Salam semua,
Hari ini aku nak kongsi salah satu makan popular di Johor Bahru ...jika tak singgah dan pekena Mee Rebus Hj Wahd memang rugi la.,.. Kalau nak merasa Mee Rebus Hj Wahid ini bolehlah singgah di Plaza Angsana atau pun di Taman Rinting.
Untuk yang di Jeddah ini, aku kongsikan resipi yang aku guna untuk hidangan geng-geng bowling aku.
Oleh kerana ada permintaan dari geng-geng bowling nak makan mee rebus...maka aku beranikan diri untuk buat kuah Mee Rebus..ala-ala Hj Wahid.
Bahan-Bahan Yg digunakan: ( untuk 2 Kilo Mee)

Mee Rebus |
Bahan-Bahan Yg digunakan: ( untuk 2 Kilo Mee)
- Mee Kuning -2 Kilo yang di celur
- Daging /Tetel - 1/2 kilo di rebus sehingga empuk dan di hiris halus.
- Ubi Keledek / Kentang - 6 biji di direbus dan di kisar halus.(* Keledek oren sesuai dengan rasa manis dan dapat menambah kelemakan kuah)
- Taucu - 1 cawan ( dicuci untuk mengurangkan rasa masin dan di kisar)
- Bawang Merah - 6 ulas *
- Bawang Putih - 3 ulas *
- Halia - 1 inci *
- Udang Kering - 1/2 cawan * ( di rendam terlebih dahulu kemudian di kisar halus)
- Serai - 3 batang di titik
- Lengkuas - 1 inci di titik
- Kerisik - 1 sudu makan
- Rempah Kari Daging - 5 sudu besar
- Asam Keping - 2 keping
- Lada Cili Blender - 4 sudu besar
- Kacang goreng - 1/2 cawan -optional ( di goreng dan di blender)
- Gula Melaka
- Serbuk perasa , garam/gula/ serbuk 3 rasa magie
(*) - Di kisar Halus
Bahan Untuk keropok Udang:
- Udang Kering - 1/2 cawan di kisar halus
- Udang pepai - 1/2 cawan di kisar halus
- Tepung gandum -2 sudu besar
- Tepung Beras - 2 sudu besar
- Serbuk Kunyit - 1 sudu teh
- Telur - 1 biji
- Sedikit garam.
Bahan-Bahan Hiasan:
- Tahu yang di goreng dan dipotong halus
- Daun Sup - dihiris halus
- Bawang Goreng
- Telur Rebus , dibelah dua
- Lada Hijau - di Hiris bulat dan kasar
- Taugeh - dicelur
- Limau Kasturi - dibelah dua
Cara Menyediakan Mee Rebus Haji Wahid:
-------------------------------------------------------
Penyediaan Udang Goreng Tepung.
Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng dengan minyak yang betul-betul panas supaya kerupok tidak menyerap minyak yang banyak.Cara gorengnya macam kita buat serdak atau keriuk-keriuk ketika mengoreng pisang.Kita boleh juga menitik-nitik terus ke dalam minyak dengan menggunakan sudu. Jangan banyak-banyak pulak nanti dah jadi macam jemput-jemput pulak. Cara yang aku guna adalah dengan menuang dari tepi kuali meleleh ke minyak panas
Bila dah garing,angkat dan toskan minyak dia. Bila dah sejuk simpanlah di dalam bekas telap udara supaya kerangupan kekal.
Penyediaan Kuah Mee Rebus:

- Panaskan minyak di dalam periuk.
- Bila dah panas tumis serai dan lengkuas dan masukkan bahan kisaran tadi.Tumis sehingga naik bau dan terbit minyak
- Masukkan udang kering kisar ke dalam tumisan. Kemudian masukkan rempah kari daging dan lada cili blender. Tumis lah sehingga betul-betul garing dan pecah minyak
- Setelah itu masukkan daging yang telah direbus dan dipotong bersertakan dengan air rebusan daging.
- Masukkan keledek/kentang yang telah dikisar dan gaul sehingga sebati. Kemudian di masukkan kerisk dan taucu yang telah dikisar.
- Masukkan asam keping dan biarkan sehingga mendidih.
- Perasa kuah dengan garam dan gula. Perlu berhati-hati dengan sukatan garam sebab taucu yang digunakan juga sudah masin.
- Untuk kuah mee rebus, rasa kuahnya manis tetapi tidak terlalu manis.
- Setelah mendidih, perlahan kan api dapur untuk tujuan mereneh, Renehlah sehingga kuah mee rebus menjadi pekat. dan tidak terlalu cair.
SELAMAT MENCUBA.
makasih kak mudah diikuti resepnya
ReplyDeleteElever Media Indonesia