Wednesday, January 28, 2015

Daging Masak Lada Hitam

Salam ...hari ini baru ada kesempatan memasak teratur sedikit, setelah betul-betul sibuk semalam sehingga aku makan di kedai saja. Al kisah semalam memang aku "super busy" sehinggakan sampai lunch pun lambat. Itupun lunch di restoran Pinoy ( Philipine) jer sebab dah teramat lapar.

Hari ini ... aku nak kongsi resipi yang aku rasa masih lagi berkonsepkan " Cina Muslim" iaitu "Daging Masak Lada Hitam" Bahan-bahan yagn mudah diperolehi, ringkas dan yang pastinya sedap.

Daging Masak Lada Hitam

Bahan- bahan yang digunakan:
  • Daging Lembu - 150 gm
  • Capsicum  -  merah  dan kuning atau hijau - di potong dadu
  • Bawang Besar  - 1 biji  (dihiris)
  • Bawang Putih - 3 biji ( dihiris)
  • Halia - 1 inci ( dihiris)
  • Lada Hitam - 10-15 biji ditumbuk kasar
  • Air - 1/2 cawan
  • Sos Tiram - 1 sudu besar
  • Kicap Pekat - 1 sudu besar
  • Kicap cair - 1 sudu besar
  • MInyak Bijan - 1 sudu besar
  • Kiub ayam - 1/2 kiub ayam
  • Gula dan garam  sebagai perasa
  • Minyak masak untuk menumis

Cara Membuatnya:
  • Daging di potong dan dibersihkan. Kemudian goreng dan ketepikan.
  • Tumiskan bawang putih,bawang besar,capsicum,halia dan lada hitam.
  • Masukkan sedikit air dan juga kiub Ayam maggie,sos tiram,kicap pekat,kicap cair,minyak bijan gula dan sedikit garam, Tumiskan seketika.
  • Masukkan daging yang telah digoreng tadi dah gaul sehingga sebati dan bolehlah mematikan api dapur. Bolehlah menghidang masakan, 

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment