Monday, January 12, 2015

Daging Masak Palembang

Hari ini aku nak kongsi masakan DAGING dari  Indonesia yang aku rasa ramai di luar sana tahu. dan mungkin juga ada yang pernah merasakan masakan "Daging masak Palembang".  Cara masakan adalah mudah dan ringkas dan kalau di lihat aturcara masakan  ini seperti kita membuat rendang daging.

Daging Masak Palembang ini seakan-akan seperti Daging Masak Hitam cuma ada sedikit perbezaan di hujung masakan iaitu kalau Daging masak Hitam kita letakan air asam jawa tetapi untuk Daging Masak Palembang kita tuangkan santan. Namun kedua-duanya memang sedap... sampai "bibik" aku tersenyum  merasakan masakan aku ini.


Daging Masak Palembang


Bahan-Bahan yang di gunakan :

  • Daging 1/2 Kilo - Di potong dadu
  • Bawang Besar - 3 ulas  (*)
  • Bawang Putih - 5 ulas (*)
  • Halia - 2 inci  (*)
  • Lada Blender - 3 Sudu makan
  • Cili Padi - 4 atau 5 ulas di tumbuk
  • Santan - 2 cawan.
  • Kicap - 4 sudu besar
  • Rempah 4 sekawan.
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit Garam dan Gula
Nota (*) - Di Blender halus

Cara Memasak :
  • Tumis bawang besar,bawang putih, halia dan 4 sekawan. Tumis sebentar sehingga naik bau
  • Masukkan cili blender dan cili padi dan tumislah sehingga garing dan pecah minyak
  • Masukkan Daging yang telah di potong tadi dan gaul. Biarkan seketika dengan api yang sederhana.
  • Masukkan kicap dan sedikit air. Biarkan sehingga mendidih.,
  • Perlahan kan api dapur untuk proses mereneh dan biarkan selama lebih kurang 1 Jam atau daging separuh empuk.
  • Masukkan Santan dan boleh lah perasa daging tersebut dengan garam dan gula.
  • Teruskan mereneh sehingga betul- betul empuk dan kuahnya kering. Barulah matikan api dan bolehlah menghidang masakan.
Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment