Salam semua.. hari ini aku masak ala kadar aje ...sebab penat balik dari site so masak simple-simple sahaja. Rancangannya nak makan di luar tetapi memikirkan tekak aku dah tak ada selera nak telan makanan arab...so singgahlah kat Panda Hypemall untuk cari bahan untuk di masak.
Ternampak ada Labu ..."Ting.!!" terus aku senyum " Masak Lemak Labu" dan bolehlah dilawankan dengan kobis dan kacang panjang. Masakan Lemak ini kalau ikut dari cikgu memasak aku.(wife aku ler) mesti ada kombinasi yang betul maka barulah terbuka selera. So aku padankan menu tengah hari aku ini ala-ala kampung "Masak Lemak Labu , Sotong Sambal dan Ikan kering."
Hyper Panda |
Masakan kampung Inspirasi Dapurku |
No comments:
Post a Comment