Tuesday, October 21, 2014

Masak Lemak Ketam Nenas Ala-Ala Thailand


Setiap negara mempunyai caranya tersendiri. Perbezaan antara satu sama lain adalah pengunaan daun untuk membangkitkan aroma masakan. Ada masakan yang menggunakan daun kunyit,daun limau purut,daun selasih mahupun daun ketumbar.  Terpulang kepada citarasa masing-masing.Dalam resipi ini nenas digunakan bagi menghasilkan kemanisan dan menambahkan keenakan kuahnya.

Masak Lemak Ketam Ala-Ala Thai

Bahan-Bahan yang digunakan:

  • Ketam  -1  Kg -dibelah dua dan dibersihkan
  • Nenas - 2 potong  ( boleh di potong nipis)
  • Daun kunyit - Sehelai dan disiat 
  • Minyak Masak -5 sudu besar.
  • Santan Pekat - 2 cawan 
  • Air- 1 cawan  
  • Sos ikan - 2 sudu besar
  • Garam & Gula - secukup rasa
  • Cili Padi -3-4 batang  ( diketuk untuk rasa sedikit pedas)- Optional
Bahan- Bahan Kisar / Blend :
  • Chili Merah - 10 Biji 
  • Serai  - 2 batang
  • Lengkuas - 1 inci
  • Daun Ketumbar - 3 tangkai
  • Lada Hitam - 10-15 biji
  • Jintan putih -2 sudu teh
  • Kunyit hidup - 1 inci 
Cara Masakan:
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik baunya.
  • Masukkan ketam ,sos ikan,garam,dan air sehingga mendidih. Masukkan cili padi sekiranya inginkan pedas 
  • Masukkan santan dan nenas  * ( kalau ada daun selasih masukkan untuk aroma tambahan)
  • Masaklah sehingga nenas empuk dan matikan api dapur
  • Bolehlah menyediakan hidangan

Selamat Mencuba.

1 comment:

  1. Masha Allah Rasanya memang terbaik saya dah cuba....makan sekali nak lagi...terima kasih empunya Blog.


    Dari Chef Hairul Jeddah

    ReplyDelete