Friday, February 6, 2015

Udang Masak Tiga Rasa

Salam.. hari Jumaat tak banyak aktiviti yang ada dengan sebelah pagi aku bersarapan simple sahaja.. buat jemput-jemput ikan bilis dan bawang. Boleh lah untuk alas perut sebelum ke masjid.

Balik dari masjid terus ke dapur dan keluarkan udang dan ayam dari peti beku. Menu hari ini adalah "Udang Masak Tiga Rasa"  dan Ayam goreng biasa ( Garam + kunyit dan sedikit lada hitam).

"Masakan Udang Tiga Rasa" ini adalah dari versi paling simple bukan dari Thailand style tetapi aku olah berdasarkan apa yang ada di dalam dapur aku...tetapi rasa tetap tidak mengecewakan.


Udang Masak Tiga rasa


Bahan-Bahan Yang Di Gunakan:

  • Udang - 400 Gram ( dibuang kulit), terpulang sama ada nak dengan kulit pun boleh.
  • Lada Blender - 3 sudu besar
  • Cili Padi - 4 biji ( di ketuk)  / di blender sekali dengan lada kering.
  • Halia - 1 inci ( dihiris halus)
  • Bawang Putih - 4 biji di ketuk dan dicincang
  • Bawang Besar - 1 biji ( di hiris bulat)
  • Daun limau purut -3 helai di carik-carik
  • Lada Bangala - 1/2 biji di potong dadu
  • Sos Tiram -  2 sudu makan
  • Sos Cili - 1/2 cawan 
  • Sos Tomato - 2 sudu makan
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit air
  • Garam dan Gula
  • Minyak untuk menumis
Cara-Caranya:
  • Bersihkan udang dan di gaul dengan garam dan kunyit.
  • Gorengkan udang 1/2 masak sahaja dan angkat.
  • Dengan baki minyak tadi tumiskan halia yg di hiris tadi dan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan lada blender. Tumislah sehingga lada blender ini garing.
  • Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato, lada bangala dan juga daun limau purut.Masukkan sedikit air dan reneh seketika.
  • Masukkan udang yang telah di goreng tadi dan masukan bawang besar  dan bolehlah perasa masakan.
  • Bolehlah matikan api dan siap untuk hidangan

SELAMAT MENCUBA


Wednesday, February 4, 2015

Udang Goreng Vietnam

Salam ..Hari  ini agak relax sikit "timing" kerja aku, so ada lah masa untuk aku membelek buku resipi yang tersusun kemas di rak buku. Resipi yag aku nak kongsi ini masakan berasal dari negara vietnam. Resipi ini aku dah lama tengok tapi belum ada kesempatan meneliti cara olahannya. Sukatan asal resipi ini banyak di tulis dalam "gram".. sampai terpaksalah aku menggunakan sukatan. Dalam hati akulah.. chef ini macam tak iklas jer nak kongsi resipi dia....apa tak sampai garam dan gula pun dalam sukatan "gram". Untuk memudahkan pembaca aku menulis sukatan dalam bahasa mudah supaya senang untuk di ikuti.,

Udang Goreng Vietnam


Bahan- Bahan Yang Di Gunakan:

  • Udang - 400 gram 
  • Buah Oren - 1 biji  diperah dan diambil jusnya
  • Serbuk Kari Ikan /Udang -1 sudu makan
  • Serbuk Cili - 1 sudu makan
  • Sos Cili - 2 sudu makan
  • Sos Tomato -3 sudu makan
  • Sos Tiram - 1.5 sudu makan
  • Kicap cair  - 1/2 sudu makan
  • Kiub Ayam Maggie - 1/2 kiub
  • Belacan serbuk - 1/2 sudu teh
  • Garam dan Gula 
  • Sedikit air.


Cara Membuatnya :

  • Bersihkan udang dan digaulkan dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng udang sehingga kulitnya kekuning-kuningan dan ketepikan.
  • Ambil satu bekas dan campurkan semua bahan yang di atas tadi dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan bancuhan tadi ke dalam kuali dan masak sehingga kuah menjadi pekat. Tuangkan sedikit air sekiranya perlu.
  • Perasa kuah/sos dengan garam dan gula.
  • Kemudian angkat sos ini dan tuangkan ke atas udang yag telah di goreng tadi,


Monday, February 2, 2015

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi


Salam semua...Hari ini aku nak kongsi masak lemak cili padi,dengan menggunakan daging salai. Kalau di malaysia bolehlah mencari daging salai ini ..rasanya ada dijual  ...kalau di perantauan ini jawapnya kena buat sendiri lah salai menyalai ini. Dalam membuat daging salai ini jenis daging penting di kala memilih..samada yang jenis daging batang pinang atau batang kelapa ....hahaha. 

Kalau yang agak liat ..jawapnya kenalah rebus dahulu supaya dagingnya lembut sedikit. Jangan lah direbus lama sangat nanti rasa manis daging akan hilang.

Kaedah yang aku gunakan untuk menyalai daging ini dengan membakar daging yang telah di garam kunyit di atas pan pembakar dengan di tuangkan sedikit minyak zaitun. Setelah itu di potong nipis dan ketepikan.



Daging yang telah disalai dan di potong nipis

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi


Bahan-Bahan Yang Digunakan:

  • Daging - 400 gm daging yang telah di salai.
  • Santan -  1 cawan
  • Asam Keping - 1 keping
  • Cili Padi - 7-10 biji bergantung kehendak kepedasan. (**)
  • Bawang Merah - 5 ulas (**)
  • Halia - 1  inci halia (**)
  • Kunyit hidup - 1 inci (**)
  • Serai -  2 batang ( di ketuk)
  • Lengkuas - 1 inci  ( di ketuk) 
  • Minyak masak
  • Garam dan Gula 
  • Daun Kunyit - di carik-carik

Nota : (**) - bahan - bahan ini di blender halus

Cara- Cara  Memasak:

  • Masukkan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah di blender tadi sebentar.
  • Masukkan daging salai yang telah dipotong nipis dan serai yang telah diketuk dan gaulkan seketika.
  • Masukkan sedikit air (sekadar paras-paras daging) dan biarkan daging sedikit empuk 
  • Masukkan santan 1/2 cawan dan sedikit air jika perlu dan sentiasa di kacau supaya tidak pecah minyak dan dilakukan sehinggalah kuah masak.
  • Masukkan asam keping  dan masukkan lagi 1/2 cawan santan dan dan bolehlah di masukkan daun kunyit yang telah dicarik-carik tadi.
  • Perasa masakan dengan garam dan gula 
  • Teruskan memasak dalam 5 minit dan boleh lah di matikan api dapur.


SELAMAT MENCUBA



Thursday, January 29, 2015

Ayam Champion - "Resipi asal Chicken with Wine Sauce"

Salam ...hari ini aku nak mengodam satu resipi dari masakan barat yang menggunakan wine sebagai bahan asas. Resipi asal menggunakan campuran wine tetapi aku telah mengubah dari wine ke "campuran Champion" hahaha.. suka-suka aje aku letak nama ..tetapi percubaan aku ni berbaloi menghasilkan sos yang sedap...cuma sekiranya kalau aku membuat nya sekali lagi.. aku akan tambah sedikit bahan.. seperti paprika dan lada serbuk sedikit untuk ada sedikit pedas. Penyediaanya mudah dan ringkas.

Bagaimana rasanya ??? ... ok Resipi Ayam "Champion" ini rasa nya manis dan masam cuma kalau ada sedikit kepedasan memang terangkat rasanya.

Ayam Champion

Bahan -bahan :

  • Ayam yang di ambil isi "Boneless" - 250 gm
  • Tepung ubi - 100 gm
  • Telur - 1 biji
  • Minyak masak 
  • Buah oren - 2 biji / jus kordial oren  (**)
  • Kordial anggur - 2 sudu makan (**)
  • Air Sprite or 7-up - 1/2 tin (**)
  • Sparkling Anggur putih  - 1/2 cawan (**)
  • Kicap pekat - 1 sudu makan (**)
  • Kicap Cair - 1 sudu makan (**)
  • Plum sos - 1 sudu makan (**)
  • Tepung jagung - 1.5 sudu makan.
  • Sedikit air
Cara Membuatnya:
  • Gaulkan ayam yang telah potong dan dibersihkan dengan tepung ubi dan telur.Perap seketika dan kemudian goreng sehingga kekuningan dan angkat. Ketepikan
  •  Satukan bahan-bahan yang bertanda (**) di dalam satu bekas dan bolehlah di masak dan untuk kepekatan masukkan tepung jagung dan teruskan memasak. sehingga sos ini menjadi pekat.
  • Masukkan sayur-sayur ( optional) dan gaul.
  • Perasa sos tersebut dengan sedikit garam dan gula.
  • Setelah sos sebati dan pekat bolehlah di matikan api dan disiram ke atas ayam yang telah di goreng tadi.,

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, January 28, 2015

Daging Masak Lada Hitam

Salam ...hari ini baru ada kesempatan memasak teratur sedikit, setelah betul-betul sibuk semalam sehingga aku makan di kedai saja. Al kisah semalam memang aku "super busy" sehinggakan sampai lunch pun lambat. Itupun lunch di restoran Pinoy ( Philipine) jer sebab dah teramat lapar.

Hari ini ... aku nak kongsi resipi yang aku rasa masih lagi berkonsepkan " Cina Muslim" iaitu "Daging Masak Lada Hitam" Bahan-bahan yagn mudah diperolehi, ringkas dan yang pastinya sedap.

Daging Masak Lada Hitam

Bahan- bahan yang digunakan:
  • Daging Lembu - 150 gm
  • Capsicum  -  merah  dan kuning atau hijau - di potong dadu
  • Bawang Besar  - 1 biji  (dihiris)
  • Bawang Putih - 3 biji ( dihiris)
  • Halia - 1 inci ( dihiris)
  • Lada Hitam - 10-15 biji ditumbuk kasar
  • Air - 1/2 cawan
  • Sos Tiram - 1 sudu besar
  • Kicap Pekat - 1 sudu besar
  • Kicap cair - 1 sudu besar
  • MInyak Bijan - 1 sudu besar
  • Kiub ayam - 1/2 kiub ayam
  • Gula dan garam  sebagai perasa
  • Minyak masak untuk menumis

Cara Membuatnya:
  • Daging di potong dan dibersihkan. Kemudian goreng dan ketepikan.
  • Tumiskan bawang putih,bawang besar,capsicum,halia dan lada hitam.
  • Masukkan sedikit air dan juga kiub Ayam maggie,sos tiram,kicap pekat,kicap cair,minyak bijan gula dan sedikit garam, Tumiskan seketika.
  • Masukkan daging yang telah digoreng tadi dah gaul sehingga sebati dan bolehlah mematikan api dapur. Bolehlah menghidang masakan, 

SELAMAT MENCUBA

Monday, January 26, 2015

Sotong Masak LAK CHI

Salam semua.. hari ini aku nak berkongsi masakan ala chinese style. Masakan ini begitu popular di mana-mana kedai Chinese Muslim. Resipi asalnya adalah menggunakan ketam, disebabkan aku tidak ada ketam maka digantikan dengan sotong.

Masakan ini begitu mudah disediakan dan tidak mengunakan banyak bahan.

Sotong Masak Lak Chi

Bahan-Bahan yang digunakan :
  • Sotong  - 1/2 kilo di bersihkan dan dibuat kaedah "blanch"
  • Minyak Masak untuk menumis
  • Cili Blender / cili boh - 2 sudu besar  
  • Sos cili - 1 sudu besar
  • Cili Padi - 2 ulas ( bergantung tahap kepedasan) *
  • Bawang Putih - 2 biji *
  • Bawang Besar - 1 biji *
  • Serai - 1 batang  *
  • Taucu - 1/2 sudu makan
  • Gula ,sedikt garam dan Serbuk serbaguna / Aji nomoto
Cara membuat :
  • Sotong di rebus seketika dan dimatikan kulitnya dengan direndam kan sebentar dengan air sejuk. (Kaedah Blanch)  dan diketepikan.
  • Kisar bahan-bahan ber tanda (*) dan dicampurkan semuanyua (taucu.cili blender)
  • Tumis semua bahan-bahan ini untuk membuat sos sehingga baunya naik.Tuangkan sos cili dan kacau dan tuangkan sedikit air.
  • Perasa sos dengan gula dan sedikit garam ( Pastikan jangan terlebih garam sebab taucu juga sudah masin)
  • Masukkan sotong yang telah "blanch" tadi  dan gaul sekata dan boleh lah dimatikan api dan boleh lah dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA


Thursday, January 22, 2015

Ayam Masak Kicap

Salam semua ..hari ini "On The Way" balik rumah teringat masakan wife daging masak kicap ..huhu tertelan air liur semasa tengah drive. Itu yang sampai aje rumah habis selongkar peti sejuk cari daging beku....Daging tak ada lah pulak ..yang ada ayam dan terasa malas lah pulak untuk keluar semata-mata nak beli daging. 
Resipi Masak kicap ini aku gabung dengan cara olahan wife aku dan rakan FB aku Chef Joha...rasanya sedap dan bolehlah mencuba, 


Ayam Masak Kicap

Bahan Bahan Digunakan:
  • Ayam  - 1/2 ekor dipotong sederhana besar. 
  • Bawang Besar  - 2 biji ( dikisar)
  • Bawang Putih - 3 ulas ( dikisar)
  • Halia - 1.5 inci (dikisar)
  • Cili Padi - 4 biji (dikisar)
  • Serbuk Masala -1/2 sudu teh
  • Serbuk Jintan Manis - 1/2 sudu teh
  • Tomato sos - 1 sudu besar
  • 4 Sekawan  untuk menumis ( Bunga lawang,bunga cengkih,kayu manis dan buah pelaga)
  • Kentang  - 2 biji di potong dadu 
  • Tomato - 1 biji dibelah 4
  • Karot - 1 batang di potong bulat
  • Kicap Manis - 1/2 cawan
  • Gula dan Garam secukupnya
  • Minyak masak
  • Bahan hiasan - Bawang goreng ,daun ketumbar.
Cara Memasak:
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng  kentang yang telah dipotong dadu tadi sehingga separuh masak / empuk dan ketepikan
  • Masukkan minyak di dalam periuk dan bolehlah menumis bahan yang di kisar,4 sekawan dan juga serbuk masala dan serbuk jintan sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam tadi dan digaul seketika dan masukkan air ( betul-betul sampai paras ayam) dan masukkan juga kicap manis. 
  • Masukkan sos tomato dan biarkan memasak dengan api sederhana dan sehingga ayam masak.
  • Perasa masakan dan lebihkan sedikit gula supaya kuah ada terasa sedikit manis.dan seterunya bolehlah di masukkan kentang yang telah digoreng tadi. Masak seketika dan boleh di matikan api dapur
  • Semasa menghidang bolehlah di tabur bawang goreng dan sedikit daun ketumbar sebagai hiasan.

SELAMAT MENCUBA