Sunday, November 30, 2014

Yum Pra Hmik Thai Squid Salad


Hari ini aku nak kongsi satu menu salad yang ringkas dan menyelerakan. Salad ini aku dapat dari menu Thailand yang dinamakan "Yum- Pra- Hmik Squid Salad"  .Rasa sos dia unik dan sedap.hasil dari kombinasi beberapa bahan yang mudah diperolehi. Manakala Sotong/Squid penyediaanya aku guna kaedah " Blanch" untuk menghasilkan sotong segar.

Yum Pra Hmik Thai Squid Salad
Bahan -bahan yang di gunakan:

  • Sotong  - 7 Ekor  di bersihkan dan di potong 2 inci dan di  Blanch 
  • Serai -  1 Sudu makan serai yang telah di hiris halus. ( Blender kering) 
  • Jus Lemon - 2 sudu makan  *
  • Daun Bawang - 1 Sudu makan di cincang halus
  • Halia muda -  1 Sudu makan  di hiris halus (optional)
  • Bawang Holland - 3 Sudu Makan di hiris halus
  • Daun Ketumbar -1/4 cawan di hiris 
  • Daun pudina  - 1/4 di hiris
  • Daun salad - Di hiris
  • Karot - 1/4 cawan di potong memanjang  
  • Tomato -1/4 cawan di potong dadu
  • Sos ikan - 3 Sudu makan *
  • Madu - 2 Sudu makan *. 
  • Olive oil - 2 Sudu Makan *
  • Balsamic Vinegar - 1 sudu makan *
  • Lada Hitam - 1/4 Sudu Teh *
Nota (*) : Di campurkan semua bahan. Campuran ini adalah sos untuk salad.

Cara Membuatnya :
  • Bersihkan sotong dan potong dalam 2 inci dan direbus untuk beberapa minit dan teruskan dengan proses "Blanch" 
  • Satukan  bahan bertanda (*) untuk di jadikan sos 
  • Masukkan bahan-bahan lain ke dalam salad bowl dan masukan sotong dan curahkan sos. Gaul bahan-bahan sehingga sebati. 

Selamat Mencuba

Wednesday, November 26, 2014

Udang Masak Serai


Alhamdulilah .. hari ini berkesempatan memasak makan malam dan menu biasa-biasa saja dan atas permintaan wife nak makan Kari Mamak ..jadi aku tambah lagi satu lauk " Udang Masak Serai"

Resipi "Udang Masak Serai" ini tidaklah terlalu terlalu susah ..hanya mengambil masa 15 minit untuk persediaan dan 10 minit untuk memasak.

Udang Masak Serai
Untuk memasak resipi ini aku bahagikan kepada dua bahagian: ( 1 kg Udang)
  • Penyediaan Paste Serai Pedas
  • Penyediaan Udang Masak Serai

Penyediaan Paste:
  • Serai  - 5 batang serai ( Di potong potong) *
  • Cili Blender  - 4 Sudu besar
  • Halia - 2 inci  *
  • Bawang Putih - 8 ulas *
  • Buah Keras - 4 biji *
  • Kunyit hidup - 1 inci *
  • Bawang Merah ( kecil)- 10 Ulas *
  • Daun Limau Purut - 3 helai *
Bahan-bahan di atas di blender dan dicampur dengan cili  blender untuk dijadikan paste.

Penyediaan Udang Masak Serai:
  • Paste Serai Pedas yang telah blender tadi
  • 1 Kg Udang
  • 1 cawan santan
  • 3 sudu besar perahan asam jawa
  • Garam dan Gula
  • Minyak Masak
Panaskan kuali dan tuangkan minyak masak dan gorengkan udang sehingga kulit udang berwarna keemasan, angkat dan ketepikan, Kemudian guna sedikit minyak dan tumis "Paste Serai Pedas" sehingga garing. Kemudian masukkan santan dan masukkan sedikit air kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan perahan asam jawa dan biarkan sehingga mendidih, Perasakan kuah tadi dengan garam dan gula dan bolehlah tutupkan api dapur.

Setelah itu masukkan udang yang telah di goreng tadi ke dalam pinggan dan siramkan kuah tadi ke atasnya dan hiaskan dengan hirisan daun limau purut yang di potong halus.

Selamat Mencuba





Sunday, November 23, 2014

Baked Potato Skins


Salam semua....Hari ini Inspirasi dapurku bersiaran setelah seminggu menyepi disebabkan sibuk dengan urusan kerja. Minggu lepas sibuk dengan on call dengan tidur tak cukup..tambah pulak dengan cuaca hujan ....kelam kabut jadi kerjanya,

Hari ini permintaan wife aku nak makan malam simple jadi aku masuk ke dapur...ternampak kentang lalu terlintas untuk buat "Baked Potato"

Menu ini ringkas tapi menyajikan rasa yang sedap dan enak.

Baked Potato
Bahan-Bahan yang Di gunakan :

  • Kentang USA - 3 Biji  
  • Olive Oil - 3 Sudu Besar   *
  • Parmesan Cheese - 2 Sudu Besar ( Di parut) *
  • Garam - 1/2 Sudu Teh * 
  • Bawang Putih  Serbuk - 1/2 Sudu teh  *
  • Serbuk Paprika - 1/4 Sudu Teh  * 
  • Serbuk Lada Sulah - 1/8 Sudu Teh  *
  • Hirisan Bacon daging Lembu 
  • Cheddar Cheese - 3 Cawan
  • Capsicum -  Di potong dadu untuk hiasan.
  • Bawang Holland - Di potong dadu  
  • Fresh Cream.
Nota (*) - Campurkan semua bahan dan di kacau.


Cara Membuatnya :

  • Bersihkan kentang dan cucuk kentang dengan garpu  dan rebus Kentang di dalam periuk yang diletak sedikit garam. Rebus sehingga separuh empuk dan angkat dan toskan.
  • Setelah sejuk kentang tersebut di belah dua secara memanjang. Kemudian dikeruk "Scoop out" sedikit kentang yang telah di potong tadi.
  • Campurkan bahan (*) di dalam satu bekas.
  • Alaskan "Baking  Sheet" pada tray dulang pembakar (oven)
  • Sapu bahan yang di campurkan  tadi di permukaan kentang. Pastikan di sapu rata di setiap permukaan kentang.
  • Bakar pada suhu 250 degree pada masa 15 minit dan terbalikkan kentang dan di bakar semula pada masa 15 minit lagi. 
  • Keluarkan kentang tadi dan taburkan hirisan bacon lembu dan hirisan capsicum dan juga bawang holland and akhir sekali taburkan Cheddar Cheese di atas semua bahan tadi
  • Bakar semula kentang tadi sehingga cheedar Cheese menjadi cair dan boleh lah dikeluarkan.
#  Untuk menghidangkan bolehlah di letak fresh Cream untuk mendapat rasa yang lagi sedap.

Selamat Mencuba

Saturday, November 22, 2014

Petua Inspirasi Dapurku - Jernihkan Minyak Masak Terpakai


Jernihkan Minyak Masak Terpakai

Biasanya minyak masak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan atau sebagainya akan menjadi kotor dan berkeladak. Jangan membazir dari membuang minyak tersebut.

Untuk menjernihkan semula minyak masak terpakai ini,ambil 1 inci halia dan hiris nipis-nipis. Gorengkan bersama di dalam bekas minyak tersebut.

Ins'Allah minyak tersebut akan kembali jernih seperti minyak baru.

Selamat Mencuba

Tuesday, November 18, 2014

Nasi Lemak Pandan Dengan Sambal Udang dan Ayam Berempah.



Hari ini aku nak kongsi juadah "Nasi Lemak " untuk sarapan pagi. Lagipun anak bongsu aku semalam sebelum tidur  ada membuat special "request" suruh masakan dia nasi lemak.

Aku membuat sedikit perubahan olahan dalam nasi lemak biasa kepada "Nasi Lemak Pandan".

Nasi Lemak Pandan 

Ayam Berempah :

  • Ayam - 4 Ketul ( Peha dan Dada)
  • Untuk Ayam Berempah - > klik sini 
Sambal Udang:
  • Udang  - 6 ekor saiz sederhana.
  • Minyak Masak
  • Bawang Merah - 10 ulas *
  • Bawang Putih - 4 ulas *
  • Lada blender - 5 Sudu Besar
  • Asam Jawa - Perahan Air Asam Jawa.
  • Serbuk Belacan Bakar - 1/2 Sudu Teh
  • Serbuk Perasa -Sedikit Serbuk secukup rasa Maggie.
  • Garam dan Gula.
Nota (*) - Di blender halus

Nasi Lemak Pandan:
  • Santan Kara - 1/2 kotak kecil
  • Beras - 2 cawan beras biasa + 1 cawan beras Basmati
  • Daun Pandan  - 4 helai
  • Air  - 1 cawan
  • Garam dan Gula

Hiasan:
  • Ikan Bilis 
  • Kacang Goreng
  • Telur Rebus
  • Timun

Cara Membuatnya :
  • Untuk bahan Nasi lemak pandan ,  Masukkan 4 helai daun pandan dan 1 cawan air ke dalam blender dan blend sehingga hancur. Tapis hasil blender tadi, airnya akan digunakan untuk memasak nasi manakala hampas daun pandan tadi bolehlah di buang. Masukkan air pandan tadi ke dalam "rice cooker"  bersama beras dan masukkan juga santan. Jangan lupa masukkan garam dan gula sebagai perasa. 
  • Untuk bahan Sambal Tumis Udang, tumislah bahan yang telah diblender tadi dan masukkan serbuk belacan bakar sehingga naik bau. Kemudian masukkan lada blender dan tumis sehingga garing. Masukkan perahan air asam jawa dan biarkan mendidih. Selepas itu masukkan udang dan di gaul. rata. Masukkan serbuk perasa , garam dan gula. Akhir sekali masukkan hirisa bawang besar sebagai hiasan. Setelah agak likat sambal bolehlah matikan api dapur.

Selamat Mencuba

Monday, November 17, 2014

Petua Inspirasi Dapurku-Lembutkan Cucur


Lembutkan Cucur

Petua  ini khas untuk mereka yang masih baru dalam bidang masak memasak ini. Bagi anda yang jarang sekali membuat cucur atau lebih dikenali sebagai jemput-jemput,cucur kodok atau cengkodok,pastikan anda bancuh tepung gandum dengan air suam.

Kacaukan sebati adunan tersebut dan dengan cara ini cucur akan lebih lembut sesudah dimasak dan tetap akan lembut walaupun telah sejuk.

 Selamat Mencuba.

Sunday, November 16, 2014

Nasi Gaul - "Sadap resipi kulaan "


Alhamdulilah bertemu kita sekali lagi, hari ini aku nak kongsi masakan orang "Banjar"  Nasi Gaul ini adalah masakan tradisional orang banjar di Johor.

Nasi Gaul ini begitu popular di kampung aku di Batu Pahat , terutama di kalangan keluarga ku. Sekiranya ada jamuan sudah pasti arwah Nenekku dan Atok aku akan memasak nasi gaul ini. Resipi ini aku dapat dari mak aku minggu lepas tetapi disebabkan kesuntukan masa barulah hari ini ada kelapangan untuk aku mencuba.

"Handak Maulah ....nyaman hinggak manjilat jarik "
Nasi Gaul

Acar Banjar Bersama Ayam 


 Nasi Gaul ada 2 peringkat proses:

  • Perapan dan Merebus Ayam
  • Acar Banjar 
Bahan untuk Perapan  dan Memasak Nasi: ( Di makan untuk 4-5 orang)
  • Beras Basmati  -1/2 kilo
  • Ayam - 1 ekor di potong 4
  • Bawang Putih  - 3 ulas              *
  • Bawang Merah ( kecil) -  5 ulas *
  • Halia - 1 inci *
  • Ketumbar  - 1 sudu Besar *
  • Jintan Putih  - 1 Sudu Besar *
  • Lada Putih biji  - 1 Sudu Teh.*
Nota # (*) Di blend halus.

  • Tomato Puri  - 3 Sudu Besar
  • Tomato Sos - 2 Sudu Besar
  • Susu Cair  - Setengah tin
  • Gula dan Garam 
Perap ayam  yang dibersihkan dengan bahan-bahan di atas. Seeloknya di perap 1-3 jam untuk rempah meresap dengan sekata.

Merebus Ayam :
  • Minyak Sapi - 2 Sudu Besar
  • Bawang Merah ( kecil )  - 2 biji di hiris halus
  • Bawang  Putih - 1 biji  di hiris halus
  • 4 sekawan - (Kulit Kayu Manis,Bunga Cengkeh, Bunga Lawang,Buah Pelaga)
Panaskan kuali dengan menggunakan minyak sapi dan tumis bahan-bahan di atas hingga naik bau. Masukkan perapan ayam dan air perapan tadi dan tambah air - 4 atau 6 cawan air sekira perlu.. Rebuslah sehingga ayam empuk dan toskan. Asingkan air rebusan utk memasak nasi nanti

Memasak Nasi:
Basuh beras (Basmati) dan toskan. Ambil rice cooker dan gunakan air rebusan tadi untuk memasak nasi

Membuat Acar Banjar :
  • Timur  - 1 biji di racik kasar
  •  Bawang - 2 biji di racik kasar
  • Tomato - 2 biji di racik kasar
  • Susu cair - 1 senduk
  • Sos Tomato - 1/2 cawan
  • Belacan Bakar serbuk- 1 sudu teh 
Cara Membuat :
  • Gaul rata belacan, garam dan gula
  • Masukkan hirisan timun,bawang dan buah tomato
  • Masukkan susu cair
  • Gaul sehingga sebati.
Selamat Mencuba

Wednesday, November 12, 2014

Mee Udang


Dinner aku malam ini agak "simple" dan ini adalah percubaan pertama aku mengolah "Mee Udang". Aku biasa dengar "Mee Udang" begitu popular di sebelah utara dan dari pencarian aku ada dua tempat di utara yang boleh dikatakan mempunyai peminat tersendiri. Iaitu di Sungai Dua dan Kuala Sepetang.

Secara jujurnya aku tak pernah lagi merasa "Mee Udang" dari dua tempat popular itu..jadi aku tak ada "Benchmark" apa rasanya.

Di sebabkan udang galah susah nak dapt kat Jeddah ini, jadi aku guna udang yg bersaiz sederhana. Alhamdulilah hasil yang begitu memuaskan walaupun baru pertama kali mencuba. Jom intai resipi yang aku guna  sehingga memikat selera wife sampai  licin semangkuk  "MEE UDANG"

Mee Udang 

Bahan-Bahan Yang Di Gunakan:
  • Mee Kuning  - 1 Kilo
  • Daun Bawang  - Di hiris halus 
  • Telur Rebus - Di belah dua
  • Taufuk 
  • Sayur Bayam
  • Fish Ball
  • Bawang Goreng
  • Taugeh

Bahan untuk Kuah:
  • Bawang Merah (Kecil) -  4 ulas *
  • Bawang putih - 8 ulas *
  • Halia - 1 inci *
  • Serai - 3 Batang *
  • Cili Blender  - 2 Sudu Besar 
  • Udang Kering - 2 Sudu besar ( blender kering)
  • Ubi Keledek - 1 biji  ( kalau tak ada kentang boleh digunakan) - di lenyek
  • Kiub Tomyam - 1 kiub
  • Garam dan Gula
Nota : # (*) - Di kisar halus  

Cara Memasak:
  • Panaskan minyak di dalam periuk
  • Tumiskan  (*) bahan yag di kisar sehingga garing
  • Bila dah terbit minyak, bolehlah memasukkan cili blender dan tumis sehingga garing
  • Masukkan udang kering yang telah di blender tadi dan dibiarkan selama 2-3 minit
  • Kemudian di masukkan kentang /keledek yang telah di lenyek tadi
  • Tambahkan air dan kuantiti air bergantung kehendak kepekatannya
  • Masukkan paste tom yam / kiub tom yam dan kacaulah sehingga sebati
  • Bolehlah perasa kuah dengan garam dan gula
  • Bila kuah sudah mendidih, masukkan udang dan masaklah sehingga udang masak sempurna
  • Angkat dan hidangkan bersama bahan-bahan yang di makan bersama. 

Ayam Goreng Berempah


Hari ini aku nak kongsi resipi simple jer... Resipi Ayam Goreng Berempah yang mudah disediakan. Perapan aku buat taklah sampai pun sejam..sebenarnya kalau nak rasa yang lebih enak bagus di perap 1-3 jam supaya rempah perapan meresap sekata.


Ayam Goreng Berempah

Bahan- Bahan Yang Di gunakan:
  • Peha Ayam - 5 atau 8 ketul
  • Daun Kari - 2 Tangkai
  • Rempah Kari  - 1 Sudu Makan
  • Serbuk Cili - 1 Sudu Makan
  • Jintan Putih - 1 Sudu Makan
  • Jintan Manis  - 1 Sudu Teh
  • Ketumbar  - 1 Sudu Makan
  • Lengkuas - 1 inci  *
  • Halia - 2 inci *
  • Bawang Putih - 5 ulas *
  • Serai - 4 Batang *
  • Kunyit Hidup - 1 inci *
  • Garam dan serbuk perisa
  • Minyak Masak
  • Bawang besar - 1 labu untuk hiasan
* Di Blender Halus 

Cara Menyediakan :
  • Selepas bahan- bahan di blender dan dilumurkan kepada peha ayam
  • Masukkan Garam dan serbuk perisa
  • Perap ayam selama 1-3 jam 
  • Mulakan mengoreng ayam dengan menggunakan minyak banyak untuk "Deep Fried"
  • Ketika mengoreng, boleh lah tabur-taburkan daun kari 
  • Setelah ayam agak keperangan/keemasan, bolehlah di masukkan bawang.
  • Setelah bawang agak sedikit layu bolehlah angkat ayam goreng dan toskan
  • Bolehlah diteruskan dengan proses menghidang.



Tuesday, November 11, 2014

Kaedah "Blanch" Untuk Mengekalkan Kesegaran Sayur.


Alhamdulilah hari ini aku nak kongsi satu kaedah yang jarang di amalkan oleh typical orang melayu kita ketika memasak sayur. Pernah dengar .." Blanch" ??. Kaedah ini akan menyebabkan sayur kita nampak segar walaupun telah di goreng. Rasa bertambah selera tengok sayur yang segar di hidang di depan mata.

Apa itu "Blanch" ?  Kaedah "Blanch" ini mengikut pencarian aku asalnya dari masakan France. Ia akan mengekalkan kesegaran kulit sayur ,warna dan rasa dengan teknik yang mudah.,


Sayur Di Rendam Dalam Bekas Berisi Ais Setelah Di Rebus

Setelah proses "Blanching" Selesai


 Cara "Blanching" mudah:

  • Panaskan air di dalam periuk  sehingga mendidih.
  • Masukkan sayur yang telah di cuci dan biarkan selama 2-3 minit ** 
  • Keluarkan sayur dari periuk dan rendamkan di dalam bekas yang berisi ais (air batu) dan biarkan seketika untuk "mematikan /freezing " kulit sayur dari masak,
  • Toskan sayur yang telah di rendamkan dalam bekas ais
  • Teruskkan dengan proses lain samada untuk digunakan utk buat sayur goreng dan sebagainya.

**  Masa digunakan untuk merebus sayur:


Vegetable
Boiling Time*
Corn on the Cob
6-9 minutes
Whole Baby Carrots
5 minutes
Broccoli Spears
5 minutes
Cubed Eggplant
4 minutes
Onions
3-5 minutes
Button Mushrooms
3-5 minutes
Asparagus
2-4 minutes
Spinach
2 minutes
Cauliflower Florets
1-2 minutes
Summer Squash
1-2 minutes
Sugar Snap Peas
1-2 minutes

Dengan proses "blanching" ini proses memasak sayur akan lebih cepat dan mengekalkan tahap kesegaran sayur.


Selamat Mencuba.

Monday, November 10, 2014

Udang Tempura Dengan Sos Lemon





Udang Tempura dengan Sos Lemon


Bahan- Bahan :
  • Udang 500 gm yang sederhana besar ( di buang kulit kecuali bahagian ekor dan dibersihkan 
  • 1/2 cawan Tepung Tempura 
  • Air Sejuk  secukupnya.

Cara-Cara: Satukan tepung bersama air sejuk secukupnya dan bancuh hingga pekat. Panaskan minyak untuk goreng terendam.,Celupkan udang ke dalam  adunan tadi  dan gorenglah sehingga berwarna keemasan dan ketepikan.

Bahan- Bahan Sos:
  • 4 ulas bawang putih  di cincang halus
  • 2 sudu besar madu ( dibancuh dengan 80 ml air)
  • 1 sudu  besar sos plum ( atau Cordial berperisa oren)
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 2 sudu besar mentega
  • Sedikit garam dan lada sulah
Cara Menyediakan Sos:

Panaskan mentega di dalam kuali leper dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan kemudain masukkan bancuhan madu. Selepas itu masukkan ke semua bahan  dan masaklah sehingga pekat. Kemudian tuangkan sos tadi ke atas udang yang sudah di goreng.

Selamat Mencuba




Friday, November 7, 2014

Sup Tulang -petua Mertuaku


Alhamdulilah berjumpa lagi kita, dan hari ini aku nak berkongsi masakan Sup Tulang yang aku pelajari dari mertuaku pada 2 minggu lepas. Sebenarnya ini adalah percubaan kedua aku menyediakan Sup Tulang, yang mana pada 10 Muharam lepas, team Bowling (MJ Bowlers) menyuruh aku masak Sup Tulang untuk berbuka puasa/Iftar.3 Kg tulang lembu aku masak dengan kaedah yang di perturunkan oleh mertuaku melalui video call dan sambutan yang diluar dugaan aku...sampai tak cukup!!!. Terima kasih mertuaku.."Wan Hasnah".

Sup Tulang

Bahan- Bahan :
  • Tulang Lembu -1 Kilo ( di makan 3-5 orang)
  • Daging Segar -200 gm
  • Bawang Merah kecil - 5 ulas  (di hiris halus)
  • Bawang Putih - 3 ulas (di hiris halus)
  • Halia - 1 inci  (di hiris halus)
  • 4 sekawan - serba satu-bunga lawang, cengkih,kulit kayu manis dan bunga lawang
  • Sup bunjut Tulang /Sup bunjut adabi.
  • Jintan putih - 1/2 sudu teh **
  • Lada Hitam - 1 sudu teh **
  • Tomato - 1 biji dibelah 4
  • Cili padi - 3 biji di ketuk
  • Batang seleri - di potong serong
  • Bawang Holland - 1 biji di belah 8
  • Garam  - secukup rasa
  • Minyak - Untuk menumis
  • Daun sup dan Bawang Goreng
  • Limau / Lemon -sedikit perahan 
** Di tumbuk halus dan di masukkan ketika menumis.

Cara Membuatnya :
  • Bersihkan tulang dan rebuslah sehinga empuk. "Tips # untuk mempercepatkan tulang atau daging empuk aku gunakan kaedah memasukkan daun pandan dalam 2 helai di ikat/simpul dan di rebus sekali bersama tulang atau daging. Di masak dengna api yg sederhana."
  • Kalau ada periuk tekanan boleh juga di gunakan untuk mempercepatkan tulang /daging empuk.
  • Apabila tulang /daging telah empuk asingkan dan toskan. Bolehlah dibuang daun pandan, manakala air rebusan di sejukan dan ketepikan. Setelah sejuk kita akan lihat selaput lemak/minyak di atas air rebusan maka boleh lah buang dan selebihnya kita akan guna untuk sup nanti.,
  • Tumis bawang merah,bawang putih, halia ,4 sekawan dan juga jintan dan lada hitam yang telah ditumbuk. Biarkan sehingga garing  dan naik bau.
  • Masukkan Tulang dan daging  dan kacau seketika. 
  • Masukkan sedikit air rebusan tadi dan biarkan mendidih.
  • Tuangkan baki air rebusan atau perlu di tambah air .
  • Masukkan sup bujut dan perlahan api dapur untuk mereneh sup.
  • Masukkan Hirisan batang seleri , bawang holland, dan tomato dan perasa lah sup dengan garam secukupnya.
  • Tutup api dapur apabila cukup rasanya. Bolehlah dicedok sup untuk proses penghidangan.

Wednesday, November 5, 2014

Kari Ikan - Mamak Style


 Hari ini aku nak kongsi masakan kari ikan,tetapi, resipi kari hari ini aku cuba memasukkan elemen "mamak" dalam masakan. Masakan kari memang senonim dengan mamak, Ramai yang suka makan Nasi Kandaq disebabkan kepekatan bau dan rasa karinya.

Resipi  yang aku gunakan adalah hasil gabungan dari tunjuk ajar mertua aku.Aku gabungkan dengan apa yang aku belek-belek di internet. Hasilnya menepati cita rasa tekak aku.

Kari Mamak - Ikan Merah


Bahan-Bahan :

  • 2 Keping  (Ikan Merah / Jenahak./Tengiri.)- Jenis-Jenis ikan ini memang sedap kerana isinya sedap di buat kari.
  • Susu segar  dan Yogurt/Tairu  ( atau 1 cawan santan cair). Sekiranya  mengunakan campuran susu segar dengan Yogurt boleh lah guna 1 cawan susu segar dan  1 sudu besar yogurt dan di kacau sehingga sebati.
  • Biji Sawi - 1 sudu teh
  • Rempah Kari ikan Baba's - 5 sudu besar
  • Serbuk ketumbar - 2 sudu besar 
  • Chili blender - 3 sudu besar
  • Jintan Putih -1/2 sudu teh
  • Halia - 2 inci  *
  • Bawang Putih - 3 ulas*
  • Bawang Besar -2 biji **
  • Tomato -1 biji **
  • Bawang Merah kecik- 5 ulas ( Mayang)
  • Daun Kari - 2 tangkai 
  • Asam Jawa secukup rasa 
  • Lada merah - 2 biji ( dibelah dua)
  • Bendi /Terung
  • Garam dan Gula
  • Minyak Masak - untuk menumis
*   Halia+Bawang Putih  - di kisar
** Bawang Besar +Tomato - Di Kisar hancur

Cara Memasak :
  • Tumiskan biji sawi,daun kari,bawang merah yg di mayang dan chili besar sampai wangi.
  • Masukkan blender halia dan bawang putih
  • Masukkan serbuk ketumbar  dan Jintan Putih
  • Masukkan Serbuk kari
  • Tumis bahan-bahan tersebut sampai betul-betul garing
  • Masukkan air asam jawa. ( Kari Mamak mestilah sedikit masam )
  • Masukkan blender bawang besar dan tomato.dan biarkan seketika.
  • Masukkan bancuhan susu+yogurt / (atau 1 cawan santan cair) dan tambahkan  air sekiranya perlu - bergantung kepekatan yang di kehendaki
  • Biarkan sampai mendidih, barulah masukkan ikan. dan biarkan seketika dan masukkan terung./bendir
  • Setelah Ikan empuk ,perlahan kan api dapur untuk tujuan mereneh (untuk mendapat texture kari yang menarik)
  • Bolehah perasa kari dengan garam dan gula. 
  • Tutup api dan boleh lah menghidang kari yang telah siap.

Selamat Mencuba

# Untuk Edisi Kari Ikan akan datang  aku akan kongsi memasak kari dengan campuran beras yang di sangai untuk menambahkan kelazatan kari.



Sunday, November 2, 2014

Jintan Putih vs Jintan Manis


Hari ini nak bercerita pasal herbs yang bukan aku sorang aje yang "confuse:", malahan ramai yang di luar sana pun senasib dengan aku. Yelah lebih-lebih yang baru berjinak-jinak dengan dunia masakan ini.

Dua jenis herbs yang sering di gunakan dalam masakan disebab kan atas dasar aroma dan rasa. Tetapi apa perbezaan ketara antara keduanya ?

Jintan Putih (Cumin) dan Jintan Manis (Fennel) 

Jintan Putih /Cumin

Jintan Putih/Cumin


Jintan Manis (Fennel)

Jintan Manis (Fennel)

Tengok kedua-dua herba ini macam sama jer kan ...??


  • Jintan putih (Cumin) mempunyai bau yang sangat kuat.Berbentuk seperti padi dan lebih besar dari jintan manis (Fennel)
  • Jintan putih (Cumin) biasanya digunakan untuk aroma. Biasanya Jintan Putih di goreng kering atau "Di sangai" tanpa minyak dan di tumbuk untuk menaikkan bau.
  • Jintan Manis (Fennel)  berbau harum dan saiznya kecil daripada Jintan putih. Warna Jintan manis sedikit gelap jika dibandingkan dengan Jintan Putih.
  • Jintan manis  (Fennel) biasanya di gunakan untuk masakan berempah seperti kari,rendang,sup. Ia biasanya di gunakan untuk penambah perisa.
  • Nama lain bagi Jintan Manis -Fennel (B.English), Adas Pedas ( Indonesia), Sohikirai (Tamil).. 

Saturday, November 1, 2014

Mee Goreng Mamak


Hari ini final Piala Malaysia(1/11/2014) antara Johor (JDT) dan Pahang....,sambil berdebar menunggu perlawanan berlangsung..terasa perut lapar. Bawak laptop ke dapur, sambil tengok bola..sambil mengoreng mee.

Mee Goreng Mamak
Bahan-Bahan :

  • 500g mi kuning
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar kicap
  • 1 mangkuk taugeh
  • 2 biji telur
  • Sotong /Daging 
  • Garam
  • Minyak Masak
Cara-cara Memasak:
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar, sos cili, serbuk kari, sos tiram dan kicap.
  • Masukkan Sotong/Daging dan goreng sebentar.
  • Masukkan mi kuning dan gaul hingga sekata.
  • Masukkan telur, biarkan telur masak sedikit dan kacau hingga sekata.
  • Masukkan tauhu goreng dan taugeh.
  • Masukkan garam secukup rasa
  • Siap untuk dihidangkan

Selamat Mencuba