Tuesday, October 21, 2014

Sana Helwa Ya Gameel-,Aid Milad Saaed-Kol sana wenta tayeb


Hari ini aku nak berceloteh pasal sambutan "Hari Jadi" atau bahasa orang putehnya " Happy Bithday". Di sebelah timur tengah banyak cara menzahirkan ucapan ini, ada yang menyebut "Sana Helwa Ya Gameel"  Penyebutan ini banyak dalam nyanyian atau lagu ketika berkumpul. Manakala penyebutan "Aid Milad Saaed" pula membawa maksud yang sama dengan "Selamat Hari Jadi",dan  perkataan "Kol sana wenta tayeb" membawa pengertian yang agak formal iaitu "Sejahtera atau baik sepanjang tahun"

Semua yang aku bebelkan itu membawa erti pentafsiran yang sama iaitu menzahirkan kepada yang menyambut hari kelahiran. Bagaimana dari segi pandangan Islam???. 

Mengadakan sambutan hari lahir adalah harus dengan syarat tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang ditegah Syarak (yakni Allah dan Rasul). Islam mengharuskan untuk kita melahirkan perasaan gembira terhadap anugerah Allah kepada kita dengan sebarang cara asalkan tidak menyalahi Syari’at yang wajib kita ikuti. Sekalipun sambutan sedemikian tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w., namun itu tidak menjadi alasan untuk mengharamkannya kerana kita hanya ditegah melakukan perkara baru (yakni Bid’ah) dalam hal-hal agama. 

Kalau kau tanya pendapat aku yang serba cetek ini,hal-hal ini semua keduniaan, dan terserah kepada kita asalkan jangan sampai melanggari ketetapan Syari’at yang sedia ada. Islam adalah agama yang sentiasa memberi kelapangan kepada manusia. Betul tak??

 Sebenarnya kalau kita renung kembali siapa sepatutnya kita kedepankan bila menyambut hari kelahiran ini. Yang lebih utama adalah orang tua kita sendiri. 

Semperna menyambut hari jadi aku yang ke 44 ini, ku panjatkan doa ku terhadap kedua Ibu dan bapa ku.

Ya Allah
Rendahkanlah suara ku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di hadapan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hati ku terhadap mereka

Ya Allah 
Berikan mereka balasan yang sebaik-baiknya,atas
didikan mereka padaku dan pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya  pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya ALLAH
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan  dengan
kebaikan berlipat ganda. 

Ya Allah 
Bila magrifah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku,
Tetapi jika sebaliknya,maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama  dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu,rahmat-Mu

Sesungguhnya Engakulah  yang memilik kurnia Maha
Agung,serta anugerah yang tak berakhir dan 
Engkaulah yang Maha Pengasih di antara pengasih

Amin Ya Rabbul Alamin


Kepada rakan-rakan kenalan yang menzahirkan ucapan kepada ku, aku ucapankan terima kasih atas doa kalian. Aku doakan juga untuk kalian.

Ya Allah
Kau kurniakan sahabat-sahabatku,saudara2ku
umur yang bermanfaat
rezeki yang halal buat mereka
Ilmu yang berguna
Kau peliharalah persahabatan kami
Kau peliharalah persaudaraan kami
Kau berilah Jodoh yang membahagiakan
Hidup yang dirahmati

Amin Ya Rabbul Alamin









Masak Lemak Ketam Nenas Ala-Ala Thailand


Setiap negara mempunyai caranya tersendiri. Perbezaan antara satu sama lain adalah pengunaan daun untuk membangkitkan aroma masakan. Ada masakan yang menggunakan daun kunyit,daun limau purut,daun selasih mahupun daun ketumbar.  Terpulang kepada citarasa masing-masing.Dalam resipi ini nenas digunakan bagi menghasilkan kemanisan dan menambahkan keenakan kuahnya.

Masak Lemak Ketam Ala-Ala Thai

Bahan-Bahan yang digunakan:

  • Ketam  -1  Kg -dibelah dua dan dibersihkan
  • Nenas - 2 potong  ( boleh di potong nipis)
  • Daun kunyit - Sehelai dan disiat 
  • Minyak Masak -5 sudu besar.
  • Santan Pekat - 2 cawan 
  • Air- 1 cawan  
  • Sos ikan - 2 sudu besar
  • Garam & Gula - secukup rasa
  • Cili Padi -3-4 batang  ( diketuk untuk rasa sedikit pedas)- Optional
Bahan- Bahan Kisar / Blend :
  • Chili Merah - 10 Biji 
  • Serai  - 2 batang
  • Lengkuas - 1 inci
  • Daun Ketumbar - 3 tangkai
  • Lada Hitam - 10-15 biji
  • Jintan putih -2 sudu teh
  • Kunyit hidup - 1 inci 
Cara Masakan:
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik baunya.
  • Masukkan ketam ,sos ikan,garam,dan air sehingga mendidih. Masukkan cili padi sekiranya inginkan pedas 
  • Masukkan santan dan nenas  * ( kalau ada daun selasih masukkan untuk aroma tambahan)
  • Masaklah sehingga nenas empuk dan matikan api dapur
  • Bolehlah menyediakan hidangan

Selamat Mencuba.

Chicken Dragon

Masakan ini adalah favorite anak bongsu aku. Puas aku mencari kaedah resipi ini. Biasanya anak-anak suka dengan masakan ini samada di makan dengan Nasi Goreng Cina atau di ratah begitu aje.

Resipi ini adalah menu utama di mana-mana Indian Restaurant yang ada di Saudi ini . Pada mulanya aku ingat susah sangat lah nak membuatnya. Alhamdulilah cubaan pertama berjaya dilaksanakan dan aku kongsikan resipi kepada kawan-kawan dan wife..mereka mencuba.. dan mereka berpuas hati.
Chicken Dragon



Bahan-Bahan yang digunakan:

  • Dada Ayam- 500 gram ( potong memanjang -strips) 
  • Daun Coriander atau boleh juga guna Dan Kari
  • Minyak untuk deep fried.
  • Kicap cair - 1 sudu teh **
  • Chili kering - 2- sudu teh **
  • Telur -1 biji **
  • Tepung Gandum - 1/2 cawan **
  • Tepung Jagung -1/4 cawan **
  • Paste (Bawang putih & halia) -1 sudu makan **
  • Garam secukup rasa **
  • Lada sulah - 1 sudu teh **
  • Serbuk Tumix/Aji nomoto - 1 sudu teh (optional) **
** Bahan-bahan digunakan untuk Perapan ayam (Marination)

Bahan-Bahan SOS:
  • Minyak Masak -1 sudu makan 
  • Chili kering yang telah di basuh - 3/4 tangkai (Tps- Cili tangkai ini akan di goreng sekali dan lagi banyak guna cili kering tangkai lagi pedas gorengan)
  • Kacang Cashews -4 sudu makan di tumbuk kasar
  • Daun kari - 5/6 helai -sedikit sahaja ( optional)
  • Bawang -1 ulas  di potong halus
  • Capscium - 1/2 atau 1 biji - di potong halus
  • Paste bawang putih&halia - 1sudu makan
  • Lada cili yang telah di blender -1 sudu makan
  • Kicap cair - 1 sudu teh
  • Tomato sos - 2 sudu makan
  • Garam dan gula - secukup rasa
  • Ajinomoto  1 sudu teh ( optional -aku hanya guna Tumix jer sebagai perasa tambahan 
Cara Memasak:
  • Masukkan ayam yang telah dicuci  dan masukkan semua bahan yang bertanda (**) untuk proses perapan dan gaul ayam sehingga sebati dan simpan di dalam peti ais selama 15 minit.
  • Setelah cukup 15 minit, Panaskan kuali dengan minyak untuk "deep fried" (pastikan minyak betul2 panas). Masukkan ayam perapan tadi ke dalam kuali dan masaklah sehingga permukaan ayam bertukar menjadi warna keemasan. Angkat, toskan dan letak di tepi.
  • Untuk membuat sos- Ambil kuali panaskan dengan 1 sudu makan dan masukkan cili kering dan kacang cashews. Gorenglah sehingga kacaang bertukar menjadi warnak keemasan,
  • Masukkan bawang dan capscium dan di gaul sehingga menjadi lembut
  • Masukkan paste bawang putih &halia dan kacau sehingga sebati
  • Masukkan lada blender,kicap cair,tomato kicap,garam,gula ajinomoto dan kacau sehingga menjadi likat atau pekat. Pastikan rasa nya cukup garam dan gula jika tidak boleh lah tambah sedikit lagi
  • Masukkan ayam  ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati dengan sos yang telah pekat.
  • Masukkan daun Coriander dan sedikit daun kari dan di kacau lagi.
  • Tutup api dapur dan bolehlah mula buat persiapan menghidang 
Selamat Mencuba.

Monday, October 20, 2014

Sekeliling Aku- Tukang Masak Yang Hebat


Mengimbau beberapa tahun kebelakang, kekadang membuat aku sayu dan juga ada kalanya aku rasa perasaan sedih menyelubung malahan ada juga terselit gambaran keriangan silam.Entahlah susah hendak ku gambarkan perasaan yang berbaur begini.

Semenjak aku belajar mengenal dunia masakan,muncul semua wajah-wajah yang begitu dekat di hatiku suatu ketika dahulu. Ada antara mereka telah tiada lagi di dunia ini,yang tinggal hanyalah cebisan memori dan nostalgia yang masih ku gamit walaupun  ianya kian pudar.

Coretan ini sekurang-kurangnya memberi aku kekuatan untuk meneruskan minat baru yang selama ini langsung tak terfikir oleh akal dengkel ku ini.

Walaupun mereka mereka ini tidak mempunyai kelayakan ataupun pengiktirafan dari mana-mana Hotel ataupun menyandang gelaran "Master-Master Chef"  namun sentuhan masakan mereka ini mengkagumkna aku.

Yang telah meninggalkan ku:

  • Arwah Nenek ku - Fatimah - Arwah memang terkenal dengan pebagai masakan kampung dan aku rasa mak aku banyak mewarisi kelebihan dan sentuhan masakan beliau. Sentuhan istimewa beliau melibatkan masakan kenduri kendara ..sebut sahaja nasi minyak..nasi tomato., nasi gaul ada juga kuih kegemaran aku "PUPUDAK",   Acar banjar adalah terbaik pernah aku rasa.
  • Arwah Guluk- Abdul Kadir - Beliau merupakan seorang yang cukup teliti dengna penyediaan masakan. Kalau ke pasar larkin johor..siapa tak kenal beliau. Ketelitian beliau  cukup buat aku teruja..contohnya membeli lada ..di pilih sebiji-biji, mesti sama panjang  dan betul-betul merah dan segar. Membeli Ayam atau daging pun cukup teliti., Pendek kata kalau ke pasar, peniaga-peniaga tahu siapa dia Abdul Kadir. Mengenai masakan aku thumps up dengan arwah  segala sentuhan nya menjadi.,Masakan kegemaran ku : Nasi Beraini....sekarang ini menantu perempuan nya mewarisi sentuhan arwah., 

Yang masih ada disisi ku:


  • Ibuku - Arbakyah - Sentuham masakan seorang ibu. dengan gaya kreatif dengan masakan. Banyak resipi  dan tips masakan di pelajari dari ibu beliau (Nenek ku). Antara masakan terbaik beliau adalah : Laksa Johor, pelbagai jenis soto, acar buah, kuah rojak dan sering menerima tempahan sehinggalah ke hari ini.
  • Isteriku - Wan Surita- Beliau adalah anak kepada tuan punya kedai makan. Dia ku lamar menjadi pemaisuri hatiku setelah aku jatuh cinta ketika bertentang mata semasa aku menjamu selera di "Restaurant  Alor Akar ", Masakan terbaik : Nasi Kerabu, Laksa Johor,, segala jenis masakan berasaskan sambal,, Segala jenis masakan berkaitan dengan Mee./ Noodle
  • Mertuaku - Wan Hasnah -Sentuhan masakan dan pastry yang  hebat.Antara masakan terbaik beliau : Segala jenis masakan berasakan sup dan noodle ( Sup tulang, Sup merah..Sup sayur,laksam..mee kari ), roti kobis dan macam-macam jenis kuih muih.
  • Ayahku- Abdul Rahman - Mewarisi kebolehan arwah abangnya ( Abdul Kadir). Antara masakan terbaik beliau : Mee Rebus dan Rojak tahu.
  • Adik Iparku - Wan Suriani - Beliau terkeluar dari cabang masakan tetapi beliau hebat di bidang baking and pastry. Sentuhan decoration yang hebat sering meniti di bibir pelangan.

           Adakah aku boleh menjadi seperti mereka ??

"...no one is born a great cook, one learns by doing." ~Julia Child, My Life in France







Baked Potato -Yummy Baked Potato Skin


Hidangan ini sesuai disajikan disebelah petang atau pun makan malam bersama keluarga. Ianya ringkas dan sedap.Kaedahnya aku baking kentang ini bila mana aku malas memasak. Lagi sesuai kombinasinya bila di makan dengan Steak.



Baked Potato

Bahan-Bahan yang di gunakan:
  • Kentang -3-4 biji carilah ukuran yang agak sama besar 
  • Minyak Sayuran - 3 Sudu besar ( Aku guna Extra Virgin Olive Oil) **
  • Parmesan Cheese -1 sudu besar ( di sagat halus)**
  • Garam - 1/2 sudu kecil **
  • Gula -1/8 sudu kecil ** (sedikit saja untuk balance rasa)
  • Serbuk Bawang Putih- 1/4 sudu kecil (Aku guna Garlic paste jer)**
  • Serbuk Paprika - 1/4 sudu kecil **
  • Lada Sulah - 1/8 sudu kecil**
  • Bacon /Smoke Turkey -8 keping ( Di masak dan potong2 halus)- Optional
  • Cheddar Cheese - 2 cawan teh ( Di sagat halus)
  • Sour Cream-untuk dressing ( Aku guna gabungan laban- dan mustad cream)
  • Baking sheet
Cara Membuatnya :
  • Cuci kentang yang nak digunakan dan masukkan ke dalam periuk untuk di rebus.(Tujuan direbus seketika adalah untuk mengurangkan masa kita baking and menjadikan kentang kita lembut). Setelah sedikit empuk, keluarkan dan toskan.
  • Setelah sejuk belah kentang tersebut secara memanjang dan korek lebih kurang 1/4 isinya.
  • Bancuh bahan-bahan yang bertanda ** dan kacau sehingga sebati dan sapukan ke permukaan kentang yang telah dikeluarkan isinya,
  • Susun kentang tadi di tray baking yang telah siap di alas dengan baking sheet
  • Mulalah proses baking pada suhu 250 celcius pada jangka waktu 10-15 minit dan keluarkan dan terbalikkan kentang tadi. 
  • Setelah itu terbalikkan kentang tadi dan teruskan baking lagi 10-15 minit.
  • Keluarkan kentang dan taburkan bacon yang telah di ptotng halus dan cheddar cheese sehingga menutupi bahagian yang di tebuk tadi.
  • Baking semula sehingga cheese di atas kentang tersebut cair.
  • Keluarkan dan bolehlah di hias dengan dreasing dan sayuran kalau perlu.
Selamat Mencuba.

Sunday, October 19, 2014

Asam Rebus Ikan Dengan Nenas

Resipi ini aku dapat dari wife ku,  penyediaan yang mudah dan ringkas sesuai dan yang penting sedap. Kalau aku yang tak pandai memasak ini boleh menyediakanya ..apatah kau orang di luar sana.


 
Asam Rebus Ikan Dengan Nenas

 Bahan-Bahan :
  • Ikan  ( Kembung, Merah,Pari )
  • Asam Keping ( 1-2 keping) -Boleh ditambah sekira ingin rasa lebih masam.
  • Kunyit serbuk  (1/4 sudu kecil)
  • Cili Merah -(2-3 Biji) **
  • Bawang Putih -(2 Ulas) **
  • Bawang Merah -(1 Ulas) **
  • Belacan ( 1/2 sudu kecil) **
  • Gula dan Garam secukup rasa
** Bahan-Bahan ini di blender atau di tumbuk

Cara Masakan:
  • Masukkan air di dalam periuk dan masukkan bahan-bahan yang telah di blender /tumbuk. Sukatan air biarlah jangan terlalu banyak..sekadar menutup paras ikan.
  • Masukkan sedikit kunyit serbuk.
  • Setelah mendidih,masukkan  ikan yang telah dibersihkan dan di tos tadi.
  • Masukkan kepingan Asam keping dan juga Nenas.
  • Masukkan Bendir dah tomato.
  • Setelah ikan masak dan bendir lembut bolehlah perasa masakan dengan gula dan garam secukupnya.
  • Tutup api dan bolehlah mulakan proses penyediaan.
Selamat Mencuba.

Ketam Buttermilk

Ketam Buttermilk
Resipi yang aku gunakan ini telah aku buat perbandingan dari banyak2 blog,dan aku serasi dengan resipi ini.  Rasanya dah banyak kali aku memasak dengan resipi ini.

Bahan-Bahan :

  • Ketam -5 ekor ( Tips yang wife aku ajar- pilih ketam betina, dan berat). Ketam ini kerat dua tanpa membuang cengkerang. Gunakan gunting untuk memotong ketam dan membuang duri2 pada sepit2. Cuci ketam dan letak ketepi.
  • Bawang putih - 5 ke 8 ulas  ( Tips - kalau sekilo ketam biasanya aku guna 8 ulas bawang putih) . Bawang ini hanya perlu di ketuk sahaja.
  • Mentega -2 atau 4 sudu besar. ( Tips- kalau sekilo ketam biasanya aku letak 4 sudu besar mentega)
  • Telur Masin - 2 biji - Di ambil merahnya dan di lenyek sehingga sekata dan letak di tepi.
  • Daun Kari - 1 tangkai daun kari ( Tips -batang kari jangan di buang, masukkan sekali nanti. untuk menambahkan aroma masakan)
  • Susu Sejat - 1 ke 2 tin  ( Bergantung kepada jumlah ketam. Biasanya aku akan guna dalam 1 tin  untuk 1 kilo ketam)
  • Cili Padi - 5-9 biji.  (Bergantung kepada kepedasan- Tips: Untuk mengurangkan muak susu dan mentega cili padi di gunakan sebagai balance rasa)
  • Garam dan Gula - Sebagai perasa masakan
  • Perasa TUMIX - sedikit sahaja (optional)
 Cara membuat :
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan goreng ketam separuh masak ataupun goreng ketam sehingga cengkerang bertukar warna,.Angkat dan ketepikan.
  • Masukkan mentega ke dalam kuali panas dan  kacau sehingga semua mentega larut.
  • Masukkan bawang putih ,daun kari dan cili padi- Tumis sehingga naik bau 
  • Masukkan susu sejat - kacau perlahan2 sehingga mendidih.
  • Masukkan Gula , Garam dan perasa TUMIX secukup rasa dan teruskan kacau perlahan2 sehingga campuran menjadi sedikit pekat dan warna keemasan ( Jangan terlalu pekat).
  • Masukkan ketam yang telah di toskan kedalam kuali dan gaul2.
  • Masukkan telur masin ( jika hendak) dan di gaul sekali lagi sehingga semua ketam ada ketulan telur masin.
  • Tutup kuali dengan penutup supaya wap panas kekal di dalam kuali. Dengan cara begini ketam akan masak sekata. Tutup penutup dalam  tempoh 3-5 minit sehingga kulit ketam bertukar warna merah .
  • Teruskan mengacau ketam sehingga campuran tadi pekat dan bersalut kepada kulit ketam.
  • Tutup api dapur dan boleh membuat persiapan untuk menghidang. 
SELAMAT MENCUBA