Saturday, October 18, 2014

Mee Goreng Mamak

Segalanya bermula dengan sentuhan Mee Goreng Mamak.



Aku ni jenis typical lelaki yang tak pandai memasak. Setakat masak air...bolehlah. Kekadang tu masak nasi pun tak lulus-lulus. Yang bab simple masak Maggie pun masak dengan kaedah sepatah kata wife aku, masak “Bodoh-Bodoh”. Jenis bukak plastik dan rendam air panas lepas tu melantak. Aikk, ada orang yg macam spesis aku ni pun kat luar sana. Hahaha.

Jangan dok sebut rempah ratus segala bagai, haram aku nak ambik port. Kalau berbelanja jenis kerja aku tolak troli dan bayar di kuanter jer.

Komplen!!! Yang ini aku hebat. Bukan nak syok2 sendiri. Tapi tabiat aku suka komplen masakan. Hahaha! Tang ni aku cukup cekap untuk rasa bahan masakan tu cukup rasa ke tidak. Aikkk, apa ke tidaknya weiii aku kahwin dengan anak tokey restoran okey!!! Aku ni sejak kawin dah di latih jadi food tester. Mau ke tidak lidah aku ni naik kebas dok merasa masakan. Tu sebab wife  menjadi idola aku sebut jer apa. Dia akan memasak untuk suami dia yg cerewet lah sgt ni. Agak2 lah sebab aku suka komplain masakan dia, tu yg dia masak sedap heheh. Tang ini member2 wife aku cukup takut kalau jemput kami bertandang ke rumah. Sebab dia orang tahu perangai aku. Tapi dia tau aku jujur mengenai masakan. Yup, aku jujur tang ni. Yang sedap aku akan puji yg kurang apalah salahnya aku tegur. Cehh.

Bekerja di perantauan macam aku ini cukup terseksa lebih-lebih lagi jenis tekak aku ni “Born In Malaysia”. Nak masak kau jangan lah berangan. Jawabnya makan kat restoran lah. Pernah berlaku semasa aku di Dammam (Saudi Arabia) sekitar  tahun 2000. Masa tu aku baru pertama kali kerja di luar negara. Ada satu restoran Thai seafood ni pekerjanya orang Indonesia dan dari Bangkok. Disebabkan kekerapan aku ke restoran tu. Huhuhu tiap2 hari lah tu lunch & dinner! Jadi aku kenal ler tukang masaknya. Sebab dah muak makan ala2 Thai. Aku panggil tukang masak suruh buat Ayam Masak Kicap, masak Kurma. Mau berbuih mengajar  tapi oklah jadilah jugak walaupun tak lah sesedap kalau makan kat restoran Malaysia or wife aku masak.  “Bagai ketam mengajar anak2 berjalan lurus”. Macam lah aku pandai, ni kan pulak mengajar tukang masak. Hancuss!
  
Segalanya bermula...

Makanan favourite aku ada banyak. Sebab kalau balik bercuti ke Malaysia asyik nak meronda2 makan. Macam iklan TV3 ”Jalan2 cari makan" gitu. Hahaha bak kata bahasa jalanan ni jenis “temolok gajah”. Apa2 pun aku memang enjoy bab makan ni. Terbukanya selera makan aku ni selepas aku berhenti merokok. Bab merokok ni  aku cerita lain entry lah. Iskkk kacau daun betul!

Mee Goreng Mamak  adalah favorite makanan aku dengan keluarga. Kira aku boleh tahulah bahan-bahan penting yang  mamak guna. Isteri aku tak boleh tanding lah mamak masak. Tu sebab bila sebut mee goreng mamak jawabnya ke kedai lah. 

Pada tahun 2010, jiran aku masa aku posting di Riyadh bertandang ke rumah ku di Jeddah. Nak jadikan cerita, pandai-pandai lah wife aku cakap aku ni pandai buat mee goring mamak. Weiiii!! Aku ni kaki komplen. Mana ler tahu masak. Cehhh wife aku nak kenakan aku ler tu! Iskkkkk berpeluhh!!!!

Jadi aku beranikan diri lah masak. Masa tu lah macam-macam ada perasaan masa tu! Allah jer yang tahu. Gigil serius !!!!! 

Di pendekkan cerita setelah selesai memasak, aku panggil lah wife cuba rasa mee goreng yang tak berapa nak mamak ni. Wife angkat thumbs up bila dia rasa. Aikkk wife aku ini saja jer nak pekenakan aku lagi ini! Aku redha lah kalau “ Yan dengan Azman”  ini termuntah rasa masakan mee ini aku dah siap-siap dah alasan untuk cover malu.

Alhamdulilah  licin tetamu aku makan termasuk ler dengan anak-anak aku. Macam tak percaya itulah pertama kali aku masak untuk tetamu. Aduhlahh semalaman aku senyum. Satu nikmat bila tetamu licinkan masakan. Kalau Yan dengan Azman baca blog ini, kau berdua menjadi sumber inspirasi masakan ku.

Masa nak tidur wife aku tanya, “Aikk abg letak apa dalam mee tu rasa sedap.....?”  Biarlah satu rahsia. ”Aku dah jadi mamak!” 


No comments:

Post a Comment