Thursday, January 22, 2015

Ayam Masak Kicap

Salam semua ..hari ini "On The Way" balik rumah teringat masakan wife daging masak kicap ..huhu tertelan air liur semasa tengah drive. Itu yang sampai aje rumah habis selongkar peti sejuk cari daging beku....Daging tak ada lah pulak ..yang ada ayam dan terasa malas lah pulak untuk keluar semata-mata nak beli daging. 
Resipi Masak kicap ini aku gabung dengan cara olahan wife aku dan rakan FB aku Chef Joha...rasanya sedap dan bolehlah mencuba, 


Ayam Masak Kicap

Bahan Bahan Digunakan:
  • Ayam  - 1/2 ekor dipotong sederhana besar. 
  • Bawang Besar  - 2 biji ( dikisar)
  • Bawang Putih - 3 ulas ( dikisar)
  • Halia - 1.5 inci (dikisar)
  • Cili Padi - 4 biji (dikisar)
  • Serbuk Masala -1/2 sudu teh
  • Serbuk Jintan Manis - 1/2 sudu teh
  • Tomato sos - 1 sudu besar
  • 4 Sekawan  untuk menumis ( Bunga lawang,bunga cengkih,kayu manis dan buah pelaga)
  • Kentang  - 2 biji di potong dadu 
  • Tomato - 1 biji dibelah 4
  • Karot - 1 batang di potong bulat
  • Kicap Manis - 1/2 cawan
  • Gula dan Garam secukupnya
  • Minyak masak
  • Bahan hiasan - Bawang goreng ,daun ketumbar.
Cara Memasak:
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng  kentang yang telah dipotong dadu tadi sehingga separuh masak / empuk dan ketepikan
  • Masukkan minyak di dalam periuk dan bolehlah menumis bahan yang di kisar,4 sekawan dan juga serbuk masala dan serbuk jintan sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam tadi dan digaul seketika dan masukkan air ( betul-betul sampai paras ayam) dan masukkan juga kicap manis. 
  • Masukkan sos tomato dan biarkan memasak dengan api sederhana dan sehingga ayam masak.
  • Perasa masakan dan lebihkan sedikit gula supaya kuah ada terasa sedikit manis.dan seterunya bolehlah di masukkan kentang yang telah digoreng tadi. Masak seketika dan boleh di matikan api dapur
  • Semasa menghidang bolehlah di tabur bawang goreng dan sedikit daun ketumbar sebagai hiasan.

SELAMAT MENCUBA




No comments:

Post a Comment