Sunday, October 19, 2014

Memori Labuan dan Ketam buttermilk.



Aku menerima berita gembira  dari anak sulongku.. yang dia dapat tawaran belajar ke UMS Labuan, dalam bidang “International Offshore Banking”. Dia pulak kata kena lapor diri 1/9/2014. Aku tahu perasaan dia..nak aku hantar dia ke labuan..aikkk..aku kenalah apply cuti balik Malaysia. Nasib baik bos aku ini kira understanding ler jugak ..kalau tak kau jangan harap nak cuti…”Cuti kau dah abis !!!


Sehari suntuk jugak aku melayari internet sebab nak buat reservation hotel …last2 tengok kat Agoda hotel "Palm Beach Resort" ada bilik kosong dan dari review cantik pemandangannya dan bilik yang luas.Aku confirm jerlah duduk situ…dari 30/8/2014- 3/9/2014 ..kira 3 malam lah aku kat Labuan nanti. Perihal  kereta pulak  memeningkan kepala pasal banyak syarikat kereta sewa dah kehabisan kereta.Wife aku bagi cadangan untuk hubungi kawan kami  masa berkenalan di Riyadh dulu…sekarang ini dia dah posting kerja di Labuan untuk meminta bantuan dalam urusan kereta sewa.



Meor & Zuhra…

Suami Isteri ini kira kenalan kami di Riyadh (Saudi Arabia) agak rapat gak ler persahabatan kami ni. Aku minta tolong dari Meor cuba untk carikan kereta sewa untuk kami.
 Setibanya kami di Airport Labuan, Meor dan Zuhra dah tunggu kami dan urusan kereta sewa meor dah uruskan Murah jugak Toyota Vios sehari RM90..oklah tu..puas hati !!!.
 Meor cadangkan aku buat pendaftaran asrama dulu dan kemudian ke rumah dia untuk makan tengah hari. Kereta Vios aku bagi pada Zuhra kerana dia nak siapkan makanan. Manakala kami naik kereta 4X4 Meor ke UMS. Dalam kereta Meor mulalah bercerita perihal Labuan ..

Labuan ini kecik jer kira setengah hari dah boleh cover satu Labuan..aikkk..aku jerling kat anak aku..muka dia macam baru terserempak hantu….hahhaha..bila Meor cerita di sini tak ada shopping mall besar2…panggung wayang tak der. Bandar kecik macam ala2 Batu Pahat ler..tapi Batu Pahat pun ada byk shopping Mall…isteri aku senyum simpul  bila aku jerling ke dia. Aku dapat baca ler senyum, tu !!!
Sampai sahaja  di UMS..pehhhh Masy'Allah Univerisiti atas bukit  dengan pemandangan yang cantik mengadap laut.Cantik nya ciptaan Allah.Terasa tenang dengan persekitaran belajar macam ini. Urusan pendafataran tak lah lama sebab kami kira datang awal dan adalah beberapa parents yang juga baru sampai. Isteri akulah berdua dengan anak aku ke bilik apartment dia…asrama perempuan ..tak kan ler aku nak naik gak….terkial2 ler isteri dan anak aku mengangkat barang. 

Pemandangan di kala matahari terbenam di ambil di hadapan Masjid UMS


Setelah selesai urusan pendaftaran asrama,Meor membawa kami ke rumahnya untuk makan tengah hari.Perut aku memang tengah lapar tambah pulak  hidangan yang Zuhra siapkan membuka selera dan sedap…bertambah lah aku makan.  Terima kasih Yeop !!.

Malam keesokannya,Meor dan Zuhra belanja lagi kami makan malam…Ya Allah baiknya sahabat aku ni..mudah2an murah rezeki kau berdua.Meor memandu di hadapan..aku biasalah follow jer ..yang aku perasaan bila Meor membelok ke kanan nampak sign board “Anjung Ketam.Kira first time lah kami merasa hidangan ketam special ni….”Buttermilk”. Memang sedap rasanya…cuma kalau ada sentuhan sikit lagi akan rasa lebih enak….cehhhhh..bab complain serah kat aku ler…Puas hati aku makan malam dengan hidangan yang sedap ini.

Restaurant Anjung Ketam
Alhamdulliah ada lah orang yang boleh tengok2kan anak dara aku ini. Terima Kasih Meor dan Zuhra.

Kami pun pulang ke Hotel untuk berehat….masa nak terlelap..isteri ku berbisik..sedap makan ketam buttermilk tadi..tak pernah rasa macam tu…..aku bisik pada nya….nanti sampai JB..kita cari ketam..abang akan masakkan untuk sayang dan anak-anak. Dalam kepala aku…hah sudah. …bersilat lah pulak aku ke dapur nak masak benda yang tak tahu….."Internet kan Ado".
 


No comments:

Post a Comment