Sunday, March 15, 2015

Kari Hijau Ayam - Thai style.

Salam..

Rasanya dah berminggu aku tak membuat sebarang update kat blog masakan ini....almaklumlah tersangatlah sibuk dengan rutin harian. Lunch dan dinner banyak aku ambik kat luar saja.

Resipi yang aku nak kongsi ini aku dapat dari koleksi Majalah Jelita keluaran tahun 2006 dan ini adalah "First time"  aku masukan dalam blog dengan sekali mencuba. Biasanya sebarang resipi yang aku hendak kongsi aku sudah mencuba 2-3 kali sehingga aku berpuas hati.  Memang tidak di sangkal lagi rasanya walaupun ada beberapa bahan yang aku tak ada, namun masakan Thai ini tetap menyelerakan.

Dalam resipi ini aku pecahkan kepada 2 bahagain iaitu penyedian PES KARI HIJAU dan Kaedah menyediakan.

Kari Hijau Ayam

Bahan-Bahan Yang DI gunakan untuk PES KARI

  • Serai - 3  Batang  di hiris halus
  • Cili Padi - 3 ulas
  • Lada Hijau - 2 ulas
  • Bawang Putih -7 ulas
  • Bawang Merah - 5 ulas
  • Lengkuas - 1 inci
  • Halia - 1 inci
  • Daun Ketumbar - 1/2 cawan  ( masukkan sekali dengan batang sekali)
  • Daun Selasih - 1/2 cawan
  • Belacan - 1 sudu teh 
  • Gula Melaka - 1 sudu teh
  • Daun Limau Purut - 2 helai
  • Kunyit Hidup -1 inci
  • Pelaga - 3 biji

Bahan- Bahan ini dikisar halus  dan dicampur dengan bahan dibawah dan dikacau sebati

  • Sos Ikan  - 3 sudu besar
  • Jus Limau Nipis -2 sudu besar
  • Santan - 3 sudu besar
  • Serbuk Jintan Manis - 1/2 sudu teh
  • Serbuk Lada Sulah - 1/2 sudu teh
  • Serbuk Ketumbar - 1/2 sudu teh 
  • Serbuk Buah Pala - 1/2 sudu teh  ( tak ada optional..letak lagi sedap)
Bahan-Bahan Kari Hijau Ayam:
  • Ayam - 1kg 
  • Santan pekat- 500 ml 
  • Santan cair - 800 ml 
  • Daun limau - 6 helai
  • Tomato - 1 biji dibelah 6
  • Terung pipit - 100 gram  ( aku hanya gunakan terung biru-dipotong dadu)
  • PES KARI HIJAU ( Pes yang disediakan tadi)
  • Serai - 2 batang di titik
  • Cili Padi - 3 ulas dititik
  • Jus Limau nipis
  • Sos Ikan
  • Gula 
  • Daun Selasih - 1 Genggam  ( Tak dimasukkan sebab stok tak cukup )
Cara Membuatnya:
  • Bersihkan ayam dan diketepikan
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis PES KARI sehingga naik bau dan masukkan serai dan juga ayam.dan di gaul rata seketika.
  • Tuangkan santan cair dan masukkan limau purut dan biarkan seketika sehingga ayam empuk
  • Masukkan terung,cili padi dan tomato dan teruskan memasak sehingga mendidih dan tuanglah santan pekat. Kacau seketika
  • Perasa masakan dengna sos ikan , jus limau nipis dan sedikit gula.
  • Perlahankan api dan masak sebentar dan sentiasa dikacau.
  • Masukkan daun selasih dan kacau sebati dan bolehlah di matikan api. Bolehlah dihidang masakan yang telah siap.
SELAMAT MENCUBA

Saturday, February 21, 2015

Kerabu Sotong

Salam...

Malam semalam ( Jumaat malam) aku telah menjemput beberapa geng bujang ( wife dekat malaysia datang on-off ke Jeddah). Nak jemput semua tak bolehlah jadi dibuat peringkat demi peringkat... Ins'Sha Allah next time group lain pulak.

Menu yang aku sediakan malam tadi : Asam Pedas Ikan Merah , Kerabu Sotong , Udang  Masak Kelapa dengan Sayur -Kobis goreng.

Alhamdulilah suka tengok geng-geng makan sampai licin..terasa hilang penat memasak. Sekurang-kurangnya hilanglah rasa rindu nak makan masakan malaysia.

Terima kasih kerana sudi datang ke rumah Inspirasi Dapurku.


Kerabu Sotong


Bahan- Bahan Yang Di Gunakan:

  • Sotong : 300 Gram -dibersihkan dan di buat kaedah -->"Blanch" 
  • Mangga Muda : 2 -3  biji
  • Bawang Merah (Kecik) : 8 ulas ( di mayang halus)
  • Bawang Putih : 1 ulas - dicincang halus
  • Tomato : 1 biji di potong dadu - halus
  • Ikan bilis : Segenggam  - di goreng garing
  • Kacang Tanah : Segenggam - di goreng tanpa minyak di buang kulitnya dan di tumbuk kasar.
  • Cili Padi : 2-3 ulas di hiris halus
  • Taugeh : Segenggam - di buang ekornya dan di cuci bersih
  • Daun Coriander : 3 tangkai - dipotong halus
  • Daun Pasley : -3 tangkai - dipotong halus
  • Sos Ikan:  1 1/2 sudu besar
  • Gula : 1 sudu besar
  • Limau Nipis / lemon : 1 biji - di ambil perahan jusnya

Cara Membuatnya :
  • Kupas Mangga muda tadi dan direndam dalam 10-15 minit untuk membuang getahnya.dan kemudian ditoskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam hirisan bawang merah dan tomato.
  • Kemudian satukannya dengan bawang putih,hirisan cili padi,taugeh,daun coriander,daun pasley ikan bilis (separuh), kacang tanah tumbuk (separuh) dan tuangkan sos ikan dan gula dan di gaul rata.
  • Setelah itu tuangkan ke dalam bekas hidangan dan boleh lah taburkan baki dari kacang dan ikan bilis ke atas kerabu sebelum menghidang.
  • Hidanglah dengan lauk-pauk yang lain.

SELAMAT MENCUBA

Friday, February 20, 2015

Memasak sambil beribadah.

Salam .. dah beberapa hari aku tak update blog ini disebabkan masa ke dapur terhad dengan bebanan kerja. Ingatkan selepas "On Call" ada  masa terluang.. rupanya lagi banyak kerjanya.

Hari ini aku teringat kata-kata yang penting sekeliling aku ...siapa lagi ler  mak dengan wife aku ler...idola chef  Inspirasi Dapurku...."Memasak ini adalah satu Ibadah".  Maka di hari jumaat ini aku nak kongsi ilmu semoga kita memasak dengan kasih sayang dan juga beramal.


DOA MASUK DAPUR
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.
DOA WAKTU SUKAT BERAS
الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.
DOA BUKA PERIUK
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)
p/s : sunnahnya buka tudung periuk hanya separuh sahaja, insyaALLAH ada keberkatan.
ZIKIR WAKTU MASAK
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah.
(Kacau lawan jam)
DOA POTONG SAYUR & BUAH
فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ
Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu.
DOA LETAK PERIUK/KUALI ATAS DAPUR
فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
DOA SIMPAN BERAS
وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]
Doa Untuk Sedapkan Makanan
Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x

Friday, February 13, 2015

Ikan Siakap Stim

Salam ...Sekejap saja masa berlalu.. tahu-tahu dah hari Jumaat dan esok last "On Call" untuk bulan ini.. Hari ini agak free sedikit sebelah pagi  dengan banyak masa di habiskan membelek-belek resipi dan juga membuat trading dalam Forex.

Menu yang hendak aku kongsi hari ini .yelah.menu yang mudah disediakan dan menyelerakan cuma ada perbezaan sedikit berbanding dengan kaedah wife aku memasak.



Ikan Siakap Stim


Bahan-Bahan Yang Digunaka  ( Ikan Stim):

  • Ikan Siakap Sederhana Besar ( 500 Gram)
  • Halia - 1 Inci ( dipotong batang mancis)
  • Bawang Putih - 3 ulas (di hiris nipis)
  • Bawang Besar -1 biji ( di hiris nipis)
  • Daun Bawang - 3 helai di potong 
  • Brokoli - di potong kuntum-kntum
  • Cili Padi - 2 biji (di ketuk)
  • Timun - 1/2 biji di hiris
  • Karot - 1/2 batang ( di potong batang mancis)
  • Cendawan - dihiris nipis
  • Limau nipis  - 2 sudu besar  jusnya
  • Lada sulah - sedikit
  • Garam 


Bahan-Bahan untuk sos ( Ikan Stim):

  • Serai - 1 batang ( di ketuk)
  • Halia - 1 inci ( dihiris halus)
  • Bawang Holland- 1 biji( dipotong bulat)
  • Sos Tiram - 1 sudu besar
  • Sos ikan /sotong- 1 sudu teh
  • Limau nipis 1 biji di hiris 
  • Garam dan Gula
  • Lada Merah -1 biji ( di hiris)
  • Tepung Jagung - 1 sudu besar ( dibancuh sedikit dengan air)
  • Sedikit Minyak untuk menumis
Cara Membuatnya : (Kukusan Ikan)
  • Ikan yang telah dibersihkan di ratakan dengan sedikit garam didua-dua belah dan di perah limau nipis di permukaan ikan. Kemudian disumbatkan campuran halia ,bawang putih,bawang merah di bahagian dalam ikan.Di taburkan sedikit lada sulah di permukaan ikan.
  • Kemudian di masukkan ke periuk pengukus dan kukuskan sehingga separuh masak.Ikan tersebut.
  • Kemudian di masukkan sayur-sayur yang telah di potong tadi dan teruskan mengukus sehingga masak. dan sayur empuk.

Cara Membuat Sos Ikan:
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan setelah minyak panas bolehlah di masukkan serai, halia dan bawang. Tumislah sehingga naik bau
  • Kemudian di masukkan hirisan limau nipis ke dalam kuali dan dimasukkan juga lada merah.
  • Tumis seketika dan masukkan sos tiram dan sos ikan.Kacau sebentar.
  • Tuangkan air tepung jagung dan di kacau sos tersebut sehingga kuah sedikit pekat.
  • Masukkan perasa garam dan gula ke dalam sos tersebut. dan kacau sekata. Sekiranya rasa sudah menepati rasa yang dikehendaki bolahe lah matikan api dan tuangkan ke atas kukusan ikan kita tadi. Bolehlah dihidang Ikan Siakap Stim ini.

SELAMAT MEN CUBA

Thursday, February 12, 2015

Chicken Chop with Tortilla Espanola

Salam ....hari ini aku nak berkongsi resipi biasa sahaja ..almaklumlah masih lagi dalam "On Call" sehingga hari sabtu dan malam tadi pulak ada banyak isu nak kena settlekan makanya pagi tadi bangun lambat dan kiranya  masakan ini "cover" untuk breakfast dan lunch lah.

Masakan aku hari ini agak seimbang dari segi pengambilan bahan-bahan penting ..maklumlah usia makin bertambah dan silap langkah pastinya memudaratkan diri,

Chicken Chop & Tortilla Espanola

Chicken Chop
Tortilla Espanola.

Bahan-Bahannya :
  • Ubi Kentang - 150 gram dipotong dadu/kiub dan direbus sehingga empuk
  • Bawang Holland - 1/4 cawan - dipotong dadu
  • Telur - 4 biji
  • Lada Merah - 1 biji di hiris halus
  • Minyak zaitun - 1.5 sudu besar
  • Garam 
  • sedikit lada sulah
  • Minyak Masak untuk mengoreng
Cara Membuatnya :
  • Pecahkan telur dan campurkan dengan ubi kentang,bawang besar,hirisan lada merah,garam, lada sulah dan minyak zaitun. Pukul semuanya sehingga sebati,
  • Panaskan minyak dalam kuali dan bolehlah mengoreng seperti membuat telur dadar. Angkat apabila kekuningan.
Chicken Chop

Bahan-Bahannya:
  • Isi Ayam - bahagian isi.
  • Tepung gandum - 50 gram 
  • Tepung ubi - 20 gram 
  • Telur -1 biji
  • Bread Crumbs - 3 sudu makan
  • Sedikit lada hitam
Cara Membuatnya:
  • Lumurkan isi ayam tadi dengan tepung,dan garam. Kemudian celupkan pada bancuhan telur. akhir sekali salutkan isi ayam tadi dengan Bread Crumbs dan goreng
  • Angkat setelah kekuningan dan bolehlah dihidangkan bersama cili sos ataupun sos tartar  atau sos lada hitam.
SELAMAT MENCUBA


Wednesday, February 11, 2015

Baked Fish Fillet


Salam... hari ini 11 -Feb adalah hari istimewa buat aku..hari ini adalah hari lahir wife kesayanganan aku..Yang sedihnya tak dapatlah kami menyambut bersama-sama.

Dear my wife ..
You,..my sweetheart...,are no less than a princess to me,
You... fill my life with happiness and glee.
I am so glad that Allah gave you to me as my wife.
Your love for me has always been enduring.
Yor respect for me has always been inspiring and
I hope I can return it with loyalty which is unflinching
Your commitment to me has always been never -ending and
I will return it with my love ..which is true and undying.
Years have come and gone...but our love feels like it is still a new born
Even when we do not say a word..our thoughts are still mutually heard.
I thank Allah for the bond we share and on your birthday 
let me tell you that i deeply care !!!!!

It;s ok.. bulan depan wife aku datang sekali gus bolehlah sambut hari ulangtahun perkahwinan kami.... kira sambut sekali lah tu..walaupun dah belated bithday. ...

Semperna hari istimewa ini .. menu aku hendak kongsi ini mestilah kena lah "UP" sikit...tak kan menu biasa-biasa jer kan... Menu ini ringkas dan makanan yang sihat dan pastinya sedap..pulak tu kita mengolahnya dengan kasih sayang.


Baked Fish Fillet


Bahan- Bahan Yang DI Gunakan ( Ikan):

  • 500 Gram Fillet ikan - Terpulang ikan yang digunakan..Ikan kerapu..ikan Merah...Ikan Talapia.
  • Mayonnaise - 4 sudu besar
  • Serbuk Bawang Putih - 1 sudu teh
  • Serbuk Lada Hitam - 1/2 sudu teh 
  • Bread Crumbs - 10 sudu besar
  • Lemon /Lime Jus - 2 sudu makan
  • Daun Pasley / Flake Pasley
  • Butter - 2 sudu makan
  • Susu cair - 1 sudu makan
  • Garam dan Gula
Bahan -Bahan salad: ( Optional) 
  • Cendawan butang - 1/2 cawan di hiris hiris kasar
  • Bawang holland - 1/2 cawan
  • Capsicum - 1/2 biji di potong dadu 
  • Karot - 1/2 batang  ( di potong anak mancis)
  • Minyak Zaitun
  • Sos Tiram  - 1 sudu makan
  • Bawang putih - 2 biji ( diketuk dan dicincang halus)
  • Sedikit air
  • Garam dan Lada sulah dan sedikit gula
Cara Membuatnya : Baking
  • Panaskan oven (Pre-heat oven) - kita akan baking  dengan suhu 250 celcius selama 25/ 35 minit.
  • Basuh isi ikan tadi dan letakkan di atas bekas yang akan di masukkan ke dalam oven.
  • Ambil mangkuk dan isi mayonnaise dan di campurkan dengan Jus lime, serbuk bawang, serbuk lada hitam  dan kacau sehingga sebati.,Bolehlah masukkan sedikit garam dan gula.
  • Tuangkan ke atas isi ikan dan ratakan kepada semua permukaan ikan.
  • Ambil bread Crumbs dan taburkan di atas permukaan ikan. Tujuan bread crumbs ini akan membuatkan lapisan atas ini sedikit rangup ketika mengunyah,
  • Ambil buttrer dan susu cair yang telah di kacau dan tuangkan di atas permukaan fillet ini supaya warna keperangan terhasil apabila kita keluarkan dari oven.
  • Setelah siap masukkan ke dalam oven yang sudah panas.
Cara Membuat  Salad : (optional)
  • Sementara menunggu ikan masak, boleh lak kita sediakan salad yang ringkas ini.Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun.
  • Tumis bawang puth seketika sehingga naik bau dan masukkan bahan-bahan salad ini dan gorenglah sehingga sedikit layu, Masukkan sos tiram dan kacau sehingga sekata dan sekira perlu masukkan sedikit air.
  • Perasa salad ini dengan garam, lada sulah dan sedikit gula.

Setelah ikan masak, keluarkan dari oven.Angkat ikan dan letak lah di atas pinggan hidangan dan taburkan daun pasley yang dicincang halus.dan letakkan salad yang telah disiapkan tadi. Perah sedikit lemon/lime ke atas ikan untuk menaikkan rasa .

SELAMAT MENCUBA



Tuesday, February 10, 2015

Nasi Daging Paprik

Salam..minggu ni "on call week" so..hari ini aku ke dapur dengan motif masak simple janji sedap dan menyelerakan. Resipi yang aku nak kongsi ini mudah disediakan untuk  seisi keluarga sebagai alternatif menu hidangan.

Kalau nak lagi menarik bolehlah di tambah sayuran di dalam paprik seperti kobis bunga, kacang panjang tetapi apa ada dalam peti ais aku hanya lah Cendawan butang, karot,lada bangala,jagung muda..so tu jerlah sayuran yang aku letak. Untuk resipi yang aku letak ini kiranaya yang complete version.

Nasi Daging Paprik

Bahan-Bahan Yang Di Gunakan:

  • Daging Lembu - 500 gram (  di rebus supaya empuk.Pastikan tidak terlalu lama merebus daging nanti hilang kemanisan daging). Seeloknya carilah daging batang pinang.
  • Lada bangala / Capsicum - 1/2 biji di potong dadu
  • Cendawan butang - di hiris nipis
  • Bawang besar - 1 biji di hiris bulat - kasar
  • Karot - 1 batang  ( potong anak mancis)
  • Kobis Bunga - 300 gram di potong sekuntum sekuntum 
  • Kacang panjang - di potong angaran 1 inci 
  • Putik Jagung - 4 batang ( potong anak mancis)
  • Cili padi -3 atau 5 biji  diketuk ( bergantung kepada kepedasan)
  • Serai - 2 batang  di ketuk
  • Daun Limau purut - 3 helai  - dicarik-carik
  • Daun Ketumbar - 3 tangkai di potong kasar
  • Bawang Putih - 3 ulas ( cincang halus)
  • Tomato - 1 biji belah 6
  • Cili blender - 3 sudu besar
  • Sos Tiram  - 2 sudu besar
  • Sos Cili - 2 sudu besar
  • Kicap manis - 1 sudu besar  (Optional)
  • Sos ikan - 1 sudu teh
  • Air rebusan daging -  1/2 cawan
  • Garam dan Gula
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Minyak untuk menumis 
Cara-caranya:
  • Daging di rebus sehingga empuk, ditoskan dan disejukkan. Ambil air rebusan dalam 1/2 cawan. Setelah daging sejuk boleh lah dihiris nipis. Kemudian di gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam dan di goreng sebentar. Pastikan jangan sampai garing.
  • Kurangkan minyak masak tadi ( angaran dalam 2 sudu besar digunakan) dan tumis bawang putih,cili blender dan serai sehingga naik bau.Kemudian masukkan sos tiram,sos cili, kicap manis,daun limau purut,daging dan gaul sebentar dan bolehlah di tambah air rebusan daging dan masak lah seketika.
  • Selepas itu masukkan karot, lada bangala,kacang panjang dan gaul rata. dan diikuti dengan sayur-sayur yang lain. Bolehlah di tuangkan sos ikan dan di gaul sekata.
  • Akhir sekali masukan  bawang besar dan daun ketumbar dan bolehlah perasa masakan. Jika telah cukup rasa bolehlah di matikan api dan bolehlah di angkat dan dihidangkan panas-panas. 


SELAMAT MENCUBA