Hari ini 24/10/2014 bersamaan dengan Hari Jumaat yang biasanya di sebelah pagi banyak kedai-kedai tutup,jadi makanya agak kurang pilihanlah untuk bersarapan pagi. Kalau wife aku ada senang sikit, bolehlah main order jer nak makan apa..."Tak apalah tak lama lagi dah pemaisuri aku datang" bolehlah masa tu "Inspirasi Dapurku" berehat dan di gantikan dengan " Eita Kitchen".
Aku masak ala kadar aje pagi ini sekadar untuk alas perut. Itupun ada barang yang leftover dari peti ais maka jadilah "MEE HOON HAILAM". Nak makan sorang tak best la pulak...teringat Hairul &Dalina, aku pun call dia orang. Dia orang okey jer ,aku memasak ..dan bawa "Mee Hoon Hailam" ke rumah dia orang. Dapatlah makan berteman. (Resipi MEE HOON HAILAM nanti lah aku bagi)
Untuk pengetahuan kau orang ..Si Hairul & Si Dalina ini adalah Chef kat Jeddah ini. Segala majlis usrah atau jamuan kebanyakannya akan menempah masakan dengan Chef ini.
Sampai jer di rumah Hairul&Dalina ,.aku tengok berdua ini tengah sibuk memasak untuk jualan makanan di Bazaar. Hairul & Dalina berhenti sekejap untuk bersarapan bersama aku ..dan sempatlah jugak aku jadi "FOOD TESTER" masakan yang hendak di jual di bazaar konsulate.
Bazzar
Suasana Bazaar seawal 5:40 pm |
Tahniah aku ucapakan pada "CG & Team" yang telah menjayakan acara ini ...kalau tak silap aku dah 3 kali untuk tahun ini. Teruskan CG !!.. inilah yang diharapkan untuk rakyat Malaysia wilayah barat Saudi ini berkumpul.
Waktu Peak Bazaar.( Gambar di ambil dari CG ) |
No comments:
Post a Comment