Wednesday, November 12, 2014

Mee Udang


Dinner aku malam ini agak "simple" dan ini adalah percubaan pertama aku mengolah "Mee Udang". Aku biasa dengar "Mee Udang" begitu popular di sebelah utara dan dari pencarian aku ada dua tempat di utara yang boleh dikatakan mempunyai peminat tersendiri. Iaitu di Sungai Dua dan Kuala Sepetang.

Secara jujurnya aku tak pernah lagi merasa "Mee Udang" dari dua tempat popular itu..jadi aku tak ada "Benchmark" apa rasanya.

Di sebabkan udang galah susah nak dapt kat Jeddah ini, jadi aku guna udang yg bersaiz sederhana. Alhamdulilah hasil yang begitu memuaskan walaupun baru pertama kali mencuba. Jom intai resipi yang aku guna  sehingga memikat selera wife sampai  licin semangkuk  "MEE UDANG"

Mee Udang 

Bahan-Bahan Yang Di Gunakan:
  • Mee Kuning  - 1 Kilo
  • Daun Bawang  - Di hiris halus 
  • Telur Rebus - Di belah dua
  • Taufuk 
  • Sayur Bayam
  • Fish Ball
  • Bawang Goreng
  • Taugeh

Bahan untuk Kuah:
  • Bawang Merah (Kecil) -  4 ulas *
  • Bawang putih - 8 ulas *
  • Halia - 1 inci *
  • Serai - 3 Batang *
  • Cili Blender  - 2 Sudu Besar 
  • Udang Kering - 2 Sudu besar ( blender kering)
  • Ubi Keledek - 1 biji  ( kalau tak ada kentang boleh digunakan) - di lenyek
  • Kiub Tomyam - 1 kiub
  • Garam dan Gula
Nota : # (*) - Di kisar halus  

Cara Memasak:
  • Panaskan minyak di dalam periuk
  • Tumiskan  (*) bahan yag di kisar sehingga garing
  • Bila dah terbit minyak, bolehlah memasukkan cili blender dan tumis sehingga garing
  • Masukkan udang kering yang telah di blender tadi dan dibiarkan selama 2-3 minit
  • Kemudian di masukkan kentang /keledek yang telah di lenyek tadi
  • Tambahkan air dan kuantiti air bergantung kehendak kepekatannya
  • Masukkan paste tom yam / kiub tom yam dan kacaulah sehingga sebati
  • Bolehlah perasa kuah dengan garam dan gula
  • Bila kuah sudah mendidih, masukkan udang dan masaklah sehingga udang masak sempurna
  • Angkat dan hidangkan bersama bahan-bahan yang di makan bersama. 

No comments:

Post a Comment