Thursday, May 21, 2015

Ikan Salmon Masak Asam Rebus Tumis Darat.

Asalamualaikum  dan salam sejahtera semua.Hari ini aku nak berkongsi satu masakan mudah " masak ikan rebus bersama nenas".. tapi kaedah masakan ini aku tukar sedikit dengan menumis kaedah tumis darat.

Dengan meletakan kepingan nenas ke dalam asam rebus ini ..membuatkan kuah sedikit manis dan sedap.Bahan sampingan seperti bendir, timun or terung menambahkan keenakan rasa, Jenis ikan digunakan bergantung tetapi yang biasa digunakan adalahan Tengiri,Jenahak, Merah, Kembung atau pun Salmon.

Ikan Salmon Masak Asam Rebus Tumis Darat

Bahan- Bahan yang di gunakan:

  • Sekeping Ikan Salmon / Tengiri/Merah/Jenahak
  • Bendir - 5 batang
  • Nenas -1/2 biji ( Aku guna Nenas tin)
  • Daun Kunyit- 2 helai , di carik-carik halus.
  • Air asam Jawa - 1/2 cawan air asam jawa pekat.
  • Asam Keping - 1 keping
  • Bunga Kantan -1 kuntum diketuk. 
Bahan-Bahan untuk blender halus:


  • Cili padi Merah - 6 biji
  • Lada Merah Hidup - 3 biji
  • Lada Kering - 11 tangkai
  • Belacan - 2 inci
  • Kunyit Hidup - 2 inci
  • Halia - 1 inci
  • ( Lengkuas) - optional. Aku tak guna

Bahan untuk tumisan:

  • Bawang Merah - 11 ulas dihiris halus
  • Bawang putih - 7 ulas di hiris halus
  • Lada Kering - 3 tangkai dipotoing 3 bahagian.
  • Jintan Putih - 1 sudu teh
Cara Menyediakan :
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan setelah minyak panas masukkan bahan blender,asam keping,bunga kantan dan air asam jawa dan juga air.
  • Teruskan memasak sehingga mendidih, setelah itu masukkan ikan dan perlahankan api.
  • Masukkan Bendir dan Nenas 
  • Masukkan garam dan gula sebagai perasa.
  • Sementara menunggu ikan masak, tumis bahan tumisan di dalam kuali atau berkas lain. Tumis sehingga kekuningan.
  • Curah ke dalam periuk dan gaul seketika dan bolehlah di hidang masakan Asam Rebus Tumis Darat.

SELAMAT MENCUBA.

Sunday, April 5, 2015

Crispy Baked Honey Garlic Chicken.

Salam Semua....Hari ini aku nak kongsi masakan yang simple tetapi sedap, dengan kelembutan , keranggupan ayam yang di panggang di saluti dengan sos madu yang diolah dengan campuran bahan yang di olah sendiri.

Masakan ini boleh disediakan sebagai appetizer ataupun dihidang bersama dengan Nasi Goreng Cina ataupun salad.

Untuk menghasilkan ayam yang crispy ketika di panggang (Baked) aku gunakan gabungan telur ayam dan breadcrumbs.


Criskp Baked Honey Garlic Chicken

Bahan-Bahan yang digunakan :
  • Dada Ayam - Di potong dadu 1 inci 
  • Telur Ayam - 2 biji di pukul 
  • BreadCrumbs - 1 cawan
Bahan-bahan untuk sos :
  • Serbuk Cili - 1 sudu besar ( untuk extra pedas bolehlah dilebihkan lagi 1 Sudu)
  • Serbuk Bawang putih (Garlic) - 1/2 sudu teh 
  • Gula Merah - 2 sudu makan 
  • Garam - 1/2 sudu teh
  • Air - 1/2 cawan air
  • Cuka ( white Vinger) - 2 sudu besar
  • Madu - 1/3 cawan
  • Kicap Cair - 2 sudu besar
  • Bawang putih - 3 ulas di kisar halus
  • Jus lemon - 1 sudu teh
  • Tepung jagung - 1 sudu makan
Bahan-bahan ketika menghidang :
  • Daun Bawang yang di potong halus
  • 2 sudu bijan (sesame seeds)
  • 1 Sudu makan kacang tanah ditumbuk kasar.
Cara membuat:
  • Panaskan oven terlebih dahulu pada 200 celcius 
  • Potongan ayam dicelupkan  ke dalam telur yang telah dipukul dan digolekkan pada breadcrumbs sehingga potongan ayam di saluti sepenuhnya dan susun di loyang pembakar.
  • Panggang ayam di dalam oven selama 20-25 minit sehingga warna bertukar kekuningan.di permukaan ayam
  •  Sementara menunggu ayam masak, bolehlah di campurkan semua bahan sos ke dalam satu bekas dan di gaul sebati kecuali tepung jagung.Kemudain gunakan kuali untuk memasak sos tersebut sehingga mendidih. Kemudian masukkan 1 sudu tepung jagung untuk membuatkan sos ini sedikit pekat.Sos ini mestilah ada sedikit kepedasan dan manis.(Bolehlah di tambah air sedikit lagi sekiranya perlu untuk mendapatkan sos yang banyak)
  • Setelah ayam masak, keluarkan dari oven dan bolehlah di tuang sos ke atas loyang pembakar dan gaul sekata ayam.
  • Untuk menghidang bolehlah di taburkan daun bawang yang telah di potong halus dan juga biji bijan dan sedikit kacang tumbuk untuk menaikkan rasa.

SELAMAT MENCUBA


Thursday, April 2, 2015

Baked Lemon Butter Chicken

Salam semua....rasanya dah lama tak meng"update" blog masakan ini. Semenjak kebelakangan ini jadual kerja memang padat ..tidak ada ruang untuk membelek resipi. Hanya masak yang simple untuk tekak sendiri.

Menu hari ini kira speical meal untuk wife yang teringin makan sesuatu yang baru dari Inspirasi Dapurku. Dengan cara olahan "Western Delight".. aku nak kongsi masakan  " Baked Lemon Butter Chicken"

Dengan rasa ayam yang di pangang dan sos butter lemon yang berkrim sehingga wife menghirup sos nya sahaja. Tersenyum puas tengok wife makan.. Alhamdulilah....



Baked Lemon Butter Chicken

Bahan- Bahan yang di gunakan:

  • Dada Ayam - 8  keping.
  • Serbuk Paprika - 1 sudu besar
  • Serbuk Lada Hitam - 1 sudu teh
  • Butter - 3 sudu yang dibahagikan kepada 2 sudu dan 1 sudu
  • Bawang Putih - 4 ulas di cincang halus
  • kiub Ayam - 1 kiub ( di masak dengan di campur dengan segelas air)
  • Whipping Cream - 1/2 cawan
  • Parmesan cheese - 1/4 cawan
  • Lemon Jus - 1 biji
  • Thyme  kering - 1 sudu teh
  • Sayur bayam - secekak dan di potong kasar. 
Cara Membuatnya:
  • Panaskan oven - dengan suhu 250 Celcius
  • Dada ayam digaul dan diperap seketika dengan campuran paprika,garam dan lada hitam. 
  • Cairkan 2 sudu butter di atas "Baked pan" 
  • Kemudian susun ayam yang diperap tadi dan di masukkan kan ke dalam oven. Panggang selama 10 minit dan terbalikkan untuk kedua- dua belah ayam masak sekata. Masaklah sehingga ayam bertukar "golden brown" permukaannya.
  • Keluarkan ayam dari oven dan asingkan ayam dari Baked Pan.
  • Gunakan Baked pan tadi dan letakkan di atas dapur dan di masukkan lebihan butter ( 1 sudu besar) dan masak sehingga cair sepenuhnya. 
  • Masukkan bawang putih dan teruskan menumis sehingga naik bau.dan masukkan air kiub ayam, parmesan, jus lemon dan thyme .Kacau seketika dan masukkan sayur bayam yang telah dipotong tadi.
  • Teruskan mengacau sos sehingga sedikit pekat dan bolehlah perasa sos tersebut dengan sedikit gula atau garam atau lada hitam sekiranya perlu.
  • Masukkan semula ayam yang di panggang tadi ke dalam "Baked Pan" dan di masukkan semula ke dalam oven.
  • Panggang ayam dengan lemon butter sos selama 25-30 minit.

SELAMAT MENCUBA



Sunday, March 15, 2015

Kari Hijau Ayam - Thai style.

Salam..

Rasanya dah berminggu aku tak membuat sebarang update kat blog masakan ini....almaklumlah tersangatlah sibuk dengan rutin harian. Lunch dan dinner banyak aku ambik kat luar saja.

Resipi yang aku nak kongsi ini aku dapat dari koleksi Majalah Jelita keluaran tahun 2006 dan ini adalah "First time"  aku masukan dalam blog dengan sekali mencuba. Biasanya sebarang resipi yang aku hendak kongsi aku sudah mencuba 2-3 kali sehingga aku berpuas hati.  Memang tidak di sangkal lagi rasanya walaupun ada beberapa bahan yang aku tak ada, namun masakan Thai ini tetap menyelerakan.

Dalam resipi ini aku pecahkan kepada 2 bahagain iaitu penyedian PES KARI HIJAU dan Kaedah menyediakan.

Kari Hijau Ayam

Bahan-Bahan Yang DI gunakan untuk PES KARI

  • Serai - 3  Batang  di hiris halus
  • Cili Padi - 3 ulas
  • Lada Hijau - 2 ulas
  • Bawang Putih -7 ulas
  • Bawang Merah - 5 ulas
  • Lengkuas - 1 inci
  • Halia - 1 inci
  • Daun Ketumbar - 1/2 cawan  ( masukkan sekali dengan batang sekali)
  • Daun Selasih - 1/2 cawan
  • Belacan - 1 sudu teh 
  • Gula Melaka - 1 sudu teh
  • Daun Limau Purut - 2 helai
  • Kunyit Hidup -1 inci
  • Pelaga - 3 biji

Bahan- Bahan ini dikisar halus  dan dicampur dengan bahan dibawah dan dikacau sebati

  • Sos Ikan  - 3 sudu besar
  • Jus Limau Nipis -2 sudu besar
  • Santan - 3 sudu besar
  • Serbuk Jintan Manis - 1/2 sudu teh
  • Serbuk Lada Sulah - 1/2 sudu teh
  • Serbuk Ketumbar - 1/2 sudu teh 
  • Serbuk Buah Pala - 1/2 sudu teh  ( tak ada optional..letak lagi sedap)
Bahan-Bahan Kari Hijau Ayam:
  • Ayam - 1kg 
  • Santan pekat- 500 ml 
  • Santan cair - 800 ml 
  • Daun limau - 6 helai
  • Tomato - 1 biji dibelah 6
  • Terung pipit - 100 gram  ( aku hanya gunakan terung biru-dipotong dadu)
  • PES KARI HIJAU ( Pes yang disediakan tadi)
  • Serai - 2 batang di titik
  • Cili Padi - 3 ulas dititik
  • Jus Limau nipis
  • Sos Ikan
  • Gula 
  • Daun Selasih - 1 Genggam  ( Tak dimasukkan sebab stok tak cukup )
Cara Membuatnya:
  • Bersihkan ayam dan diketepikan
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis PES KARI sehingga naik bau dan masukkan serai dan juga ayam.dan di gaul rata seketika.
  • Tuangkan santan cair dan masukkan limau purut dan biarkan seketika sehingga ayam empuk
  • Masukkan terung,cili padi dan tomato dan teruskan memasak sehingga mendidih dan tuanglah santan pekat. Kacau seketika
  • Perasa masakan dengna sos ikan , jus limau nipis dan sedikit gula.
  • Perlahankan api dan masak sebentar dan sentiasa dikacau.
  • Masukkan daun selasih dan kacau sebati dan bolehlah di matikan api. Bolehlah dihidang masakan yang telah siap.
SELAMAT MENCUBA

Saturday, February 21, 2015

Kerabu Sotong

Salam...

Malam semalam ( Jumaat malam) aku telah menjemput beberapa geng bujang ( wife dekat malaysia datang on-off ke Jeddah). Nak jemput semua tak bolehlah jadi dibuat peringkat demi peringkat... Ins'Sha Allah next time group lain pulak.

Menu yang aku sediakan malam tadi : Asam Pedas Ikan Merah , Kerabu Sotong , Udang  Masak Kelapa dengan Sayur -Kobis goreng.

Alhamdulilah suka tengok geng-geng makan sampai licin..terasa hilang penat memasak. Sekurang-kurangnya hilanglah rasa rindu nak makan masakan malaysia.

Terima kasih kerana sudi datang ke rumah Inspirasi Dapurku.


Kerabu Sotong


Bahan- Bahan Yang Di Gunakan:

  • Sotong : 300 Gram -dibersihkan dan di buat kaedah -->"Blanch" 
  • Mangga Muda : 2 -3  biji
  • Bawang Merah (Kecik) : 8 ulas ( di mayang halus)
  • Bawang Putih : 1 ulas - dicincang halus
  • Tomato : 1 biji di potong dadu - halus
  • Ikan bilis : Segenggam  - di goreng garing
  • Kacang Tanah : Segenggam - di goreng tanpa minyak di buang kulitnya dan di tumbuk kasar.
  • Cili Padi : 2-3 ulas di hiris halus
  • Taugeh : Segenggam - di buang ekornya dan di cuci bersih
  • Daun Coriander : 3 tangkai - dipotong halus
  • Daun Pasley : -3 tangkai - dipotong halus
  • Sos Ikan:  1 1/2 sudu besar
  • Gula : 1 sudu besar
  • Limau Nipis / lemon : 1 biji - di ambil perahan jusnya

Cara Membuatnya :
  • Kupas Mangga muda tadi dan direndam dalam 10-15 minit untuk membuang getahnya.dan kemudian ditoskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam hirisan bawang merah dan tomato.
  • Kemudian satukannya dengan bawang putih,hirisan cili padi,taugeh,daun coriander,daun pasley ikan bilis (separuh), kacang tanah tumbuk (separuh) dan tuangkan sos ikan dan gula dan di gaul rata.
  • Setelah itu tuangkan ke dalam bekas hidangan dan boleh lah taburkan baki dari kacang dan ikan bilis ke atas kerabu sebelum menghidang.
  • Hidanglah dengan lauk-pauk yang lain.

SELAMAT MENCUBA

Friday, February 20, 2015

Memasak sambil beribadah.

Salam .. dah beberapa hari aku tak update blog ini disebabkan masa ke dapur terhad dengan bebanan kerja. Ingatkan selepas "On Call" ada  masa terluang.. rupanya lagi banyak kerjanya.

Hari ini aku teringat kata-kata yang penting sekeliling aku ...siapa lagi ler  mak dengan wife aku ler...idola chef  Inspirasi Dapurku...."Memasak ini adalah satu Ibadah".  Maka di hari jumaat ini aku nak kongsi ilmu semoga kita memasak dengan kasih sayang dan juga beramal.


DOA MASUK DAPUR
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.
DOA WAKTU SUKAT BERAS
الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.
DOA BUKA PERIUK
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)
p/s : sunnahnya buka tudung periuk hanya separuh sahaja, insyaALLAH ada keberkatan.
ZIKIR WAKTU MASAK
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah.
(Kacau lawan jam)
DOA POTONG SAYUR & BUAH
فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ
Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu.
DOA LETAK PERIUK/KUALI ATAS DAPUR
فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
DOA SIMPAN BERAS
وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]
Doa Untuk Sedapkan Makanan
Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x

Friday, February 13, 2015

Ikan Siakap Stim

Salam ...Sekejap saja masa berlalu.. tahu-tahu dah hari Jumaat dan esok last "On Call" untuk bulan ini.. Hari ini agak free sedikit sebelah pagi  dengan banyak masa di habiskan membelek-belek resipi dan juga membuat trading dalam Forex.

Menu yang hendak aku kongsi hari ini .yelah.menu yang mudah disediakan dan menyelerakan cuma ada perbezaan sedikit berbanding dengan kaedah wife aku memasak.



Ikan Siakap Stim


Bahan-Bahan Yang Digunaka  ( Ikan Stim):

  • Ikan Siakap Sederhana Besar ( 500 Gram)
  • Halia - 1 Inci ( dipotong batang mancis)
  • Bawang Putih - 3 ulas (di hiris nipis)
  • Bawang Besar -1 biji ( di hiris nipis)
  • Daun Bawang - 3 helai di potong 
  • Brokoli - di potong kuntum-kntum
  • Cili Padi - 2 biji (di ketuk)
  • Timun - 1/2 biji di hiris
  • Karot - 1/2 batang ( di potong batang mancis)
  • Cendawan - dihiris nipis
  • Limau nipis  - 2 sudu besar  jusnya
  • Lada sulah - sedikit
  • Garam 


Bahan-Bahan untuk sos ( Ikan Stim):

  • Serai - 1 batang ( di ketuk)
  • Halia - 1 inci ( dihiris halus)
  • Bawang Holland- 1 biji( dipotong bulat)
  • Sos Tiram - 1 sudu besar
  • Sos ikan /sotong- 1 sudu teh
  • Limau nipis 1 biji di hiris 
  • Garam dan Gula
  • Lada Merah -1 biji ( di hiris)
  • Tepung Jagung - 1 sudu besar ( dibancuh sedikit dengan air)
  • Sedikit Minyak untuk menumis
Cara Membuatnya : (Kukusan Ikan)
  • Ikan yang telah dibersihkan di ratakan dengan sedikit garam didua-dua belah dan di perah limau nipis di permukaan ikan. Kemudian disumbatkan campuran halia ,bawang putih,bawang merah di bahagian dalam ikan.Di taburkan sedikit lada sulah di permukaan ikan.
  • Kemudian di masukkan ke periuk pengukus dan kukuskan sehingga separuh masak.Ikan tersebut.
  • Kemudian di masukkan sayur-sayur yang telah di potong tadi dan teruskan mengukus sehingga masak. dan sayur empuk.

Cara Membuat Sos Ikan:
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan setelah minyak panas bolehlah di masukkan serai, halia dan bawang. Tumislah sehingga naik bau
  • Kemudian di masukkan hirisan limau nipis ke dalam kuali dan dimasukkan juga lada merah.
  • Tumis seketika dan masukkan sos tiram dan sos ikan.Kacau sebentar.
  • Tuangkan air tepung jagung dan di kacau sos tersebut sehingga kuah sedikit pekat.
  • Masukkan perasa garam dan gula ke dalam sos tersebut. dan kacau sekata. Sekiranya rasa sudah menepati rasa yang dikehendaki bolahe lah matikan api dan tuangkan ke atas kukusan ikan kita tadi. Bolehlah dihidang Ikan Siakap Stim ini.

SELAMAT MEN CUBA