Thursday, January 29, 2015

Ayam Champion - "Resipi asal Chicken with Wine Sauce"

Salam ...hari ini aku nak mengodam satu resipi dari masakan barat yang menggunakan wine sebagai bahan asas. Resipi asal menggunakan campuran wine tetapi aku telah mengubah dari wine ke "campuran Champion" hahaha.. suka-suka aje aku letak nama ..tetapi percubaan aku ni berbaloi menghasilkan sos yang sedap...cuma sekiranya kalau aku membuat nya sekali lagi.. aku akan tambah sedikit bahan.. seperti paprika dan lada serbuk sedikit untuk ada sedikit pedas. Penyediaanya mudah dan ringkas.

Bagaimana rasanya ??? ... ok Resipi Ayam "Champion" ini rasa nya manis dan masam cuma kalau ada sedikit kepedasan memang terangkat rasanya.

Ayam Champion

Bahan -bahan :

  • Ayam yang di ambil isi "Boneless" - 250 gm
  • Tepung ubi - 100 gm
  • Telur - 1 biji
  • Minyak masak 
  • Buah oren - 2 biji / jus kordial oren  (**)
  • Kordial anggur - 2 sudu makan (**)
  • Air Sprite or 7-up - 1/2 tin (**)
  • Sparkling Anggur putih  - 1/2 cawan (**)
  • Kicap pekat - 1 sudu makan (**)
  • Kicap Cair - 1 sudu makan (**)
  • Plum sos - 1 sudu makan (**)
  • Tepung jagung - 1.5 sudu makan.
  • Sedikit air
Cara Membuatnya:
  • Gaulkan ayam yang telah potong dan dibersihkan dengan tepung ubi dan telur.Perap seketika dan kemudian goreng sehingga kekuningan dan angkat. Ketepikan
  •  Satukan bahan-bahan yang bertanda (**) di dalam satu bekas dan bolehlah di masak dan untuk kepekatan masukkan tepung jagung dan teruskan memasak. sehingga sos ini menjadi pekat.
  • Masukkan sayur-sayur ( optional) dan gaul.
  • Perasa sos tersebut dengan sedikit garam dan gula.
  • Setelah sos sebati dan pekat bolehlah di matikan api dan disiram ke atas ayam yang telah di goreng tadi.,

SELAMAT MENCUBA

Wednesday, January 28, 2015

Daging Masak Lada Hitam

Salam ...hari ini baru ada kesempatan memasak teratur sedikit, setelah betul-betul sibuk semalam sehingga aku makan di kedai saja. Al kisah semalam memang aku "super busy" sehinggakan sampai lunch pun lambat. Itupun lunch di restoran Pinoy ( Philipine) jer sebab dah teramat lapar.

Hari ini ... aku nak kongsi resipi yang aku rasa masih lagi berkonsepkan " Cina Muslim" iaitu "Daging Masak Lada Hitam" Bahan-bahan yagn mudah diperolehi, ringkas dan yang pastinya sedap.

Daging Masak Lada Hitam

Bahan- bahan yang digunakan:
  • Daging Lembu - 150 gm
  • Capsicum  -  merah  dan kuning atau hijau - di potong dadu
  • Bawang Besar  - 1 biji  (dihiris)
  • Bawang Putih - 3 biji ( dihiris)
  • Halia - 1 inci ( dihiris)
  • Lada Hitam - 10-15 biji ditumbuk kasar
  • Air - 1/2 cawan
  • Sos Tiram - 1 sudu besar
  • Kicap Pekat - 1 sudu besar
  • Kicap cair - 1 sudu besar
  • MInyak Bijan - 1 sudu besar
  • Kiub ayam - 1/2 kiub ayam
  • Gula dan garam  sebagai perasa
  • Minyak masak untuk menumis

Cara Membuatnya:
  • Daging di potong dan dibersihkan. Kemudian goreng dan ketepikan.
  • Tumiskan bawang putih,bawang besar,capsicum,halia dan lada hitam.
  • Masukkan sedikit air dan juga kiub Ayam maggie,sos tiram,kicap pekat,kicap cair,minyak bijan gula dan sedikit garam, Tumiskan seketika.
  • Masukkan daging yang telah digoreng tadi dah gaul sehingga sebati dan bolehlah mematikan api dapur. Bolehlah menghidang masakan, 

SELAMAT MENCUBA

Monday, January 26, 2015

Sotong Masak LAK CHI

Salam semua.. hari ini aku nak berkongsi masakan ala chinese style. Masakan ini begitu popular di mana-mana kedai Chinese Muslim. Resipi asalnya adalah menggunakan ketam, disebabkan aku tidak ada ketam maka digantikan dengan sotong.

Masakan ini begitu mudah disediakan dan tidak mengunakan banyak bahan.

Sotong Masak Lak Chi

Bahan-Bahan yang digunakan :
  • Sotong  - 1/2 kilo di bersihkan dan dibuat kaedah "blanch"
  • Minyak Masak untuk menumis
  • Cili Blender / cili boh - 2 sudu besar  
  • Sos cili - 1 sudu besar
  • Cili Padi - 2 ulas ( bergantung tahap kepedasan) *
  • Bawang Putih - 2 biji *
  • Bawang Besar - 1 biji *
  • Serai - 1 batang  *
  • Taucu - 1/2 sudu makan
  • Gula ,sedikt garam dan Serbuk serbaguna / Aji nomoto
Cara membuat :
  • Sotong di rebus seketika dan dimatikan kulitnya dengan direndam kan sebentar dengan air sejuk. (Kaedah Blanch)  dan diketepikan.
  • Kisar bahan-bahan ber tanda (*) dan dicampurkan semuanyua (taucu.cili blender)
  • Tumis semua bahan-bahan ini untuk membuat sos sehingga baunya naik.Tuangkan sos cili dan kacau dan tuangkan sedikit air.
  • Perasa sos dengan gula dan sedikit garam ( Pastikan jangan terlebih garam sebab taucu juga sudah masin)
  • Masukkan sotong yang telah "blanch" tadi  dan gaul sekata dan boleh lah dimatikan api dan boleh lah dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA


Thursday, January 22, 2015

Ayam Masak Kicap

Salam semua ..hari ini "On The Way" balik rumah teringat masakan wife daging masak kicap ..huhu tertelan air liur semasa tengah drive. Itu yang sampai aje rumah habis selongkar peti sejuk cari daging beku....Daging tak ada lah pulak ..yang ada ayam dan terasa malas lah pulak untuk keluar semata-mata nak beli daging. 
Resipi Masak kicap ini aku gabung dengan cara olahan wife aku dan rakan FB aku Chef Joha...rasanya sedap dan bolehlah mencuba, 


Ayam Masak Kicap

Bahan Bahan Digunakan:
  • Ayam  - 1/2 ekor dipotong sederhana besar. 
  • Bawang Besar  - 2 biji ( dikisar)
  • Bawang Putih - 3 ulas ( dikisar)
  • Halia - 1.5 inci (dikisar)
  • Cili Padi - 4 biji (dikisar)
  • Serbuk Masala -1/2 sudu teh
  • Serbuk Jintan Manis - 1/2 sudu teh
  • Tomato sos - 1 sudu besar
  • 4 Sekawan  untuk menumis ( Bunga lawang,bunga cengkih,kayu manis dan buah pelaga)
  • Kentang  - 2 biji di potong dadu 
  • Tomato - 1 biji dibelah 4
  • Karot - 1 batang di potong bulat
  • Kicap Manis - 1/2 cawan
  • Gula dan Garam secukupnya
  • Minyak masak
  • Bahan hiasan - Bawang goreng ,daun ketumbar.
Cara Memasak:
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng  kentang yang telah dipotong dadu tadi sehingga separuh masak / empuk dan ketepikan
  • Masukkan minyak di dalam periuk dan bolehlah menumis bahan yang di kisar,4 sekawan dan juga serbuk masala dan serbuk jintan sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam tadi dan digaul seketika dan masukkan air ( betul-betul sampai paras ayam) dan masukkan juga kicap manis. 
  • Masukkan sos tomato dan biarkan memasak dengan api sederhana dan sehingga ayam masak.
  • Perasa masakan dan lebihkan sedikit gula supaya kuah ada terasa sedikit manis.dan seterunya bolehlah di masukkan kentang yang telah digoreng tadi. Masak seketika dan boleh di matikan api dapur
  • Semasa menghidang bolehlah di tabur bawang goreng dan sedikit daun ketumbar sebagai hiasan.

SELAMAT MENCUBA




Wednesday, January 21, 2015

Selera Kampung


Salam semua.. hari ini aku masak ala kadar aje ...sebab penat balik dari site so masak simple-simple sahaja. Rancangannya nak makan di luar tetapi memikirkan tekak aku dah tak ada selera nak telan makanan arab...so singgahlah kat Panda Hypemall untuk cari bahan untuk di masak.

Ternampak ada Labu ..."Ting.!!" terus aku senyum " Masak Lemak Labu" dan bolehlah dilawankan dengan kobis dan kacang panjang. Masakan Lemak ini kalau ikut dari cikgu memasak aku.(wife aku ler) mesti ada kombinasi yang betul maka barulah terbuka selera. So aku padankan menu tengah hari aku ini ala-ala kampung "Masak Lemak Labu , Sotong Sambal  dan Ikan kering."


Hyper Panda
Masakan kampung Inspirasi Dapurku

Monday, January 19, 2015

Ombak RIndu - Ketam Sambal


Salam semua...hari ini balik jer dari office aku terus ke dapur dan keluarkan bahan-bahan dalam peti beku. Buntu jugak nak masak apa hari ini, sambil tengok-tengok Facebook ternampak entry wife berkenaan anak-anak. Aduh tersentak perasaan aku sambil tengok raut wajah anak-anak aku. Semakin meningkat dewasa sorang-sorang. " Abah Rindu Kamu Semua .. Nur Amanina , Amir Raziq, Nurin Nadia , Alyea Qistina ".

Dari kiri - Nur Amanina,Amir Raziq,Nurin Nadia dan Alyea Qistina
Setahun sekali aje aku dapat bersama dengan mereka ini..itu pun bila aku balik bercuti. "In Sha Allah" abah akan balik Hari Raya nanti boleh lah kita "spend quality time" bersama.

" Abah doakan semua anak-anak abah sentiasa sihat sejahtera..semoga Allah lindungi keluarga kita dan semoga semua anak-anak abah menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat"

Hari ini abah masak lauk kegemaran anak-anak abah-. " Ketam Sambal".   Nanti balik JB abah masakkan yag terbaik dari ini.

Ketam Sambal - Ombak Rindu


Saturday, January 17, 2015

Ayam Masak Ungkep - Jawa Style


Salam semua...hari ini aku teringin nak makan masakan orang Jawa iaitu "Ayam Masak Ungkep". Terima kasih pada wife aku yang memberi cadangan tentang masakan ini. Walaupun aku bukan orang Jawa tetapi melihat pada blog-blog masakan mengiurkan aku.

Rasanya sedap dengan terasa adunan rempah ratus yang di tumbuk dan rupanya ala-ala rendang cili padi .

Ayam Masak Ungkep

Bahan-Bahan yang di gunakan :

  • Ayam - 1/2 ekor dipotong sederhana besar di basuh dan ditoskan.
  • Serai - 2 batang dititik
  • Asam Keping /Asam Gelogor - 1 keping
  • Bay leaf - 3 helai
  • Gula Melaka - 1sudu besar
  • Garam  secukup rasa
  • Sedikit Minyak untuk menumis 

Penyediaan Rempah: ( Di Kisar Halus):

  • Bawang Merah  -7 biji
  • Bawang Putih - 4 biji
  • Halia - 1 inci
  • Lengkuas  - 1/2 inci
  • Buah Keras - 2 biji
  • Cili Hijau - 1 biji
  • Cili Padi - 5 @ 8 biji bergantung kepada kepedasan
  • Ketumbar - 1 sudu besar
  • Jintan kasar - 1/2 sudu teh
  • Jintan halus - 1/2 sudu teh
  • Kunyit hidup - 3/4 inci
Cara Penyediaannya:
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar,serai,bay leaf dan kacau sehingga naik bau. Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali dan gaul sehingga sekata
  • Masukkan air secukupnya ke dalam kuali dan biarkan ianya mendidih.,Kemudian masukkan asam keping dan juga gula melaka serta garam.
  • Perlahan kan api dapur dan renehlah masakan tersebut sehingga menjadi kering. 
  • Matikan api dan bolehlah menghidang masakan.
SELAMAT MENCUBA