satu keluarga dengan anak 3 orang ..semua lelaki, Aku cukup gelihati dengan keletah anak bongsu dia.. well banyak cakap "persis " macam Alyea anak bongsu aku. Mereka semua ini kira peramah dan terasa macam dah kenal lama dengan mereka satu family.

Perkara mencuit hati aku yelah si kecik tu.. bila aku di dapur nak mengoreng keropok lekor.. se kecik ni datang berdiri sebelah aku..bertanya "Masak apa? " Aku menjawap " Goreng keropok lekor" ..Dia mengangguk kepala  dan terus ke belakang aku.. dia buka peti ais..atas dengan bawah .. heheh entah apa yang dibelek-belek nya. Lama juga mata dia memerhati peti ais aku. Hehehehe agaknya dalam hati dia berkata-kata banyak nya barang sampai penuh peti ais.

Suka makan keropok lekor sekecik ini, dua batang keropok lekor aku goreng..licin.. and then boleh bawak pinggan jumpa aku.. mintak gorengkan lagi..hahahah.

Oklah .. aku nak kongsi resipi Mee Hailam yang aku masakkan untuk tetamu aku dari Riyadh ini. Juadah ini aku sediakan untuk sarapan pagi sebelum mereke bergerak balik ke Riyadh.
Azrin dengan anak-anak.

Dinner malam pekena Nasi Yamen

Mee Hailam
Bahan- Bahan yang di gunakan:

  • Mee Kuning  / Mee Lidi / Pasta  ( aku guna mee lidi )
  • Bawang Putih  - 4  ulas ( di ketuk )
  • Minyak Masak 
  • Cili Blender - 2 sudu makan
  • Kiub Pati Ayam - 1 kiub
  • SeaFood - Udang , Sotong 
  • Telur Ayam - 1 biji
  • Sos Cili - 2 Sudu makan
  • Sos Tomato -2 Sudu makan
  • Sos Tiram - 2 Sudu makan
  • Kicap Mee - 1 sudu makan
  • Sayuran - Bolehlah guna karot di potong, lada bangala, jagung muda 
  • Air - 3 Gelas ( bergantung sekiranya perlu kuah banyak bolehlah tambah lagi)
  •  Gula dan serbuk secukup rasa. 

 Cara Menyediakan:

  • Sekiranya mengunakan mee lidi/pasta, bolehlah direbuskan dulu sehingga lembut.
  • Seterusnya proses menumis dengan di masukkan bawang putih yg telah di ketuk dan cili blender.
  • Tumis sehingga garing dan kemudian bolehlah dimasukkan seafood ( udang ,sotong). 
  • Kemudian masukkan sos cili,sos tomato dan juga sos tiram dan kacau seketika  dan bolehlah di masukkan air
  • Biarkan mendidih dan bolehlah di masukkan kiub pati ayam dan perasa kuah tersebut  dengan gula dan serbuk secukup rasa. GARAM TIDAK PERLU DI MASUKKAN.
  • Masukkan kicap mee  dan pecahkan sebiji telur dan gaul kuah tersebut.
  • Sekirnya perlu tambah air untuk kuah  bolehlah di tambah ( pastikan mendidih dahulu baru teruskan proses seterusnya)
  • Masukkan Sayuran dan juga Mee yang telah disediakan sebelum tadi,
  • Gaul sehingga sebati dan  bolehlah dimatikan api untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba.

Sup Ikan Merah

Salam semua... rasanya ini lah post tahun baru dari Inspirasi Dapurku Rasanya tak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru pada semua. Semoga tahun ini kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dibawah keredhaan Allah.

Semenjak wife aku balik ke malaysia..rasa sunyi pulak ..seperti biasalah bila rasa sunyi aku akan ke dapur untuk "membusykan" diri mengodeh-godeh masakan. Hari ini aku nak kongsi resepi sup ikan yang aku pelajari dari wife dan sedikit sentuhan dari aku.



Sup Ikan Merah

Resipi Sup Ikan Merah

Bahan- bahan yang di gunakan:

  • Bawang putih - 4 ulas*
  • Bawang Holland- 1 ulas Di belah 4
  • Bawang Merah (kecil )- 6 ulas*
  • Halia - 2 inci (di ketuk) >>Nota -*hiris halus untuk menumis
  • Daun Bay - 2 helai
  • Buah Keras -1/2 biji
  • Rempah 4 sekawan
  • Lada hitam tumbuk- 1 sudu teh
  • Serai- 1 btg
  • JIntan Putih - 1/2 sudu teh ( di tumbuk halus)
  • Sos Ikan - 1 sudu teh
  • Buah tomato -1 biji dibelah 4
  • Sup Bonjut
  • Kiub Ayam maggie -1 kiub
# Sekiranya ada SUP IKAN Paket - bolehlah abaikan bahan-bahan 4 sekawan,daun bay,buah keas dan sup bonjut.Segalanya ada dalam paket sup ikan.


Cara menyediakan:
  • Tumis rempah 4 sekawan bersama dgn bawang dan halia buahkeras,daun bay,serai dan juga jintan sampai naik bau
  • Masukkan air mengikut kesusuaian.dan bila air sudah mendidih masukkan ikan dan lada hitam tumbuk.
  • Perasakan dengan garam dan serbuk secukup rasa dan sedikit gula.
  • Masukkan Bawang holland dan buah tomatio yg dibelah empat dan juga batang saderi dan batang daun bawang dan renehlah sup tersebut dengan apa yg perlahan.
  • Tutup api dapur setelah beberapa minit di reneh sup tesebut. dan boleh lah di hidangkan panas- panas.
Selamat Mencuba