Salam semua
Rasanya dah lama aku tidak mengemaskini masakan yang terbaru dari Inspirasi Dapuku.....banyak sahaja halangan yang muncul. Hari ini mood memasak sudah kembali maka bolehla Inspirasi Dapurku bersiaran semula.
Hari ini aku nak kongsi masakan yang mudah dan biasa di masak tetapi aku nak berkongsi sesuatu perubahan dari kaedah yang biasa digunakan. Semoga kita terus memasak dan berkongsi.
Bahan-Bahan Yang Digunakan:

Ayam Masak Kicap Special |
Bahan-Bahan Yang Digunakan:
- Ayam - 1 ekor
- Ubi Kentang -1 biji di belah empat/lapan
- Bawang Besar - 1 ulas *
- Bawang Merah - 3 ulas ( di hiris halus untuk menumis)
- Bawang Putih - 4 ulas *
- Halia - 2 inci *
- Lada kisar - 2 sudu besar
- Susu Pekat - 2 sudu besar
- Lada Hitam - 1/2 sudu teh
- Rempah Tumis- 4 sekawan
- Kicap Pekat - 3 sudu besar
- Kicap Manis - 2 sudu besar
- Sos Tomoto - 2 sudu besar
- Sos Tiram - 1 sudu besar
- Air Masak - 2 cawan
(*) - Kisar halus
Bahan Hiasan:
- Bawang Besar - 1/2 ulas
- Lada Hijau / Lada Cili
- Daun Sup / Daun Sederi
Cara Menyediakan Masakan:
- Bersihkan ayam dan di garam kunyit.
- Goreng ayam separuh masak dan asingkan.
- Goreng kentang yang telah dipotong sehingga empuk dan asingkan.
- Tumis 4 sekawan sehingga naik bau dan masukkan bahan kisaran dan tumis sehingga bahan kisar naik bau. Kemudian masukkan lada kisar dan terus lah menumis sehingga garing.
- Masukkan kicap pekat,kicap manis,sos tiram dan sos tomato dan 2 gelas air masak dan kacau sehingga sebati. Biarkan sehingga mendidih
- Masukkan susu pekat manis,serbuk lada hitam, hirisan bawang besar, lada hijau dan kentang Gaul sehingga sebati dan biarkan seketika .
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga sebati dan kecilkan api dapur dan biarkan seketika sehingga kuah sedikit pekat.
- Matikan api dapur dan bolehla dihidangkan dan di tabur daun sup ke atas masakan yang telah sedia untuk di makan,
SELAMAT MENCUBA
bakal dicoba resepnya nnti
ReplyDeleteElever