Sunday, March 15, 2015

Kari Hijau Ayam - Thai style.

Salam..

Rasanya dah berminggu aku tak membuat sebarang update kat blog masakan ini....almaklumlah tersangatlah sibuk dengan rutin harian. Lunch dan dinner banyak aku ambik kat luar saja.

Resipi yang aku nak kongsi ini aku dapat dari koleksi Majalah Jelita keluaran tahun 2006 dan ini adalah "First time"  aku masukan dalam blog dengan sekali mencuba. Biasanya sebarang resipi yang aku hendak kongsi aku sudah mencuba 2-3 kali sehingga aku berpuas hati.  Memang tidak di sangkal lagi rasanya walaupun ada beberapa bahan yang aku tak ada, namun masakan Thai ini tetap menyelerakan.

Dalam resipi ini aku pecahkan kepada 2 bahagain iaitu penyedian PES KARI HIJAU dan Kaedah menyediakan.

Kari Hijau Ayam

Bahan-Bahan Yang DI gunakan untuk PES KARI

  • Serai - 3  Batang  di hiris halus
  • Cili Padi - 3 ulas
  • Lada Hijau - 2 ulas
  • Bawang Putih -7 ulas
  • Bawang Merah - 5 ulas
  • Lengkuas - 1 inci
  • Halia - 1 inci
  • Daun Ketumbar - 1/2 cawan  ( masukkan sekali dengan batang sekali)
  • Daun Selasih - 1/2 cawan
  • Belacan - 1 sudu teh 
  • Gula Melaka - 1 sudu teh
  • Daun Limau Purut - 2 helai
  • Kunyit Hidup -1 inci
  • Pelaga - 3 biji

Bahan- Bahan ini dikisar halus  dan dicampur dengan bahan dibawah dan dikacau sebati

  • Sos Ikan  - 3 sudu besar
  • Jus Limau Nipis -2 sudu besar
  • Santan - 3 sudu besar
  • Serbuk Jintan Manis - 1/2 sudu teh
  • Serbuk Lada Sulah - 1/2 sudu teh
  • Serbuk Ketumbar - 1/2 sudu teh 
  • Serbuk Buah Pala - 1/2 sudu teh  ( tak ada optional..letak lagi sedap)
Bahan-Bahan Kari Hijau Ayam:
  • Ayam - 1kg 
  • Santan pekat- 500 ml 
  • Santan cair - 800 ml 
  • Daun limau - 6 helai
  • Tomato - 1 biji dibelah 6
  • Terung pipit - 100 gram  ( aku hanya gunakan terung biru-dipotong dadu)
  • PES KARI HIJAU ( Pes yang disediakan tadi)
  • Serai - 2 batang di titik
  • Cili Padi - 3 ulas dititik
  • Jus Limau nipis
  • Sos Ikan
  • Gula 
  • Daun Selasih - 1 Genggam  ( Tak dimasukkan sebab stok tak cukup )
Cara Membuatnya:
  • Bersihkan ayam dan diketepikan
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis PES KARI sehingga naik bau dan masukkan serai dan juga ayam.dan di gaul rata seketika.
  • Tuangkan santan cair dan masukkan limau purut dan biarkan seketika sehingga ayam empuk
  • Masukkan terung,cili padi dan tomato dan teruskan memasak sehingga mendidih dan tuanglah santan pekat. Kacau seketika
  • Perasa masakan dengna sos ikan , jus limau nipis dan sedikit gula.
  • Perlahankan api dan masak sebentar dan sentiasa dikacau.
  • Masukkan daun selasih dan kacau sebati dan bolehlah di matikan api. Bolehlah dihidang masakan yang telah siap.
SELAMAT MENCUBA