Friday, February 6, 2015

Udang Masak Tiga Rasa

Salam.. hari Jumaat tak banyak aktiviti yang ada dengan sebelah pagi aku bersarapan simple sahaja.. buat jemput-jemput ikan bilis dan bawang. Boleh lah untuk alas perut sebelum ke masjid.

Balik dari masjid terus ke dapur dan keluarkan udang dan ayam dari peti beku. Menu hari ini adalah "Udang Masak Tiga Rasa"  dan Ayam goreng biasa ( Garam + kunyit dan sedikit lada hitam).

"Masakan Udang Tiga Rasa" ini adalah dari versi paling simple bukan dari Thailand style tetapi aku olah berdasarkan apa yang ada di dalam dapur aku...tetapi rasa tetap tidak mengecewakan.


Udang Masak Tiga rasa


Bahan-Bahan Yang Di Gunakan:

  • Udang - 400 Gram ( dibuang kulit), terpulang sama ada nak dengan kulit pun boleh.
  • Lada Blender - 3 sudu besar
  • Cili Padi - 4 biji ( di ketuk)  / di blender sekali dengan lada kering.
  • Halia - 1 inci ( dihiris halus)
  • Bawang Putih - 4 biji di ketuk dan dicincang
  • Bawang Besar - 1 biji ( di hiris bulat)
  • Daun limau purut -3 helai di carik-carik
  • Lada Bangala - 1/2 biji di potong dadu
  • Sos Tiram -  2 sudu makan
  • Sos Cili - 1/2 cawan 
  • Sos Tomato - 2 sudu makan
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit air
  • Garam dan Gula
  • Minyak untuk menumis
Cara-Caranya:
  • Bersihkan udang dan di gaul dengan garam dan kunyit.
  • Gorengkan udang 1/2 masak sahaja dan angkat.
  • Dengan baki minyak tadi tumiskan halia yg di hiris tadi dan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan lada blender. Tumislah sehingga lada blender ini garing.
  • Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato, lada bangala dan juga daun limau purut.Masukkan sedikit air dan reneh seketika.
  • Masukkan udang yang telah di goreng tadi dan masukan bawang besar  dan bolehlah perasa masakan.
  • Bolehlah matikan api dan siap untuk hidangan

SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment