Asam pedas ini begitu senonim dengan 2 negeri iaitu Melaka dan Muar.Secara jujurnya kedua-dua negeri ini aku dah pernah merasa masakan Asam Pedasnya dan ada sedikit perbezaan rasa tetapi keduanya menyelerakan.
Setiap kali aku balik bercuti ke Malaysia mesti akan aku jelajahi Melaka atau Muar untuk "pekena" Asam Pedas. Dulu pada sekitar tahun 1999-2002 Asam pedas yang popular di Melaka adalah di kawasan pasar borong. Sekarang dah tak ada lagi dan semua bertmpu ke kawasan Tengkera. Masa aku pertama kali di bawa makan di situ.. rasa macam teruja tengok orang cina makan asam pedas sampai menghirup kuah ..siap licin pinggan !!. Setelah aku rasa..jadi tak hairan lah pelangan sampai menghirup ..memang sedap pun.
.Untuk resipi kali ini aku coretkan asam pedas dengan pelbagai kaedah samada yang dari Melaka atau pun yang cetusan dari Negeri Muar
.
Resipi dan bahan yang digunakan:
- Tumbuk bawang merah (ambil sebiji saiz sederhana) bersama-sama dua ulas bawang putih. Kalau nak senang lumat, masukkan garam siap-siap.
- Tumis cili yang dah siap di blender. (Masa blender cili, letak bawang siap-siap. Sebab ada cili yang sangat pedas. Bawang boleh kurangkan pedas. Kalau tak tahan pedas, petua membeli cili kering yg kurang pedas ialah warnanya sedikit gelap dan TIDAK berkilat. Pada kebiasaannya, cili jenis ini mahal sedikit.)
- Masukkan minyak. (Kalau kita masak sayur, minyak sedikit sekadar untuk menumis. Tapi, untuk tumis cili dan bawang tumbuk kita ni, minyak perlu dilebihkan, supaya cili kita boleh garing.)
- Bila minyak dah panas, masukkan bawang tumbuk tadi.
- Tunggu sampai bawang tumis tu naik baunya, barulah masukkan cili.
- Kacau cili sampai warnanya nampak garing.
- Masukkan ikan.
- Masukkan perahan air asam jawa. Ambillah asam jawa tu dalam sejemput. Lama-lama memasak, kita akan tahu banyak mana. yang di perlukan
- Bolehlah masukkan bender dan tomato.
- Perasa masakan.
- Tunggu mendidih dan tutup.
Variasi asam pedas:
Kepelbagaian cara menukar rasa asam pedas. Pilih salah satu,yang lain simpan untuk lain kali masak...
- Cili Hidup - Kalau nak guna cili hidup pun sedap jugak. Caranya masih sama, cuma gantikan cili kering dengan cili hidup. Disebabkan cili hidup agak mahal.. selalunya, hanya ikan yang mahal jer aku masak macam ni. Macam ikan jenahak ker.. ikan merah ker.. Kalau ikan kembong, ala-ala rugi laa plak. hehe tu pendapat aku le. Untuk pekatkan kuah kita, campur sedikit dengan cili kering yang di blender.
- Halba dan biji sawi - Aku selalu gak tambahkan rempah ni semasa menumis bawang.
- Daun Limau - Sangat sesuai ditambah kalau masak asam pedas daging atau ayam. Ditambah apabila kuah dah mendidih. Koyakkan sikit daun tu.. Janganlah di hiris pulak,ni bukan nak masak rendang...
- Bunga kantan - Dimasukkan dalam kuah.
- Serai - Ketuk dan masuk.
- Daun kesum - Ikat dan masuk.
- Halia - Ketuk dan masuk semasa menumis. Kaedah paling jarang digunakan.
- Kalau asam pedas ayam atau daging, kuahnya biarlah pekat.
- Kalau nak warna asam pedas tu cantik.. masukkan sedikit kunyit semasa menumis bawang.
Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment