Weekend lepas sahabat lama aku yang dulunya pernah berkerja di CELCOM datang ke rumah. Alhamdulilah dia ini dah lama merantau macam aku jugak dan sekarang ada di Riyadh..dan kerja dengan Ericsson jugak.
Kawan aku ni datang satu keluarga dengan anak 3 orang ..semua lelaki, Aku cukup gelihati dengan keletah anak bongsu dia.. well banyak cakap "persis " macam Alyea anak bongsu aku. Mereka semua ini kira peramah dan terasa macam dah kenal lama dengan mereka satu family.
Perkara mencuit hati aku yelah si kecik tu.. bila aku di dapur nak mengoreng keropok lekor.. se kecik ni datang berdiri sebelah aku..bertanya "Masak apa? " Aku menjawap " Goreng keropok lekor" ..Dia mengangguk kepala dan terus ke belakang aku.. dia buka peti ais..atas dengan bawah .. heheh entah apa yang dibelek-belek nya. Lama juga mata dia memerhati peti ais aku. Hehehehe agaknya dalam hati dia berkata-kata banyak nya barang sampai penuh peti ais.
Suka makan keropok lekor sekecik ini, dua batang keropok lekor aku goreng..licin.. and then boleh bawak pinggan jumpa aku.. mintak gorengkan lagi..hahahah.
Oklah .. aku nak kongsi resipi Mee Hailam yang aku masakkan untuk tetamu aku dari Riyadh ini. Juadah ini aku sediakan untuk sarapan pagi sebelum mereke bergerak balik ke Riyadh.
Bahan- Bahan yang di gunakan:
Cara Menyediakan:

Azrin dengan anak-anak. |
Dinner malam pekena Nasi Yamen |
Mee Hailam |
- Mee Kuning / Mee Lidi / Pasta ( aku guna mee lidi )
- Bawang Putih - 4 ulas ( di ketuk )
- Minyak Masak
- Cili Blender - 2 sudu makan
- Kiub Pati Ayam - 1 kiub
- SeaFood - Udang , Sotong
- Telur Ayam - 1 biji
- Sos Cili - 2 Sudu makan
- Sos Tomato -2 Sudu makan
- Sos Tiram - 2 Sudu makan
- Kicap Mee - 1 sudu makan
- Sayuran - Bolehlah guna karot di potong, lada bangala, jagung muda
- Air - 3 Gelas ( bergantung sekiranya perlu kuah banyak bolehlah tambah lagi)
- Gula dan serbuk secukup rasa.
Cara Menyediakan:
- Sekiranya mengunakan mee lidi/pasta, bolehlah direbuskan dulu sehingga lembut.
- Seterusnya proses menumis dengan di masukkan bawang putih yg telah di ketuk dan cili blender.
- Tumis sehingga garing dan kemudian bolehlah dimasukkan seafood ( udang ,sotong).
- Kemudian masukkan sos cili,sos tomato dan juga sos tiram dan kacau seketika dan bolehlah di masukkan air
- Biarkan mendidih dan bolehlah di masukkan kiub pati ayam dan perasa kuah tersebut dengan gula dan serbuk secukup rasa. GARAM TIDAK PERLU DI MASUKKAN.
- Masukkan kicap mee dan pecahkan sebiji telur dan gaul kuah tersebut.
- Sekirnya perlu tambah air untuk kuah bolehlah di tambah ( pastikan mendidih dahulu baru teruskan proses seterusnya)
- Masukkan Sayuran dan juga Mee yang telah disediakan sebelum tadi,
- Gaul sehingga sebati dan bolehlah dimatikan api untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment