Friday, February 13, 2015

Ikan Siakap Stim

Salam ...Sekejap saja masa berlalu.. tahu-tahu dah hari Jumaat dan esok last "On Call" untuk bulan ini.. Hari ini agak free sedikit sebelah pagi  dengan banyak masa di habiskan membelek-belek resipi dan juga membuat trading dalam Forex.

Menu yang hendak aku kongsi hari ini .yelah.menu yang mudah disediakan dan menyelerakan cuma ada perbezaan sedikit berbanding dengan kaedah wife aku memasak.



Ikan Siakap Stim


Bahan-Bahan Yang Digunaka  ( Ikan Stim):

  • Ikan Siakap Sederhana Besar ( 500 Gram)
  • Halia - 1 Inci ( dipotong batang mancis)
  • Bawang Putih - 3 ulas (di hiris nipis)
  • Bawang Besar -1 biji ( di hiris nipis)
  • Daun Bawang - 3 helai di potong 
  • Brokoli - di potong kuntum-kntum
  • Cili Padi - 2 biji (di ketuk)
  • Timun - 1/2 biji di hiris
  • Karot - 1/2 batang ( di potong batang mancis)
  • Cendawan - dihiris nipis
  • Limau nipis  - 2 sudu besar  jusnya
  • Lada sulah - sedikit
  • Garam 


Bahan-Bahan untuk sos ( Ikan Stim):

  • Serai - 1 batang ( di ketuk)
  • Halia - 1 inci ( dihiris halus)
  • Bawang Holland- 1 biji( dipotong bulat)
  • Sos Tiram - 1 sudu besar
  • Sos ikan /sotong- 1 sudu teh
  • Limau nipis 1 biji di hiris 
  • Garam dan Gula
  • Lada Merah -1 biji ( di hiris)
  • Tepung Jagung - 1 sudu besar ( dibancuh sedikit dengan air)
  • Sedikit Minyak untuk menumis
Cara Membuatnya : (Kukusan Ikan)
  • Ikan yang telah dibersihkan di ratakan dengan sedikit garam didua-dua belah dan di perah limau nipis di permukaan ikan. Kemudian disumbatkan campuran halia ,bawang putih,bawang merah di bahagian dalam ikan.Di taburkan sedikit lada sulah di permukaan ikan.
  • Kemudian di masukkan ke periuk pengukus dan kukuskan sehingga separuh masak.Ikan tersebut.
  • Kemudian di masukkan sayur-sayur yang telah di potong tadi dan teruskan mengukus sehingga masak. dan sayur empuk.

Cara Membuat Sos Ikan:
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan setelah minyak panas bolehlah di masukkan serai, halia dan bawang. Tumislah sehingga naik bau
  • Kemudian di masukkan hirisan limau nipis ke dalam kuali dan dimasukkan juga lada merah.
  • Tumis seketika dan masukkan sos tiram dan sos ikan.Kacau sebentar.
  • Tuangkan air tepung jagung dan di kacau sos tersebut sehingga kuah sedikit pekat.
  • Masukkan perasa garam dan gula ke dalam sos tersebut. dan kacau sekata. Sekiranya rasa sudah menepati rasa yang dikehendaki bolahe lah matikan api dan tuangkan ke atas kukusan ikan kita tadi. Bolehlah dihidang Ikan Siakap Stim ini.

SELAMAT MEN CUBA

No comments:

Post a Comment