Saturday, November 1, 2014

Mee Goreng Mamak


Hari ini final Piala Malaysia(1/11/2014) antara Johor (JDT) dan Pahang....,sambil berdebar menunggu perlawanan berlangsung..terasa perut lapar. Bawak laptop ke dapur, sambil tengok bola..sambil mengoreng mee.

Mee Goreng Mamak
Bahan-Bahan :

  • 500g mi kuning
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar kicap
  • 1 mangkuk taugeh
  • 2 biji telur
  • Sotong /Daging 
  • Garam
  • Minyak Masak
Cara-cara Memasak:
  • Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar, sos cili, serbuk kari, sos tiram dan kicap.
  • Masukkan Sotong/Daging dan goreng sebentar.
  • Masukkan mi kuning dan gaul hingga sekata.
  • Masukkan telur, biarkan telur masak sedikit dan kacau hingga sekata.
  • Masukkan tauhu goreng dan taugeh.
  • Masukkan garam secukup rasa
  • Siap untuk dihidangkan

Selamat Mencuba

Friday, October 31, 2014

Butter Prawn - Permintaan sahabatku

Ketika aku berkursus  2 hari (28-Oct / 30-Oct) di Riyadh, , seorang sahabat aku di Jeddah menghantar "WhatsApp Message


Aku rasa serba salah, hendak aku tolak tak sampai hati, lagipun aku faham situasi sahabat aku. Aku pernah rasa seperti itu jugak ketika wife ada di Malaysia,

Aku ini bukan lah pandai pun nak buat "Butter Prawn" ini terutama  "Egg Floss". Tetapi itulah bila kita iklas,gerak kerja kita sentiasa di permudahkan. Alhamdulilah percubaan yang menjadi.

Wife aku memberi panduan dan kaedah memasak melalui "Hangout Video  Call", akhirnya berjaya juga aku siapkan juadah " Butter Prawn". -Terima kasih wife ku





Bahan untuk mengoreng udang:
  • Udang -1 kg yang dipotong muncungnya dan juga bahagian ekor yang tajam sahaja
  • Lada Sulah - 1/2 sudu teh
  • Kunyit serbuk - 1/2 sudu teh
  • Daun Kari - 2 @ 3 tangkai
  • Bawang Putih - 4 ulas di hiris halus.
  • Cili Padi - 4 @5  biji yg di hiris halus . (terpulang pada kepedasan yang di inginkan)
  • Garam  dan Gula.
Bahan untuk "Egg Floss"
  • Kuning Telur - 3 biji
  • Butter - 3 Sudu Besar
  • Minyak Masak - 250ML
  • Garam -Sedkit sahaja ( Secubit)
  • Acuan Roti Jala
  • Senduk Bulat
  • Kuali
Kaedah Memasak :
  • Perap udang yang telah di bersihkan dengan campuran garam, gula,lada sulah,dan kunyit serbuk.Bolehlah diperap lebih kurang 15-30 minit.
  • Kuning telor dikacau/pukul sederhana sahaja dan sekejap je kacau.dan agak2 sebati dengan menggunakan garpu.
  • Masukkan kuning telur ke dalam acuan roti jala
  • Panaskan kuali dan masukkan minyak masak..kemudian masukkan butter.Minyak dan butter harus panas supaya "Egg Floss" cantik
  • Pegang acuan roti jala dgn tangan kanan dan senduk bulat tangan kiri. ( Kalau yang tangan kidal tu ..terbaliklah lah kaedah memegangnya) 
  • Tuang kuning telur yang telah di masukkan di dalam acuan roti jala dan di angkat tinggi  supaya kuning telur meleleh turun melalui lubang acuan. Sementara tangan kiri  teruskan membuat putaran "SEHALA" dan jangan berhenti sehingga kuning telur habis di dalam acuan roti jala.
  • Goreng adunan tadi hingga kuning keemasan ..jika minyak membuak2 kacau perlahan2 ..
  • Guna penapis angkat "Egg Floss"  dan toskan minyak nya dengan menekan sedikit "Egg Floss" tu supaya tidak berminyak dan ketepikan,

Kaedah Mengoreng Udang:
  • Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak dari gorengan "Egg Floss"
  • Tumis bawang putih dan daun kari, sehingga naik bau.
  • Masukkan cili padi yang di hiris halus
  • Masukan perapan udang ke dalam kuali. 
  • Pastikan jangan terlalu lama mengoreng udang. Jika terlalu lama isi udang akan jadi liat.
  • Angkat dan tos minyak
Menghidang :
  • Bolehlah menyusun udang yang telah di goreng tadi dan ambil "Egg Floss" dan di taburkan di atasnya.


Selamat Mencuba

Asam Pedas Ikan Merah


Sebut pasal masakan Asam Pedas, ramai di luar sana memang suka dengan masakan ini..Ada pelbagai teknik masakan dan pelbagai versi dan kaedah olahan.

Asam pedas ini begitu senonim dengan 2 negeri iaitu Melaka dan Muar.Secara jujurnya kedua-dua negeri ini aku dah pernah merasa masakan Asam Pedasnya dan ada sedikit perbezaan rasa tetapi keduanya menyelerakan.

Setiap  kali aku balik bercuti ke Malaysia mesti akan aku jelajahi Melaka atau Muar untuk "pekena" Asam Pedas. Dulu pada sekitar tahun 1999-2002 Asam pedas yang popular di Melaka adalah di kawasan pasar borong. Sekarang dah tak ada lagi dan semua bertmpu ke kawasan Tengkera. Masa aku pertama kali di bawa makan di situ.. rasa macam teruja tengok orang cina makan asam pedas sampai menghirup kuah ..siap licin pinggan !!. Setelah aku rasa..jadi tak hairan lah pelangan sampai menghirup ..memang sedap pun.

.Untuk resipi kali ini aku coretkan asam pedas dengan pelbagai kaedah samada yang dari Melaka atau pun yang cetusan dari Negeri Muar  



.


Resipi dan bahan yang digunakan:
  1. Tumbuk bawang merah (ambil sebiji saiz sederhana) bersama-sama dua ulas bawang putih. Kalau nak senang lumat, masukkan garam siap-siap.
  2. Tumis cili yang dah siap di blender. (Masa blender cili, letak bawang siap-siap. Sebab ada cili yang sangat pedas. Bawang boleh kurangkan pedas. Kalau tak tahan pedas, petua membeli cili kering yg kurang pedas ialah warnanya sedikit gelap dan TIDAK berkilat. Pada kebiasaannya, cili jenis ini mahal sedikit.)
  3. Masukkan minyak. (Kalau kita masak sayur, minyak sedikit sekadar untuk menumis. Tapi, untuk tumis cili dan bawang tumbuk kita ni, minyak perlu dilebihkan, supaya cili kita boleh garing.)
  4. Bila minyak dah panas, masukkan bawang tumbuk tadi.
  5. Tunggu sampai bawang tumis tu naik baunya, barulah masukkan cili.
  6. Kacau cili sampai warnanya nampak garing.
  7. Masukkan ikan.
  8. Masukkan perahan air asam jawa. Ambillah asam jawa tu dalam sejemput. Lama-lama memasak, kita akan tahu banyak mana. yang di perlukan
  9. Bolehlah  masukkan bender dan tomato.
  10. Perasa masakan.
  11. Tunggu mendidih dan tutup.
Variasi asam pedas:

Kepelbagaian cara menukar rasa asam pedas. Pilih salah satu,yang lain simpan untuk lain kali masak...

  1. Cili Hidup - Kalau nak guna cili hidup pun sedap jugak. Caranya masih sama, cuma gantikan cili kering dengan cili hidup. Disebabkan cili hidup agak mahal.. selalunya, hanya ikan yang mahal jer aku masak macam ni. Macam ikan jenahak ker.. ikan merah ker.. Kalau ikan kembong, ala-ala rugi laa plak. hehe tu pendapat aku le. Untuk pekatkan kuah kita, campur sedikit dengan cili kering yang di blender.
  2. Halba dan biji sawi - Aku selalu gak tambahkan rempah ni semasa menumis bawang. 
  3. Daun Limau - Sangat sesuai ditambah kalau masak asam pedas daging atau ayam. Ditambah apabila kuah dah mendidih. Koyakkan sikit daun tu.. Janganlah di  hiris pulak,ni bukan nak masak rendang...
  4. Bunga kantan - Dimasukkan dalam kuah.
  5. Serai - Ketuk dan masuk.
  6. Daun kesum - Ikat dan masuk.
  7. Halia - Ketuk dan masuk semasa menumis. Kaedah paling jarang digunakan.
Lain-lain petua/tips
  1. Kalau asam pedas ayam atau daging, kuahnya biarlah pekat.
  2. Kalau nak warna asam pedas tu cantik.. masukkan sedikit kunyit semasa menumis bawang.

Selamat Mencuba

Monday, October 27, 2014

Ikan Siakap Kukus (Stim)


Kebetulan hari Jumaat lepas,jiran aku ke pasar Jeddah dan aku memesan Ikan Siakap yang bersaiz sederhana dan aku rasa tak lah sampai sekilo beratnya. Dengan harga SR15 seekor ini cukuplah untuk aku makan sorang.

Bermacam jenis masakan boleh di olah dengan Ikan Siakap ini, tapi paling sedap dan paling biasa kita lihat di restaurant  adalah :

  • Masak Stim
  • Masak 3 Rasa
  • Masak Tauchou
  • Masak Asam Pedas
Untuk kali ini Inspirasi Dapurku, menyediakan resipi ringkas untuk Ikan Siakap Kukus (Stim), resipi ini di olah dari  resipi wife aku. Terima kasih "Eita's Kitchen" berkongsi resipi dan dapatlah aku godam lagi resipi wife aku ini.

Ikan Siakap Kukus
Biasanya kalau aku ke pasar, memang aku akan suruh dia orang bersihkan ikan.dan hanya perlu bayar dalam beberapa Riyal aje. Tetapi  yang member aku belikan ini tak bersiang lagi.Kelam kabut jugaklah aku nak buang sisik ikan tanpa alatan yang sepatutnya. Aku  ber"message"lah  dengan wife aku minta tips menyiang ikan.

Seperti biasa,wife aku ini banyak skill dan di perturunkan aku ilmu menyiang ikan guna "GARPU /FORK". Di tarik-tarik garpu pada sisik ikan..dan dengan mudah sisik tanggal.

Ikan yang siap di siang dan dibersihkan


Akhirnya bersih pun Ikan Siakap aku ...."Terima kasih wife kesayanganku" .. maka bolehlah aku kongsi tips kecemasannya ini.Mungkin kau orang di luar sana ada pelbagai kaedah tapi untuk  aku ini...kira oklah. Betul tak ??

Bahan-Bahan:
  • Ikan Siakap  - Di bersihkan dan kelar-kelar badannya secara menyerong
  • Minyak Masak  -2 Sudu makan untuk persediaan sos.  
  • Sos tiram - 1 sudu makan *
  • Sos ikan - 1 sudu makan   *
  • Serai - 1 Batang, (di ketuk) 
  • Bawang Putih - 5 ulas ( di hiris)
  • Limau nipis - 2 @ 3 biji  di ambil jusnya ( aku guna lemon 1 biji )
  • Cili Padi - 2 @ 3  biji ( bergantung kepedasan yang di kehendaki)
  • Tomato -1 Biji  (di potong dadu )
  • Karot - 1 biji ( di potong seperti lidi mancis)
  • Cauliflower - Sedikit 
  • Jagung muda / Baby corn- 2 Batang  dan di potong seperti lidi mancis
  • Cili merah - untuk hiasan
  • Daun sup / Daun Ketumbar - untuk hiasan
  • Garam dan Gula 
  • Air 1/2 cawan
* Untuk di gunakan untuk membuat sos

Penyediaan Ikan :

  • Sediakan pengukus, dan masukkan air dan jerangkan sehingga mendidih. Sediakan bekas untuk meletak ikan.
  • Lumurkan sedikit garam di kedua dua belah ikan. Kemudian letak ikan di dalam bekas tadi dan masukkan hirisan bawang, halia, dan serai. Curahkan sedikit jus limau /Lemon. 
  • Bolehlah masukkan juga sayuran Cauliflower,Jagung muda,tomato,karot 
  • Kukuslah selama 15-20 minit sehingga Ikan masak dan sayur empuk.
  • Angkat dan ketepikan.

Penyediaan Sos:
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak.
  • Masukkan bawang, serai dan tumis sehingga naik bau
  • Masukan cili padi, sos tiram dan sos ikan dan tuangkan air.
  • Curah kan baki perahan limau ke dalam kuali.
  • Masak sehingga mendidih
  • Perasa sos tersebut dengan garam dan gula.
  • Matikan dapur dan bolehlah di siram sos ini keatas Ikan Siakap yang telah siap di stim.

Selamat Mencuba




Sunday, October 26, 2014

Baked Chicken with Lemongrass and Honey.

Kembali lagi kita ke Inspirasi Dapurku, dan pada hari ini satu lagi percubaan resipi baru yang aku dapat dari wife ...tapi biasalah tugas mengodam bolehlah serah kepada aku. Resipi ini saja aje aku tulis dalam bahasa English "Baked Chicken with Lemon Grass and Honey"  sebab lagi sedap menyebut rasanya....cehhhh nampak lah class gitu resipi ini.

Baked Chicken With Lemongrass and Honey
Bahan-Bahan :

  • Ayam ( DrumStick) - 4-5 ketul 
  • Serai - 1 batang  ( Blender kering)
  • Bawang Putih - 4 ulas.  ( ketuk dan di potong ) *
  • Kicap Cair - 1  1/2 sudu besar  *
  • Oyster sos - 1/2 sudu besar *
  • Madu - 1 1/2 Sudu besar  *
  • Lada Sulah - 1/2 sudu teh *
  • Garam dan Gula *
 * - Dicampurkan ke dalam satu bekas untuk perapan ayam.

Cara Memasak :
  • Blender serai dengan mengunakan blender  kering dan asingkan.
  • Campurkan serai dengan bawang putih dan digaulkan bersama bahan perapan.
  • Ambil ayam yang telah dibersihkan dan masukkan ke dalam bekas perapan dan gaul sehingga sebati., Biarkan perapan ini selama 30 min atau 1 jam (Seeloknya 1 jam)
  • Panaskan oven pada suhu 200 celcius dan panggang selama 15 minit
  • Keluarkan ayam dari oven dan terbalikkan ayam tadi dan panggang lagi selama 15 minit 
  • Setelah ayam masak dan warna kulit ayam bertukar keemasan, keluarkan dan bolehlah disusun ayam di pinggan hidangan.
Lebihan perapan untuk dijadkan sos:
  • Panaskan  kuali dengan sedikit minyak, dan masukkan kan bawang putih dari bekas perapan dan tumis sehingga naik bau.
  • Tuangkan semua air perapan ke dalam kuali dan kacau sehingga kuah mendidih dan sedikit pekat. 
  • Tutup api dapur dan bolehlah di siram sos ini pada ayam yang telah di susun tadi.





Friday, October 24, 2014

Bazaar Di Konsulate Jeddah


Hari ini 24/10/2014 bersamaan dengan Hari Jumaat yang biasanya di sebelah pagi banyak kedai-kedai tutup,jadi makanya agak kurang pilihanlah untuk bersarapan pagi. Kalau wife aku ada senang sikit, bolehlah main order jer  nak makan apa..."Tak apalah tak lama lagi dah pemaisuri aku datang" bolehlah masa tu "Inspirasi Dapurku" berehat dan di gantikan dengan " Eita Kitchen".

Aku masak ala kadar aje pagi ini sekadar untuk alas perut. Itupun ada barang yang leftover dari peti ais maka jadilah  "MEE HOON HAILAM". Nak makan sorang tak best la pulak...teringat Hairul &Dalina, aku pun call dia orang. Dia orang okey jer ,aku memasak ..dan bawa "Mee Hoon Hailam" ke rumah dia orang. Dapatlah makan berteman. (Resipi MEE HOON HAILAM nanti lah aku bagi)

Untuk pengetahuan kau orang ..Si Hairul & Si Dalina ini adalah Chef kat Jeddah ini. Segala majlis usrah atau jamuan kebanyakannya akan menempah masakan dengan Chef ini.

Sampai jer di rumah Hairul&Dalina ,.aku tengok berdua ini tengah sibuk memasak untuk jualan makanan di Bazaar. Hairul & Dalina berhenti sekejap untuk bersarapan bersama aku ..dan sempatlah jugak aku jadi "FOOD TESTER" masakan yang hendak di jual di bazaar konsulate.

Bazzar

Suasana Bazaar seawal  5:40 pm
Untuk pengetahuan kau orang, bazaar ini adalah salah satu acara yang di anjurkan oleh pihak konsulate dengan tujuan utamanya adalah untuk merapatkan silaturahim antara mereka yang bermastautin di sini. Acara ini biasanya di adakan pada setiap 2 bulan sekali.

Tahniah aku ucapakan pada "CG & Team" yang telah menjayakan acara ini ...kalau tak silap aku dah 3 kali  untuk tahun ini.  Teruskan  CG !!.. inilah yang diharapkan untuk rakyat Malaysia wilayah barat Saudi ini berkumpul.
Waktu Peak Bazaar.( Gambar di ambil dari CG )
Aku pernah berniaga  pada tahun lepas, Alhamdulilah sambutan amat mengalakan di samping pukulan aura "Eita Kitchen" yang begitu sinonim dengan nasi kerabu dan laksa Johor. Kira tak menang tangan melayan pelanggan, sampai anak bongsu aku pun sibuk membantu. Kira itu percubaan pertama kami berniaga di Bazaar Konsulate Jeddah dan Insy'Allah December ini "Eita's Kitchen &Inspirasi Dapurku" akan ada di bazaar.







Thursday, October 23, 2014

Ayam Panggang bersama Sos Black Pepper & Mushroom


Selamat bertemu kembali di Inspirasi Dapurku.. Sebenarnya resipi ini aku olah kembali  ketika aku menyambut ulangtahun yang ke 44 semlm ( Rabu-22/10). Disebabkan keinginan yang tinggi nak juga memasak walaupun minggu ini aku oncall dan agak tight masa. Disamping member aku sorang ini (Fendy) nak sangat merasa masakan dari dapurku.

Setelah berbincang dengan wife,dan beliau mencadangkan untuk mencuba ala-ala western dan mencuba dengan sentuhan "Inspirasi Dapurku".

Wife ada memberi sedikit tips dan resipi untuk membuat Chicken Grill terutama Black Pepper sosnya. Secara jujurnya, sos yang wife aku pernah hidangkan sebelum ini memang sedap dan sebab itulah ramai rakan2 beliau meminta resipi.

Hah dapat kat aku... aku modified ler. Kalau kau orang nak tahu.. wife aku gelar aku ini "Penderhaka Resipi" Tak adalah nak guna resipi tu bulat2 tanpa sentuhan mengodam  dari tangan aku ini.

Ada 3 resipi dari "Cooking Steak" yang sempat aku belek-belek dan aku disesuaikan resipi dari wife aku. Alhamdulilah tetamu aku malam tadi berpuas hati dengan " Bau, Texture, Warna  dan Rasa". Licin separuh periuk aku masak sos ini..tapi aku GEMBIRA.

Mestilah gembira  .. dengan tak pernah buat..tak pernah masuk dapur sebelum ini...dan lelaki pulak yang memasaknya hah cukup package la gamaknya. Apa apa pun terima kasih lah member member aku ini datang siap bawa cheese kek dari "SAADEDDIN PASTRY" . Kedai famous lah di saudi ini dengan kek dan pastrynya.

Thanks  Fendy..Yazid ..Azmi ..kau ceriakan "Dinner" semalam.

Bahan-Bahan untuk membuat sos Black Pepper

SOS  yang telah siap

Chicken Grill dah siap

Grill Chicken With Black Pepper Mushroom Sauce
Bahan-Bahan yang digunakan untuk Ayam:
  • Peha Ayam  - 1.5Kg ( Boleh gunakan bahagian dada ayam- terpulang)
  • Serbuk kunyit -2 sudu teh
  • Serbuk Ketumbar -2 sudu besar ( Aku tumbuk dan giling)
  • Serbuk Jintan - 1 sudu teh ( Aku tumbuk ajer)
  • Minyak - Aku guna minyak  -Extra Virgin Olive Oil
Cara Penyediaan Ayam:
  • Sebatikan atau gaul semua bahan di atas tadi bersama minyak. Sukatan minyak bergantung -aku guna 2 sudu besar sudah memadai. Setelah di gaul , perapkan ayam tadi selama 2-3 jam Bolehlah di simpan didalam peti ais. ( bukan yang beku punya tau)
  • Panaskan oven pada suhu 200 celsius dan panggang 10 minit dan pusingkan ayam panggang tadi dari bawah ke atas dan sambung lagi 10 minit untuk mencukupi 20 minit.
  • Keluarkan ayam pangang tadi dan goreng pula di Grill Frying Pan ( disapu sedikit butter pada permukaan grill pan).
  • Untuk masakan sekata tutuplah grill pan dengan tudungnya supaya kepanasan tidak terkeluar dan ayam akan masak serata.
  • Setelah itu masukkan kembali ke Oven selama 15 minit pada suhu 160 celcius dengan tujuan untuk mengeringkan darah yang ada di dalam tulang ayam.
Bahan - Bahan sos:
  • Butter - 2 sudu makan
  • Cendawan - 1 kotak /Tin  ( di potong halus)
  • Tepung gandum  - 1 sudu makan
  • Tomato -1 biji di potong halus
  • Whipping Cream - 1 kotak  ( optional boleh diganti dengan air)
  • Bawang Holland  - 1 ulas  
  • Bawang Putih - 2 ulas di cincang halus
  • Cili Sos - 2 sudu makan
  • Kicap pekat -2 sudu makan
  • Tomato sos - 2 sudu makan
  • Lada hitam - 1 1/2  sudu makan  ( di tumbuk halus) -boleh juga ditambah kepada 2 sudu besar.
  • Daun  Bay Leave - 2-3 helai.
  • Kiub Ayam  - 1 kiub.
  • Garam dan Gula secukupnya
Cara Penyediaan :
  • Panaskan periuk dan masukkan butter dan kacau sehingga cair sesemuanya. 
  • Tuangkan tepung dan gaul sehingga warna keemasan. 
  • Tuangkan bawang besar dan bawang putih dan dikacau sehingga bawang lembut dan naik bau.
  • Tuangkan cendawan yang telah dihiris halus bersertakan dengan lada hitam.Goreng sebentar
  • Tuangkan whipping cream (atau air)dan bolehlah perasa sos ini dengan garam dan gula
  • Kecilkan api dan biarkan dia masak dan letaklah daun Bay Leave .
  • Sekiranya sos tesebut tercair, masukkan sedikit tepung jagung dan teruskan memasak sehingga mendapat kepekatan yang di kehendaki.
  • Tutup api dapur dan bolehlah meyediakan hidangan.
Selamat Mencuba.