Thursday, May 28, 2015

Turkish Eggs

Salam  semua.,.,selamat pagi, pagi ini aku nak kongsi menu sarapan yang mudah tapi sedap  yang berasaskan telur.

Turkish Egg

Turkish Egg
 Bahan-Bahan Yang Di Gunakan:

  • Minyak olive 
  • Serbuk Lada - 1/4 sudu teh 
  • Bawang Holland - 1 biji ( dipotong dadu)
  • Lada Bangla Merah - 1/2 biji (dipotong dadu)
  • Tomato - 1 biji (di potong dadu dibuang biji)
  • Paprika - 1/2 sudu teh
  • Jintan manis - 1/4 sudu teh
  • Garam,Gula, Lada Sulah (perasa)
  • Telur - 3biji
  • Daun Pasley - di potong untuk hiasan.
Cara Menyediakan:
  • Panaskan minyak olive (zaitun)  di dalam kuali dan masukkan serbuk lada 
  • Masukkan bawang yang dipotong dadu,lada bangla,tomato,jintan,paprika dan di kacau sebati.Kemudian masukkan garam,gula dan lada sulah,
  • Pecahkan telur di dalam bekas lain dan kacau sedikit dan tuangkan ke dalam kuali.
  • Gaul sehingga sebati sehingga telur masak sepeuhnya,
  • Masukkan Daun Pasley yang telah dicincang halus sebagai hiasan. an bolehlah di hidang bersama roti.
SELAMAT MENCUBA.

Wednesday, May 27, 2015

Nasi Goreng Cina ala Inspirasi Dapurku

Salam semua...Hari ini makan tengah hari agak ringkas dengan hanya menyediakan nasi goreng di tambah pula dengan side dish " Sweet Prawn Paprika" Resipi "Sweet Prawn Paprika" ini akan aku masukkan di entry yang lain.

Bercerita mengenai Nasi Goreng ini, teknik yang berbeza tetapi menghasilkan rasa yang sedap. Kaedah atau teknik masakan ini lah yang membuat kan aku tertarik untuk berkongsi dengan semua.

Nasi Goreng 

Bahan- Bahan Yang Di gunakan:

  • Nasi Putih - 1 mangkuk
  • Mentega - 1 @ 2 sudu besar
  • Minyak Masak 
  • Minyak Bijan - 1 Sudu besar
  • Bawang Putih - 4 ulas ( ditumbuk )
  • Bawang Merah -4 ulas ( di hiris)
  • Isi Ayam / Sotong /Udang
  • Kacang Campur
  • Lada merah /cili padi  
  • Lada Sulah ( di tumbuk)-1 sudu besar
  • Sayur Kubis
  • Telur - 2 biji


Cara-Cara penyediaan:

  • Masukkan Mentega ke dalam nasi dan digaul rata.
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan minyak bijan
  • Tumis bawang putih,bawang merah dan setelah naik bau masukkan isi ayam./sotong/udang dan kacang campur.
  • Masukkan sedikit air untuk menghentikan bawang terus masak.
  • Masukkan lada sulah dan gaul. Kemudian ketepikan semua bahan dan tuangkan telur dan di kacau rata.sehingga telur betul-betul masak, Sekiranya perlu bolehlah tuangkan sedikit minyak sekiranya kering.
  • Masukkan garam dan gula sebagai perasa.
  • Masukkan Nasi yang telah digaul dengan mentega tadi dan digaul dengan bahan-bahan yang lain.,
  • Akhir sekali masukkan kubis dan bawang goreng sedikit dan di kacau rata. Biarkan seketika sehingga sayur kobis sedikit lembut dan bolehlah dimatikan api.
  • Sedia untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA.



Thursday, May 21, 2015

Ikan Salmon Masak Asam Rebus Tumis Darat.

Asalamualaikum  dan salam sejahtera semua.Hari ini aku nak berkongsi satu masakan mudah " masak ikan rebus bersama nenas".. tapi kaedah masakan ini aku tukar sedikit dengan menumis kaedah tumis darat.

Dengan meletakan kepingan nenas ke dalam asam rebus ini ..membuatkan kuah sedikit manis dan sedap.Bahan sampingan seperti bendir, timun or terung menambahkan keenakan rasa, Jenis ikan digunakan bergantung tetapi yang biasa digunakan adalahan Tengiri,Jenahak, Merah, Kembung atau pun Salmon.

Ikan Salmon Masak Asam Rebus Tumis Darat

Bahan- Bahan yang di gunakan:

  • Sekeping Ikan Salmon / Tengiri/Merah/Jenahak
  • Bendir - 5 batang
  • Nenas -1/2 biji ( Aku guna Nenas tin)
  • Daun Kunyit- 2 helai , di carik-carik halus.
  • Air asam Jawa - 1/2 cawan air asam jawa pekat.
  • Asam Keping - 1 keping
  • Bunga Kantan -1 kuntum diketuk. 
Bahan-Bahan untuk blender halus:


  • Cili padi Merah - 6 biji
  • Lada Merah Hidup - 3 biji
  • Lada Kering - 11 tangkai
  • Belacan - 2 inci
  • Kunyit Hidup - 2 inci
  • Halia - 1 inci
  • ( Lengkuas) - optional. Aku tak guna

Bahan untuk tumisan:

  • Bawang Merah - 11 ulas dihiris halus
  • Bawang putih - 7 ulas di hiris halus
  • Lada Kering - 3 tangkai dipotoing 3 bahagian.
  • Jintan Putih - 1 sudu teh
Cara Menyediakan :
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan setelah minyak panas masukkan bahan blender,asam keping,bunga kantan dan air asam jawa dan juga air.
  • Teruskan memasak sehingga mendidih, setelah itu masukkan ikan dan perlahankan api.
  • Masukkan Bendir dan Nenas 
  • Masukkan garam dan gula sebagai perasa.
  • Sementara menunggu ikan masak, tumis bahan tumisan di dalam kuali atau berkas lain. Tumis sehingga kekuningan.
  • Curah ke dalam periuk dan gaul seketika dan bolehlah di hidang masakan Asam Rebus Tumis Darat.

SELAMAT MENCUBA.