Sunday, November 16, 2014

Nasi Gaul - "Sadap resipi kulaan "


Alhamdulilah bertemu kita sekali lagi, hari ini aku nak kongsi masakan orang "Banjar"  Nasi Gaul ini adalah masakan tradisional orang banjar di Johor.

Nasi Gaul ini begitu popular di kampung aku di Batu Pahat , terutama di kalangan keluarga ku. Sekiranya ada jamuan sudah pasti arwah Nenekku dan Atok aku akan memasak nasi gaul ini. Resipi ini aku dapat dari mak aku minggu lepas tetapi disebabkan kesuntukan masa barulah hari ini ada kelapangan untuk aku mencuba.

"Handak Maulah ....nyaman hinggak manjilat jarik "
Nasi Gaul

Acar Banjar Bersama Ayam 


 Nasi Gaul ada 2 peringkat proses:

  • Perapan dan Merebus Ayam
  • Acar Banjar 
Bahan untuk Perapan  dan Memasak Nasi: ( Di makan untuk 4-5 orang)
  • Beras Basmati  -1/2 kilo
  • Ayam - 1 ekor di potong 4
  • Bawang Putih  - 3 ulas              *
  • Bawang Merah ( kecil) -  5 ulas *
  • Halia - 1 inci *
  • Ketumbar  - 1 sudu Besar *
  • Jintan Putih  - 1 Sudu Besar *
  • Lada Putih biji  - 1 Sudu Teh.*
Nota # (*) Di blend halus.

  • Tomato Puri  - 3 Sudu Besar
  • Tomato Sos - 2 Sudu Besar
  • Susu Cair  - Setengah tin
  • Gula dan Garam 
Perap ayam  yang dibersihkan dengan bahan-bahan di atas. Seeloknya di perap 1-3 jam untuk rempah meresap dengan sekata.

Merebus Ayam :
  • Minyak Sapi - 2 Sudu Besar
  • Bawang Merah ( kecil )  - 2 biji di hiris halus
  • Bawang  Putih - 1 biji  di hiris halus
  • 4 sekawan - (Kulit Kayu Manis,Bunga Cengkeh, Bunga Lawang,Buah Pelaga)
Panaskan kuali dengan menggunakan minyak sapi dan tumis bahan-bahan di atas hingga naik bau. Masukkan perapan ayam dan air perapan tadi dan tambah air - 4 atau 6 cawan air sekira perlu.. Rebuslah sehingga ayam empuk dan toskan. Asingkan air rebusan utk memasak nasi nanti

Memasak Nasi:
Basuh beras (Basmati) dan toskan. Ambil rice cooker dan gunakan air rebusan tadi untuk memasak nasi

Membuat Acar Banjar :
  • Timur  - 1 biji di racik kasar
  •  Bawang - 2 biji di racik kasar
  • Tomato - 2 biji di racik kasar
  • Susu cair - 1 senduk
  • Sos Tomato - 1/2 cawan
  • Belacan Bakar serbuk- 1 sudu teh 
Cara Membuat :
  • Gaul rata belacan, garam dan gula
  • Masukkan hirisan timun,bawang dan buah tomato
  • Masukkan susu cair
  • Gaul sehingga sebati.
Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment