Saturday, January 17, 2015

Ayam Masak Ungkep - Jawa Style


Salam semua...hari ini aku teringin nak makan masakan orang Jawa iaitu "Ayam Masak Ungkep". Terima kasih pada wife aku yang memberi cadangan tentang masakan ini. Walaupun aku bukan orang Jawa tetapi melihat pada blog-blog masakan mengiurkan aku.

Rasanya sedap dengan terasa adunan rempah ratus yang di tumbuk dan rupanya ala-ala rendang cili padi .

Ayam Masak Ungkep

Bahan-Bahan yang di gunakan :

  • Ayam - 1/2 ekor dipotong sederhana besar di basuh dan ditoskan.
  • Serai - 2 batang dititik
  • Asam Keping /Asam Gelogor - 1 keping
  • Bay leaf - 3 helai
  • Gula Melaka - 1sudu besar
  • Garam  secukup rasa
  • Sedikit Minyak untuk menumis 

Penyediaan Rempah: ( Di Kisar Halus):

  • Bawang Merah  -7 biji
  • Bawang Putih - 4 biji
  • Halia - 1 inci
  • Lengkuas  - 1/2 inci
  • Buah Keras - 2 biji
  • Cili Hijau - 1 biji
  • Cili Padi - 5 @ 8 biji bergantung kepada kepedasan
  • Ketumbar - 1 sudu besar
  • Jintan kasar - 1/2 sudu teh
  • Jintan halus - 1/2 sudu teh
  • Kunyit hidup - 3/4 inci
Cara Penyediaannya:
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar,serai,bay leaf dan kacau sehingga naik bau. Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali dan gaul sehingga sekata
  • Masukkan air secukupnya ke dalam kuali dan biarkan ianya mendidih.,Kemudian masukkan asam keping dan juga gula melaka serta garam.
  • Perlahan kan api dapur dan renehlah masakan tersebut sehingga menjadi kering. 
  • Matikan api dan bolehlah menghidang masakan.
SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment