Friday, July 1, 2016

Majlis Berbuka Puasa Di Jeddah - Ayam Masak Kari Morroco

Salam semua..kita sudah masuk ke malam penghujung Ramadan dan alhamdulilah diberikan kesihatan untuk menjejaki malam yang di janjikan Allah..iaitu malam Lai LatulQadar.

Semalam -Khamis ( 30/6/2016) kami warga bowling  Jeddah (MJ) telah secara rasminya menutup majlis berbuka puasa yang telah dimulakan dari seawal Ramadan sehinggalah semalam (khamis). Majils berbuka ini adalah majlis yang kami adakan setiap tahun dan tahun ini Masha'Allah sambutan begitu menggalakkan. Format majlis ini dengan memberikan "slot" kepada komuniti di sini untuk mengambil peluang untuk menjadi host ataupun bersedekah pada sepanjang bulan Ramadan ini.



Kira aku punya turn pada last day 30/6/2016  sebelum dia orang beramai pulang ke Malaysia menyambut Syawal yang bakal menjelma, Aku ?? Macam biasa lah tak dapat balik beraya di kampung tapi Insha'Allah bulan August ini yehhhhhh aku dapat cuti.

Berbalik pada masakan yang aku masak semalam (khamis), Alhmadulilah  dapat juga aku menyediakan 3 jaudah yang di'match'kan tema majlis Raya ...(hahah poyo). iaitu Soto Ayam, Bubur Lambuk dan juga menu baru aku..Ayam masak Kari ala  Morroco. Syukur masakan yang aku masak ini kira berasala  tidak tawar dan tidak masin.Maklumlah  bulan puasa ini mana boleh merasa masakan ..tapi terima kasih lah kepada petua dan tips merasa masakan dari ibu mertua ku  Wan Hasnah kerana mengajar aku teknik merasa masakan dengan menggunakan tapak tangan...hahahah .kau ado ?? Insha'Allah itu nantilah aku berkongsi ilmu,

Ayam masak kari Morroco,...Sebenarnya menu ini aku tengok sepintas lalu dari rancangan TV dan aku berani-berani mencuba meng"godam" resipi minah arab tu. Kira aku mecuba hari itu dengan menggunakan daging lembu dan menghantar ke jiran untuk macam-macam food testing lah. Komen yang memberangsangkan tetapi adalah sikit-sikit tambahan perlu dilakukan.  Kali ini aku mencuba dengan ayam dan aku suka kali ini dengan aroma dan color kuah nyer cukup menyelerakan...maka aku nak sharelah mana ler tahu ada yang buntu nak buat juadah hari pertama raya.. Kira resipi ini sesuai di makan dengan Nasi Empit, Beriani, Pulut kuning.

Ayam Masak  Kari Morroco
Bahan-Bahan Yang digunakan:

  1. 3 Ekor ayam bersaiz sederhana - Di potong 8 atau 12 terpulang.( Ayam / Daging/ kambing pun boleh digunakan)
  2. 400 gram rempah kari - aku campur rempah kari adabi dengan babas.
  3. 4 sekawan ( 2 btg kayu manis,4 kuntum bunga lawang, 6 biji pegaga,2 biji cengkih)
  4. Bawang Besar -7 ulas *
  5. Bawang putih -4 ulas  *
  6. Halia - 2 inci   *
  7. Kerisik  - 1/2 sudu
  8. Lada Blender  - 3 sudu besar
  9. Tomato cincang - 1/2 kilo dicincang.
  10. Bawang goreng  - 1 cawan ( 1/2 cawan masa menumis nanti dan bakinya untuk hiasan)
  11. Daun Pudina  -200 gram
  12. Daun Ketumbar - 200 gram 
  13. Daun Sup - 200 gram
  14. Gula Melaka  - 1 buku
  15. Madu - 3 sudu besar
  16. Susu cair - 50 ml ( aku guna tin yang kecil)
  17. Air - 1 cawan
  18. Garam dan serbuk perasa 
  19. Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
  • Blender bahan yang bertanda (*)
  • Tumis 4 sekawan sehingga naik baunya
  • Masukkan bahan blender dan tumis sehingga bahan tumisan itu bertukar warna sedikit
  • Masukkan rempah kari dan tumis lah sehingga betul-betul pecah minyak dan bertukar warna kepada keperangan
  • Masukkan ayam dan bawang goreng dan gaul sekata dan secawan air dan teruskan mengaul selama 3 minit.
  • Masukkan tomato  dan kerisik dan teruskan mengaul dengan api yang kecil
  • Masukkan garam,madu, dan gula melaka  dan teruskan mengacau supaya semua sebati.
  • Masukkan daun pudina, ketumbar dan daun sup  dan teruskan mengaul.
  • Teruskan memasak sehingga ayam empuk .
  • Akhir sekali masukkan susu cair ke dalam masakan gaul sebati dan dibiarkan sehuingga mendidih.
  • Tutup api dan bolehlah dihidang masakan " Ayam Masak Kari Morroco"
SELAMAT MENCUBA 




Tuesday, May 10, 2016

Sotong Berempah

Salam Semua...

Aihhhh blog ini dah naik bersawang ..lama tak update. Minta maaflah sudah sekian lama menyepi ...semua ini disebabkan jadual kerja dan angin kerajinan memasak tak timbul-timbul...:)

Aku  nak berkongsi masakan sotong ini setelah beberapa kawan kepada isteri aku bertanya bagaimana rupa dan kaedah masakan sotong berempah ini. Sabtu lepas kami ada menerima tempahan masakan nasi hujan panas dan untuk pelbagaikan menu aku mencadangkan "SOTONG BEREMPAH" sebagai lauk tambahan .....dan alhamdulilah tuan rumah suka dengan kaedah masakan ini.

Sotong Berempah 
Bahan-Bahannya:

  • Sotong  - 500 gram ( Dibesihkan,..dipotong dan di gaul dengan serbuk kunyit serta sedikit garam dan lada sulah)
  • Bawang Besar - 2 labu *
  • Bawang Putih - 4 ulas *
  • Bawang Holland - 1 labu ( hiasan)
  • Halia - 1/2 inci *
  • Lada cili blender - 1 sudu besar
  • Serbuk Kari - 1 sudu besar di bancuh dengan air
  • Jintan manis - 1/2 sudu teh **
  • Biji ketumbar- 1/2 sudu teh **
  • Sos Ikan - 1 sudu besar
  • Sos Tiram -2 sudu besar
  • Serai - 1 batang di ketuk
  • Kacang Panjang - di potong angaran 2 inci
  • Lada Merah - 2 biji (hiasan)
  • Daun bawang - (sebagai hiasan)
  • Daun Limau - 2 helai
  • Minyak Masak untuk menumis
(*) - Di kisar halus
(**) - Di tumbuk atau blender kering

Cara Membuatnya:
  • Panaskan minyak di dalam kuali untuk menumis
  • Setelah minyak panas masukkan bahan kisaran (*) -bawang besar,bawang putih,halia dan juga serai. Masukkan juga jintan, ketumbar dan daun limau dan teruskan menumis sehingga garing dan naik bau. 
  • Masukkan Lada blender dan bancuhan kari ke dalam kuali dan teruskan menumis.sehingga mendidih.
  • Masukkan Sos tiram dan digaul sehingga sebati dan bolehlah masukkan di masukan sotong ke dalam kuali. 
  • Kemudian di masukkan sos ikan dan gaul sebati. Biarkan sotong masak dan masukkan kacang panjang, Pastikan jangan terlalu lama mengoreng sotong agar tidak liat isinya.
  • Masukkan bawang holland yang telah dihiris dan juga lada merah.
  • Akhir sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong dan gaul seketika.. 
  • Bolehlah dihidang masakan SOTONG BEREMPAH.
SELAMAT MENCUBA


Tuesday, March 1, 2016

Ayam Masak Kicap Special

Salam semua

Rasanya dah lama aku tidak mengemaskini masakan yang terbaru dari Inspirasi Dapuku.....banyak sahaja halangan  yang muncul. Hari ini mood memasak sudah kembali maka bolehla Inspirasi Dapurku bersiaran semula.

Hari ini aku nak kongsi masakan yang mudah dan biasa di masak tetapi aku nak berkongsi sesuatu perubahan dari kaedah yang biasa digunakan. Semoga kita terus memasak dan berkongsi.

Ayam Masak Kicap Special

Bahan-Bahan Yang Digunakan:

  • Ayam - 1 ekor
  • Ubi Kentang -1 biji di belah empat/lapan
  • Bawang Besar  - 1 ulas *
  • Bawang Merah - 3 ulas ( di hiris halus untuk menumis)
  • Bawang Putih - 4 ulas *
  • Halia - 2 inci *
  • Lada kisar - 2 sudu besar 
  • Susu Pekat - 2 sudu besar
  • Lada Hitam - 1/2 sudu teh
  • Rempah Tumis-  4 sekawan 
  • Kicap Pekat - 3 sudu besar
  • Kicap Manis - 2 sudu besar
  • Sos Tomoto - 2 sudu besar
  • Sos Tiram - 1 sudu besar
  • Air Masak - 2 cawan
(*) - Kisar halus

Bahan Hiasan:
  • Bawang Besar - 1/2 ulas
  • Lada Hijau / Lada Cili  
  • Daun Sup / Daun Sederi
Cara Menyediakan Masakan:
  • Bersihkan ayam dan di garam kunyit.
  • Goreng ayam separuh masak dan asingkan.
  • Goreng kentang yang telah dipotong sehingga empuk dan asingkan.
  • Tumis 4 sekawan  sehingga naik bau dan masukkan bahan kisaran dan tumis sehingga bahan kisar naik bau. Kemudian masukkan lada kisar dan terus lah menumis sehingga garing.
  • Masukkan kicap pekat,kicap manis,sos tiram dan sos tomato dan 2 gelas air masak dan kacau sehingga sebati. Biarkan sehingga mendidih 
  • Masukkan susu pekat manis,serbuk lada hitam, hirisan bawang besar, lada hijau dan kentang Gaul sehingga sebati dan biarkan seketika .
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga sebati dan kecilkan api dapur dan biarkan seketika sehingga kuah sedikit pekat.
  • Matikan api dapur dan bolehla dihidangkan dan di tabur daun sup ke atas masakan yang telah sedia untuk di makan,
SELAMAT MENCUBA