Ketam Buttermilk |
Bahan-Bahan :
- Ketam -5 ekor ( Tips yang wife aku ajar- pilih ketam betina, dan berat). Ketam ini kerat dua tanpa membuang cengkerang. Gunakan gunting untuk memotong ketam dan membuang duri2 pada sepit2. Cuci ketam dan letak ketepi.
- Bawang putih - 5 ke 8 ulas ( Tips - kalau sekilo ketam biasanya aku guna 8 ulas bawang putih) . Bawang ini hanya perlu di ketuk sahaja.
- Mentega -2 atau 4 sudu besar. ( Tips- kalau sekilo ketam biasanya aku letak 4 sudu besar mentega)
- Telur Masin - 2 biji - Di ambil merahnya dan di lenyek sehingga sekata dan letak di tepi.
- Daun Kari - 1 tangkai daun kari ( Tips -batang kari jangan di buang, masukkan sekali nanti. untuk menambahkan aroma masakan)
- Susu Sejat - 1 ke 2 tin ( Bergantung kepada jumlah ketam. Biasanya aku akan guna dalam 1 tin untuk 1 kilo ketam)
- Cili Padi - 5-9 biji. (Bergantung kepada kepedasan- Tips: Untuk mengurangkan muak susu dan mentega cili padi di gunakan sebagai balance rasa)
- Garam dan Gula - Sebagai perasa masakan
- Perasa TUMIX - sedikit sahaja (optional)
- Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan goreng ketam separuh masak ataupun goreng ketam sehingga cengkerang bertukar warna,.Angkat dan ketepikan.
- Masukkan mentega ke dalam kuali panas dan kacau sehingga semua mentega larut.
- Masukkan bawang putih ,daun kari dan cili padi- Tumis sehingga naik bau
- Masukkan susu sejat - kacau perlahan2 sehingga mendidih.
- Masukkan Gula , Garam dan perasa TUMIX secukup rasa dan teruskan kacau perlahan2 sehingga campuran menjadi sedikit pekat dan warna keemasan ( Jangan terlalu pekat).
- Masukkan ketam yang telah di toskan kedalam kuali dan gaul2.
- Masukkan telur masin ( jika hendak) dan di gaul sekali lagi sehingga semua ketam ada ketulan telur masin.
- Tutup kuali dengan penutup supaya wap panas kekal di dalam kuali. Dengan cara begini ketam akan masak sekata. Tutup penutup dalam tempoh 3-5 minit sehingga kulit ketam bertukar warna merah .
- Teruskan mengacau ketam sehingga campuran tadi pekat dan bersalut kepada kulit ketam.
- Tutup api dapur dan boleh membuat persiapan untuk menghidang.
No comments:
Post a Comment