Wednesday, December 2, 2015

Ikan Bakar Inspirasi Dapurku

Salam ....

Sebenarnya dah 2-3 hari wife aku ada bersuara nak makan ikan bakar..makanya hari ini aku ke dapur lagi untuk menyediakan Ikan Bakar. Ikan yang aku pilih kali ini adalah Ikan SIAKAP.

Resipi IkanSiakap Bakar yang aku kongsi  ini mempunyai sentuhan yang sedikit berbeza kerana aku menggunakan minyak bawang putih yang akan aku curah ke atas ikan.

Minyak bawang putih yang aku sediakan ini  akan memberi aroma tambahan kepada ikan bakar ini nanti disamping penyediaan sambal yang mempunyai sentuhan  " Pedas-Manis-Masam-Lemak". Dengan tambahan petai dan bendir yang di bakar sekali sudah pasti menghasilkan kombinasi IKAN BAKAR yang "Super Sedap".

Ikan Bakar 

Bahan- Bahan Yang Digunakan:

  • Ikan Siakap  - 1 Ekor di bersihkan dan perahkan lemon di atas permukaan Ikan.
  • Minyak Zaitun - 7 sudu besar
  • Bawang Putih - 5 ulas diketuk
  • Bawang Merah - 10 ulas *
  • Serai - 2 batang  *
  • Buah Keras - 2 biji *
  • Rempah Kari - 2 sudu besar
  • Halia - 1 inci *
  • Lengkuas  - 1/2 inci *
  • Lada kisar ( lada kering yang dikisar) - 4 sudu besar
  • Air Asam Jawa - 3 sudu besar
  • Kicap Pekat - 1 sudu besar
  • Belacan  Bakar - 1/2 sudu
  • Gula dan Garam
  • Daun Limau - Dihiris halus
  • Daun Kunyit - Di hiris halus
  • Kacang Bendir 
  • Petai 

Penyediaan Minyak Bawang Putih

  • Basuh Bawang putih bersama dengan kulitnya sekali dan diketuk.
  • Masukkan minyak zaitun ke dalam kuali, setelah panas masukkan bawang putih.
  • Goreng bawang putih bersama dengan kulitnya sekali sehingga garing dan asingkan minyak dan bawang putih.
Penyediaan Sambal Ikan Bakar
  • Kisar bahan yang bertanda (*) bersertakan dengan bawang putih yg digoreng tadi.
  • Setelah itu dicampurkan dengan rempah kari,lada kisar,air asam jawa,belacan, kicap pekat dan belacan bakar. Gaul sehingga sebati campuran tersebut.
  • Campuran ini ditumis sehingga garing dan naik bau dengan menggunakan sedikit minyak bawang putih. Jangan habiskan minyak tersebut kerana bakinya akan di gunakan nanti. Perasa sambal tersebut dengan garam dan gula. Kalau ada serbuk perasa bolehla di letakkan sedikit.
  •  Ambil aluminium foil dan sapukan sedikit sambal di permukaannya dan di letakkan ikan dan dilumurkan dengan sambal sehingga sekata dan tuangkan baki minyak bawang putih ke atas ikan.
  • Taburkan daun limau dan daun kunyit yang telah dihiris ke atas ikan yang telah siap dilumur.
  • Balut aluminium foil dan masukkan ke oven pembakar dengan suhu 200 celcius selama 30 minit.
  • Setelah masa cukup 30 minit, keluarkan dan taburkan petai dan kacang bendir di dalam foil dan dibiarkan terdedah supaya sambal menjadi sedikit kering semasa di bakar. Teruskan pembakaran selama 10 minit dan bolehlah dikeluarkan dari oven pembakar dan bolehlah di hidangkan.

Selamat Mencuba - # SIAPA CAKAP SUAMI TAK PANDAI MEMASAK#