Monday, November 30, 2015

Chicken Roasted Rosemary & Garlic Baked Potato.

Salam...

Hari ini aku nak kongsi resipi yang biasa-biasa tetapi dalam kaedah yang berlainan yang dapat menghasilkan masakan Ayam Panggang yang sedap dan disajikan sekali dengan Kentang yang di panggang bersama bawang putih.

Bagi menghasilkan keenakan ayam panggang ini aku menggunakan adunan rempah dan juga daun rosemary kering yang di panggang sekali supaya menghasilkan bau yang menyelerakan.

Manakala Kentang pula dihasilkan dengan gabungan rebus dan panggang dapat menghasilkan rasa kentang garing di luar lembut di dalam.

Ayam Panggang Rosemary

Bahan-Bahan Untuk Ayam Panggang.
  • Ayam - 1 Ekor  dibersihkan dan digaram kunyitkan sedikit
  • Bawang Merah - 5 ulas  *
  • Bawang Putih  - 8 ulas ( 4 ulas untuk dikisar * , 4 ulas di ketuk)
  • Lada kisar - 3 sudu besar *
  • Lada Hitam - 1 sudu besar  *
  • Halba  Campur - 1 sudu besar *
  • Madu - 2 sudu besar
  • Gula - 1 sudu besar
  • Garam - 1/2 sudu besar
  • Sos Tiram - 2 sudu besar
  • Kicap Manis- 4 sudu besar
  • Cili Sos - 4 sudu besar
  • Rosemary kering - 3 sudu besar
  • Bawang Holland  - di potong bulat
  • Sedikit air.
## Oven di panaskan pada suhu 200  celcius 

Cara membuatnya :
  • Bersihkan ayam dan digaulkan sedikit garam dan kunyit.
  • Kisar  bahan yang bertanda (*)
  • Campurkan bahan kisaran tadi dengan bahan-bahan yang lain dan perap kan ayam selama 1 jam dan di letakkan di dalam peti sejuk. Sekiranya perlu sedikit air bolehlah dituang kepada bahan perapan tadi.
  • Letakan ayam tadi ke dalam bekas panggang  dan di taburkan dengan bawang holland di atas ayam.
  • Masukkan ayam tadi ke dalam oven yang telah diset dengan suhu 200 celcius selama 30 minit.

Menyediakan Kentang Panggang Bawang Putih.

Bahan-Bahan Yang Di Gunakan:
  • Kentang  - dibuang kulit dan dibersihkan
  • Bawang Putih - 4 ulas di ketuk 
  • Minyak Zaitun - 7 sudu besar
  • Daun Rosemary segar  - 6 tangkai / kering  - 2 sudu besar
  • Garam dan Gula
  • Sedikit Lada Hitam
Cara Menyediakan :
  • Rebus kentang yang dibersihkan tadi sehingga empuk.
  • Toskan kentang yang dah empuk dah dibiarkan sejuk
  • Ambil kentang dan dibelah 6 bahagian. dan disusun ke dalam bekas pembakar dan diketepikan
  • Panaskan kuali dan tuangkan minyak zaitun.Masukkan bawang putih dan,daun rosemary. Goreng bawang putih dan rosemary sehingga sedikit garing dan di asingkan. Kita hanya perlukan minyak bawang putih / rosemary.
  • Tuang minyak zaitun bawang putih / rosemary ke dalam bekas pembakar yang telah disusun kentang yang telah dipotong
  • Panggang kentang tadi selama 30 minit dengan suhu oven 200 celcius.
  • Keluarkan dan taburkan garam dan lada hitam di atas kentang yang telah siap di panggang
Selamat Mencuba



1 comment: