Thursday, October 23, 2014

Ayam Panggang bersama Sos Black Pepper & Mushroom


Selamat bertemu kembali di Inspirasi Dapurku.. Sebenarnya resipi ini aku olah kembali  ketika aku menyambut ulangtahun yang ke 44 semlm ( Rabu-22/10). Disebabkan keinginan yang tinggi nak juga memasak walaupun minggu ini aku oncall dan agak tight masa. Disamping member aku sorang ini (Fendy) nak sangat merasa masakan dari dapurku.

Setelah berbincang dengan wife,dan beliau mencadangkan untuk mencuba ala-ala western dan mencuba dengan sentuhan "Inspirasi Dapurku".

Wife ada memberi sedikit tips dan resipi untuk membuat Chicken Grill terutama Black Pepper sosnya. Secara jujurnya, sos yang wife aku pernah hidangkan sebelum ini memang sedap dan sebab itulah ramai rakan2 beliau meminta resipi.

Hah dapat kat aku... aku modified ler. Kalau kau orang nak tahu.. wife aku gelar aku ini "Penderhaka Resipi" Tak adalah nak guna resipi tu bulat2 tanpa sentuhan mengodam  dari tangan aku ini.

Ada 3 resipi dari "Cooking Steak" yang sempat aku belek-belek dan aku disesuaikan resipi dari wife aku. Alhamdulilah tetamu aku malam tadi berpuas hati dengan " Bau, Texture, Warna  dan Rasa". Licin separuh periuk aku masak sos ini..tapi aku GEMBIRA.

Mestilah gembira  .. dengan tak pernah buat..tak pernah masuk dapur sebelum ini...dan lelaki pulak yang memasaknya hah cukup package la gamaknya. Apa apa pun terima kasih lah member member aku ini datang siap bawa cheese kek dari "SAADEDDIN PASTRY" . Kedai famous lah di saudi ini dengan kek dan pastrynya.

Thanks  Fendy..Yazid ..Azmi ..kau ceriakan "Dinner" semalam.

Bahan-Bahan untuk membuat sos Black Pepper

SOS  yang telah siap

Chicken Grill dah siap

Grill Chicken With Black Pepper Mushroom Sauce
Bahan-Bahan yang digunakan untuk Ayam:
  • Peha Ayam  - 1.5Kg ( Boleh gunakan bahagian dada ayam- terpulang)
  • Serbuk kunyit -2 sudu teh
  • Serbuk Ketumbar -2 sudu besar ( Aku tumbuk dan giling)
  • Serbuk Jintan - 1 sudu teh ( Aku tumbuk ajer)
  • Minyak - Aku guna minyak  -Extra Virgin Olive Oil
Cara Penyediaan Ayam:
  • Sebatikan atau gaul semua bahan di atas tadi bersama minyak. Sukatan minyak bergantung -aku guna 2 sudu besar sudah memadai. Setelah di gaul , perapkan ayam tadi selama 2-3 jam Bolehlah di simpan didalam peti ais. ( bukan yang beku punya tau)
  • Panaskan oven pada suhu 200 celsius dan panggang 10 minit dan pusingkan ayam panggang tadi dari bawah ke atas dan sambung lagi 10 minit untuk mencukupi 20 minit.
  • Keluarkan ayam pangang tadi dan goreng pula di Grill Frying Pan ( disapu sedikit butter pada permukaan grill pan).
  • Untuk masakan sekata tutuplah grill pan dengan tudungnya supaya kepanasan tidak terkeluar dan ayam akan masak serata.
  • Setelah itu masukkan kembali ke Oven selama 15 minit pada suhu 160 celcius dengan tujuan untuk mengeringkan darah yang ada di dalam tulang ayam.
Bahan - Bahan sos:
  • Butter - 2 sudu makan
  • Cendawan - 1 kotak /Tin  ( di potong halus)
  • Tepung gandum  - 1 sudu makan
  • Tomato -1 biji di potong halus
  • Whipping Cream - 1 kotak  ( optional boleh diganti dengan air)
  • Bawang Holland  - 1 ulas  
  • Bawang Putih - 2 ulas di cincang halus
  • Cili Sos - 2 sudu makan
  • Kicap pekat -2 sudu makan
  • Tomato sos - 2 sudu makan
  • Lada hitam - 1 1/2  sudu makan  ( di tumbuk halus) -boleh juga ditambah kepada 2 sudu besar.
  • Daun  Bay Leave - 2-3 helai.
  • Kiub Ayam  - 1 kiub.
  • Garam dan Gula secukupnya
Cara Penyediaan :
  • Panaskan periuk dan masukkan butter dan kacau sehingga cair sesemuanya. 
  • Tuangkan tepung dan gaul sehingga warna keemasan. 
  • Tuangkan bawang besar dan bawang putih dan dikacau sehingga bawang lembut dan naik bau.
  • Tuangkan cendawan yang telah dihiris halus bersertakan dengan lada hitam.Goreng sebentar
  • Tuangkan whipping cream (atau air)dan bolehlah perasa sos ini dengan garam dan gula
  • Kecilkan api dan biarkan dia masak dan letaklah daun Bay Leave .
  • Sekiranya sos tesebut tercair, masukkan sedikit tepung jagung dan teruskan memasak sehingga mendapat kepekatan yang di kehendaki.
  • Tutup api dapur dan bolehlah meyediakan hidangan.
Selamat Mencuba.


No comments:

Post a Comment