Friday, October 31, 2014

Butter Prawn - Permintaan sahabatku

Ketika aku berkursus  2 hari (28-Oct / 30-Oct) di Riyadh, , seorang sahabat aku di Jeddah menghantar "WhatsApp Message


Aku rasa serba salah, hendak aku tolak tak sampai hati, lagipun aku faham situasi sahabat aku. Aku pernah rasa seperti itu jugak ketika wife ada di Malaysia,

Aku ini bukan lah pandai pun nak buat "Butter Prawn" ini terutama  "Egg Floss". Tetapi itulah bila kita iklas,gerak kerja kita sentiasa di permudahkan. Alhamdulilah percubaan yang menjadi.

Wife aku memberi panduan dan kaedah memasak melalui "Hangout Video  Call", akhirnya berjaya juga aku siapkan juadah " Butter Prawn". -Terima kasih wife ku





Bahan untuk mengoreng udang:
  • Udang -1 kg yang dipotong muncungnya dan juga bahagian ekor yang tajam sahaja
  • Lada Sulah - 1/2 sudu teh
  • Kunyit serbuk - 1/2 sudu teh
  • Daun Kari - 2 @ 3 tangkai
  • Bawang Putih - 4 ulas di hiris halus.
  • Cili Padi - 4 @5  biji yg di hiris halus . (terpulang pada kepedasan yang di inginkan)
  • Garam  dan Gula.
Bahan untuk "Egg Floss"
  • Kuning Telur - 3 biji
  • Butter - 3 Sudu Besar
  • Minyak Masak - 250ML
  • Garam -Sedkit sahaja ( Secubit)
  • Acuan Roti Jala
  • Senduk Bulat
  • Kuali
Kaedah Memasak :
  • Perap udang yang telah di bersihkan dengan campuran garam, gula,lada sulah,dan kunyit serbuk.Bolehlah diperap lebih kurang 15-30 minit.
  • Kuning telor dikacau/pukul sederhana sahaja dan sekejap je kacau.dan agak2 sebati dengan menggunakan garpu.
  • Masukkan kuning telur ke dalam acuan roti jala
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak masak..kemudian masukkan butter.Minyak dan butter harus panas supaya "Egg Floss" cantik
  • Pegang acuan roti jala dgn tangan kanan dan senduk bulat tangan kiri. ( Kalau yang tangan kidal tu ..terbaliklah lah kaedah memegangnya) 
  • Tuang kuning telur yang telah di masukkan di dalam acuan roti jala dan di angkat tinggi  supaya kuning telur meleleh turun melalui lubang acuan. Sementara tangan kiri  teruskan membuat putaran "SEHALA" dan jangan berhenti sehingga kuning telur habis di dalam acuan roti jala.
  • Goreng adunan tadi hingga kuning keemasan ..jika minyak membuak2 kacau perlahan2 ..
  • Guna penapis angkat "Egg Floss"  dan toskan minyak nya dengan menekan sedikit "Egg Floss" tu supaya tidak berminyak dan ketepikan,

Kaedah Mengoreng Udang:
  • Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak dari gorengan "Egg Floss"
  • Tumis bawang putih dan daun kari, sehingga naik bau.
  • Masukkan cili padi yang di hiris halus
  • Masukan perapan udang ke dalam kuali. 
  • Pastikan jangan terlalu lama mengoreng udang. Jika terlalu lama isi udang akan jadi liat.
  • Angkat dan tos minyak
Menghidang :
  • Bolehlah menyusun udang yang telah di goreng tadi dan ambil "Egg Floss" dan di taburkan di atasnya.


Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment