Salam semua.
Hari ini aku nak kongsi satu lagi resipi mudah dan ringkas iaitu "Singgang Ayam".. Kita biasa dengar orang sebut "Singgang ikan " dan jarang pula orang tahu yang ayam juga boleh di buat singgang. Penyediaannya kedua-duanya juga berbeza.
Aku tidak minat dengan singgang ikan tetapi singgang ayam merupakan masakan kesukaan aku bila aku malas memasak ataupun bila badan tak berapa sihat.
Bahan-bahan yang digunakan:
Cara Menyediakan:

Singgang Ayam |
Bahan-bahan yang digunakan:
- Ayam 1/2 Ekor.
- Bawang Merah - 3 ulas di hiris halus
- Bawang Besar- 1 biji dihiris
- Bawang Putih - 3 ulas di hiris halus
- Halia - 2inci di hiris halus
- Cili padi 1 atau 2 ulas ( diketuk)
- Lengkuas - 2 inci - dihiris halus
- Biji ketumbar - 1 sudu teh ( Di tumbuk kasar)
- Clili Blender - 2 Sudu besar
- Asam Keping - 2 keping
- Minyak untuk menumis
Cara Menyediakan:
- Tumis bawang merah,bawang putih,bawang besar, lengkuas,halia dan biji ketumbar sehingga naik bau
- Masukkan cili blender dan teruskan menumis sehingga menjadi garing.Sekiranya ingin pedas bolehlah diketuk cili padi seulas dua.
- Masukkan ayam yang telah dibersihkan dan gaul seketika.
- Kemudian masukkan air( bergantung kepada kehendak banyak mana ) dan juga asam keping.
- Biarkan kuah mendidih barulah perasa masakan tersebut dengan garam dan gula.
- Kecilkan api dan reneh seketika sehingga ayam betul- betul masak,
- Matikan api dapur dan bolehlah dihidang panas-panas.
Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment