Tuesday, February 10, 2015

Nasi Daging Paprik

Salam..minggu ni "on call week" so..hari ini aku ke dapur dengan motif masak simple janji sedap dan menyelerakan. Resipi yang aku nak kongsi ini mudah disediakan untuk  seisi keluarga sebagai alternatif menu hidangan.

Kalau nak lagi menarik bolehlah di tambah sayuran di dalam paprik seperti kobis bunga, kacang panjang tetapi apa ada dalam peti ais aku hanya lah Cendawan butang, karot,lada bangala,jagung muda..so tu jerlah sayuran yang aku letak. Untuk resipi yang aku letak ini kiranaya yang complete version.

Nasi Daging Paprik

Bahan-Bahan Yang Di Gunakan:

  • Daging Lembu - 500 gram (  di rebus supaya empuk.Pastikan tidak terlalu lama merebus daging nanti hilang kemanisan daging). Seeloknya carilah daging batang pinang.
  • Lada bangala / Capsicum - 1/2 biji di potong dadu
  • Cendawan butang - di hiris nipis
  • Bawang besar - 1 biji di hiris bulat - kasar
  • Karot - 1 batang  ( potong anak mancis)
  • Kobis Bunga - 300 gram di potong sekuntum sekuntum 
  • Kacang panjang - di potong angaran 1 inci 
  • Putik Jagung - 4 batang ( potong anak mancis)
  • Cili padi -3 atau 5 biji  diketuk ( bergantung kepada kepedasan)
  • Serai - 2 batang  di ketuk
  • Daun Limau purut - 3 helai  - dicarik-carik
  • Daun Ketumbar - 3 tangkai di potong kasar
  • Bawang Putih - 3 ulas ( cincang halus)
  • Tomato - 1 biji belah 6
  • Cili blender - 3 sudu besar
  • Sos Tiram  - 2 sudu besar
  • Sos Cili - 2 sudu besar
  • Kicap manis - 1 sudu besar  (Optional)
  • Sos ikan - 1 sudu teh
  • Air rebusan daging -  1/2 cawan
  • Garam dan Gula
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Minyak untuk menumis 
Cara-caranya:
  • Daging di rebus sehingga empuk, ditoskan dan disejukkan. Ambil air rebusan dalam 1/2 cawan. Setelah daging sejuk boleh lah dihiris nipis. Kemudian di gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam dan di goreng sebentar. Pastikan jangan sampai garing.
  • Kurangkan minyak masak tadi ( angaran dalam 2 sudu besar digunakan) dan tumis bawang putih,cili blender dan serai sehingga naik bau.Kemudian masukkan sos tiram,sos cili, kicap manis,daun limau purut,daging dan gaul sebentar dan bolehlah di tambah air rebusan daging dan masak lah seketika.
  • Selepas itu masukkan karot, lada bangala,kacang panjang dan gaul rata. dan diikuti dengan sayur-sayur yang lain. Bolehlah di tuangkan sos ikan dan di gaul sekata.
  • Akhir sekali masukan  bawang besar dan daun ketumbar dan bolehlah perasa masakan. Jika telah cukup rasa bolehlah di matikan api dan bolehlah di angkat dan dihidangkan panas-panas. 


SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment