Thursday, November 5, 2015

Singapore Chili Crab.

Salam  Semua...

Minggu ini aku ingin berkongsi satu masakan dari Singapura. Masakan ini cukup popular dan di iktiraf sebagai salah satu masakan nasional  bagi Singapura. Banyak keadah atau teknik yang boleh di cari dijadikan rujukan untuk memasak masaakan ini.

"Singapore Chili Crab" yang aku nak kongsi ini adalah hasil sentuhan Inspirasi Dapurku dengan sedikit perubahan untuk menghasilkan rasa yang mempunyai gabungan " Pedas-Manis-Lemak-Masam".

Singapore Chili Crab
Bahan- Bahan Yang Di guna
  • Ketam 4 ekor  bersaiz sederhana. ( boleh saja ikut kesesuaian saiz)
  • Air- 3/4 cawan
  • Telur - 1 biji
  • Bawang Holland - 1 biji besar  *
  • Cili Padi - 8 biji *
  • Buah Keras - 2 biji *
  • Halia  - 1/2 inci *
  • Lengkuas  - 1/2 inci * ( optional)
  • Belacan Bakar - 1/2 sudu teh
  • Tomato Puri - 2 sudu besar
  • Tomato sos - 2 sudu besar
  • Cili sos -2 sudu besar
  • Sos Tiram - 1 sudu besar
  • Kacang tanah - 3 sudu besar, disangai dan di tumbuk.
  • Kicap cair - 1 sudu besar
  • Garam dan gula secukup rasa. 
  • Miynak Masak
 (*) - Di kisar halus

Cara Memasak :
  • Ketam di bersihkan  dan panaskan minyak di dalam kuali dan boleh lah digoreng ketam secara
    "deep fried". Jangan terlalu lama mengoreng cukuplah sekadar kulit ketam bertukar warna kemerahan dan asingkan.
  • Tumis bahan yang telah dikisar tadi dan dimasukkan sekali dengan belacan bakar. Biarkan tumisan menjadi garing. Kemudian masukkan tomato puri,sos tomato, sos cili  dan sos tiram.
    Kacau sehingga sekata.
  • Masukkan air dan kacau sekata dan biarkan mendidih. Masukkan kacang yang telah ditumbuk tadi.
  • Kemudian masukkan garam dan gula. ( Gabungan rasa mestilah ada rasa "PEDAS-MANIS" tetapi tidak lah terlalu manis,
  • Kemudian masukkan ketam yang telah digoreng tadi dan gaul rata bersama ketam.
  • Kemudian pecahkan telur dan masukkan ke dalam kuali dan gaul bersama ketam dan sambal sehingga sekata. Gaul seketika sehingga telur yang dgaul  itu masak,
  • Bolehlah di matikan api dapur dan dihidangkan bersama nasi atau pun roti.
     

SELAMAT MENCUBA.

1 comment: