Salam Semua....Hari ini aku nak kongsi masakan yang simple tetapi sedap, dengan kelembutan , keranggupan ayam yang di panggang di saluti dengan sos madu yang diolah dengan campuran bahan yang di olah sendiri.
Masakan ini boleh disediakan sebagai appetizer ataupun dihidang bersama dengan Nasi Goreng Cina ataupun salad.
Untuk menghasilkan ayam yang crispy ketika di panggang (Baked) aku gunakan gabungan telur ayam dan breadcrumbs.
Masakan ini boleh disediakan sebagai appetizer ataupun dihidang bersama dengan Nasi Goreng Cina ataupun salad.
Untuk menghasilkan ayam yang crispy ketika di panggang (Baked) aku gunakan gabungan telur ayam dan breadcrumbs.
Criskp Baked Honey Garlic Chicken |
Bahan-Bahan yang digunakan :
- Dada Ayam - Di potong dadu 1 inci
- Telur Ayam - 2 biji di pukul
- BreadCrumbs - 1 cawan
Bahan-bahan untuk sos :
- Serbuk Cili - 1 sudu besar ( untuk extra pedas bolehlah dilebihkan lagi 1 Sudu)
- Serbuk Bawang putih (Garlic) - 1/2 sudu teh
- Gula Merah - 2 sudu makan
- Garam - 1/2 sudu teh
- Air - 1/2 cawan air
- Cuka ( white Vinger) - 2 sudu besar
- Madu - 1/3 cawan
- Kicap Cair - 2 sudu besar
- Bawang putih - 3 ulas di kisar halus
- Jus lemon - 1 sudu teh
- Tepung jagung - 1 sudu makan
Bahan-bahan ketika menghidang :
- Daun Bawang yang di potong halus
- 2 sudu bijan (sesame seeds)
- 1 Sudu makan kacang tanah ditumbuk kasar.
Cara membuat:
- Panaskan oven terlebih dahulu pada 200 celcius
- Potongan ayam dicelupkan ke dalam telur yang telah dipukul dan digolekkan pada breadcrumbs sehingga potongan ayam di saluti sepenuhnya dan susun di loyang pembakar.
- Panggang ayam di dalam oven selama 20-25 minit sehingga warna bertukar kekuningan.di permukaan ayam
- Sementara menunggu ayam masak, bolehlah di campurkan semua bahan sos ke dalam satu bekas dan di gaul sebati kecuali tepung jagung.Kemudain gunakan kuali untuk memasak sos tersebut sehingga mendidih. Kemudian masukkan 1 sudu tepung jagung untuk membuatkan sos ini sedikit pekat.Sos ini mestilah ada sedikit kepedasan dan manis.(Bolehlah di tambah air sedikit lagi sekiranya perlu untuk mendapatkan sos yang banyak)
- Setelah ayam masak, keluarkan dari oven dan bolehlah di tuang sos ke atas loyang pembakar dan gaul sekata ayam.
- Untuk menghidang bolehlah di taburkan daun bawang yang telah di potong halus dan juga biji bijan dan sedikit kacang tumbuk untuk menaikkan rasa.
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment